NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Genosid Rohingya, Mynmmar halang penyiasat PBB masuk



Rakhine, Myanmar: Myanmar telah menolak kehadiran pegawai penyiasat yang datang ke negara itu untuk menilai situatsi hak asasi kaum Rohingya dan menyelidik tindakan keganasan yang dilakukan tentera kerajaan di Rakhine, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Mengikut laporan yang diterbitkan oleh CNN, Pelapor Khas PBB, Yanghee Lee berkata beliau tidak dapat izin untuk menjejakkan kaki ke negara itu dan semua kerjasama telah dibatalkan.

“Saya hairan dan kecewa dengan keputusan kerajaan Myanmar.

Deklarasi penolakan kerjasama dengan mandat saya, menjadi petunjuk kuat bahawa ada perkara buruk berlaku di Rakhine, juga di semua penjuru negara,” kata beliau.


Larangan ini dibuat sehari selepas media Myanmar melaporkan penemuan perkuburan beramai-ramai yang mengandungi 10 mayat di dalamnya di Inn Din, utara ibu kota Rakhine, Sittwe.


Mengikut gambar-gambar yang disiarkan oleh tentera Mynanmar, kubur yang digali semula itu telah menemukan banyak rangka-rangka manusia.

Menurut Lee, kerajaan Myanmar tidak mahu sesiapa pun masuk kerana mereka cuba menyembunyikan sesuatu.

“Mereka tidak mahu sesiapa pun masuk, sama ada sebab mereka benar-benar cuba menyembunyikan sesuatu atau sebaliknya, saya tidak pasti.


Mereka mendakwa tiada apa yang hendak disembunyikan, kemudian mereka menolak siasatan dilakukan,” ujarnya lagi.

Sumber: https://www.menara.my/genosid-rohingya-myanmar-halang-penyiasat-pbb-masuk/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo