NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tahukah anda Kisah Empayar Jutaan Ringgit Jakel Bermula Hanya Dengan Sebuah Basikal?



Ramai tidak tahu jenama Jakel ini syarikat Melayu dan dimiliki sepenuhnya Bumiputera. Diasaskan oleh Mohamed Jakel bin Ahmad pada Januari 1983 di Muar, Johor.

Siapa menyangka perniagaan kecil-kecilan akan menjadi sebuah empayar yang menerajui industri tekstil di Malaysia.

Kini Jakel telah diambil alih oleh Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel yang juga merupakan anak kepada pengasas Jakel sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO).

Berikut merupakan kisah jerih perih beliau bersama ahli keluarga yang lain mengembangkan syarikat milik bapa mereka itu.

Assalamualaikum dan mohon izinkan saya bercerita serba sedikit latar belakang syarikat saya.

Founder Jakel adalah Mohamed Jakel bin Ahmad dan lahir di Muar 1941.

Pada tahun 1980 bisnes ayah terpaksa ditutup di Jalan Maharani di Muar kerana pemilik kedai ambil balik kedai tersebut.

Ayah terpaksa menjual baju-baju dan pakaian di Estet dengan menaiki basikal selama 3 tahun.
Bisnes kurang baik kerana stok kebanyakan adalah stok lama.

Keadaan bertambah susah. Ibu terpaksa menjual aiskrim dengan hantar ke sekolah dan saya juga menjual gula getah di sekolah untuk membantu meningkatkan pendapatan keluarga.

Tetapi dengan semangat usahawan yang berkobar-kobar ayah beranikan diri dan berpindah seorang diri ke Segamat dan membuka sebuah syarikat yang di beri nama Jakel Trading dan memulakan perniagaan di Segamat pada tahun 1985 dengan menyewa sebuah kedai kecil untuk mulakan perniagaannya dengan meminjam dari Bank OCBC sebanyak 30 ribu dan 2 ribu simpanan mak.

Ayah usahakan sendirian dan dibantu oleh seorang pekerja sahaja. Saya waktu itu hanya berumur 13 tahun tinggal dan tinggal di Muar.

Hujung minggu(Jumaat) saya berulang-alik seorang diri menaiki bas dari Muar ke Segamat untuk menolong Ayah saya dan Ahad saya balik semula ke Muar seorang diri.

Selama setahun saya dan ayah berusaha keras dan berusaha utk menaikkan perniagaan dan tahun 1989 saya tamat SPM saya tolong ayah sepenuh masa di kedai. Saya berazam nak ubah nasib keluarga. Saya lihat ayah di hina oleh tuan kedai waktu di Muar sebelum kedai ditutup.Saya sedih sangat.

1992 adik-beradik saya mulai bantu diketuai oleh kakak sulong saya dan adik lelaki saya iaitu Nizam Shiraz Izani Lokman dan lain-lain( kita punyai 12 adik beradik)

Jakel melebarkan sayap dengan menjadi Semi Wholeseller. Semua stok dibeli dari Importer Singapura pada 1997 Recession. Most of the Singaporean companies has closed down.

Pada tahun 1998 saya pujuk ayah untuk beli direct akhirnya beliau setuju dan Jakel dapat import direct dari Korea Japan dan India dan dalam masa yang sama juga telah mendapat tawaran masuk tender penjualan bangunan REX di segamat dan kita telah menang dengan harga rm 1.6 juta dari owner iaitu Shaw Brothers.

Kami adik-beradik berpakat convert cinema tersebut kepada jualan gudang dengan menjual kain-kain yang kami import ke semua pelanggan dengan harga retail. Maka bus-bus rombongan dari Kelantan, Terengganu dan Pahang malahan dari Johor Bharu dan Kuala Lumpur serta Kedah serta Penang datang berpusu ke Segamat. Seminggu tak kurang dari 100 buah bas, dan bas-bas tersebut dahulunya ke Tangkak. Bila pelanggan-pelanggan ini membandingkan harga antara Segamat dan Tangkak they found harga jakel lebih menarik. So most of the busses swift to Segamat.

Bisnes Alhamdulilah dan pada tahun 2001 jakel robohkan Rex cinema dan rebuild new complex yang dinamakan Wisma Jakel. 

Pada 2004 Jakel ambil langkah berani dengan membuka Franchise Textile pertama di bawah PUNB( Permodalan Usaha Nasional Berhad) dengan beri peluang kepada anak-anak muda (siswazah menggangur) dalam projek yang dinamakan Mentor Mente. Peluang juga di buka kepada pegawai kerajaan yang berminat dan pinjaman di tanggung oleh Mente( iatu peminjam) yang membuka cawangan tersebut dan cawangan pertama Jakel buka di Kuantan.


Sales sangat menberangsangkan. 2006 kita buka lagi 5 . Tahun 2006 buka lagi 2. 2007 kita buka di Jalan Bunus Masjid India( that was the turning point) 2009 di Shah Alam. Than ayah meninggal pada feb 2009 . 

Sekarang kami mempunyai 21 cawangan di seluruh Malaysia. Setelah itu saya took the helm dan berpakat bersama semua adik beradik iaitu Nizam dan Izani serta adik-beradik lain and 2010 saya actively buying shophouses untuk kegunaan sendiri sebab bapak pesan jangan sewa bangunan yang kita buat bisnes kelak dihalau oleh tuan tanah. Based on his statement saya mulai invest dalam hartanah dan real estate.

Pada tahun 2012 saya beli Capsquare dari Dato Seri Akhbar Khan owner BDRB iaitu owner yang sama juga dengan BSC. Setelah beli Capsquare saya bina HQ Jakel baru iaitu Jakel Mall dan renuvenated remaining building dan beri peluang menyewa kepada syarikat islam. 

Semua kejayaan ini berlaku dengan izin Allah dan doa ibu serta usaha adik-beradik dan staf-staf saya.  Saya cuma berusaha mengurangkan penguasaan syarikat asing dari monopoly peluang yang ada dan kita dapat rasa sedikit 3% tak silap saya bangunan commercial di bandar besar di miliki oleh oran Islam. Selebihnya bangsa asing. Ini semua jihad ekomoni saya. 

Allah Maha Mengetahui dan Moga Allah bless us always.

Maklumat Tambahan

Biodata Datuk Faroz

Nama Penuh: Datuk Hj Mohamed Faroz Bin Mohamed Jakel

Nama Panggilan: Datuk Faroz

Tarikh Lahir: 1972

Umur: 45 Tahun (2017)

Keluarga: Anak sulung daripada 12 adik-beradik

Asal: Muar, Johor

Status: Berkahwin

Trivia Menarik Datuk Faroz
Mempunyai darah campuran Melayu-India.

Membantu menguruskan perniagaan Jakel sejak berusia belasan tahun lagi.

Pernah bercita-cita untuk menjadi seorang akauntan atau doktor.

Atas sumbangan beliau terhadap masyarakat dan dunia perniagaan, usahawan hebat ini telah dianugerahkan Pingat Jaksa Negara yang membawa gelaran ‘Datuk’ bersempena hari keputeraan Yang di-Pertuan Agong pada 1 Jun 2013.

Beliau turut menerima anugerah sebagai Pemimpin Berwawasan 2016 di The 7th Middle East Business Leaders Awards 2016 dan Ikon Perniagaan Tahunan pada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan 2014.

Seorang yang suka bersedekah dan mengeluarkan zakat.

Pertama kali bertemu dan berkenalan dengan isterinya di kedai kain Jakel di Segamat, Johor.

Isterinya adalah seorang usahawan tudung Aryani dan berperanan sebagai Pengarah Pemasaran Ariani Textiles Manufacturing Sdn Bhd serta bertanggungjawab merencanakan strategi pemasaran produk untuk Galeri Ariani dan Ariawi RTW.

Kejayaan yang beliau kecapi seharusnya menjadi pembakar semangat kepada anak-anak muda untuk berjaya dan menjadi lebih berani untuk menceburi bidang keusahawanan.

Kredit :Tuan Hilmi
© all rights reserved
made with by templateszoo