Kalau Saya Fitnah, Buktikan Kamu Sokong Pembentangan Akta 355 – CEO IKSIM


Putrajaya – “Belum terima lagi. Bau busuk bangkai gajah masih menyelubungi satu Malaysia, dah dua minggu gertak nak hantar surat tuntutan, tapi nampaknya sekadar mainan silap mata nak kelirukan ahli PAN kononnya bangkai gajah dia berbau wangi!”

Demikian tempelak Dato’ Prof Mahamad Naser bin Disa, Ketua Pegawai Eksekutif IKSIM, ketika menjawab pertanyaan wartawan Menara.my berikutan kenyataan media terbaru yang dikeluarkan YB Khalid Samad. 

Dalam kenyataan media yang diterbitkan Malaysiakini, Khalid Samad mengarahkan CEO IKSIM Mahamad Naser untuk membuat permohonan maaf secara terbuka di dalam akhbar perdana dan membayar RM1 juta sebagai pampasan dalam masa tujuh hari tanpa perlu ke mahkamah atau berdepan tindakan undang-undang. 

“Awat dia ingat ini negara koboi gangster ka, boleh ugut-ugut suruh bayar RM 1 juta tanpa lalui proses Mahkamah?” Tegas Dato’ Prof Mahamad Naser lagi. 

Ketika ditanyakan wartawan tentang apa yang berlaku, beliau menjelaskan beliau diasak oleh AJK dan penyokong PAN dalam majlis wacana Syariah mengekang Doktrin Palsu anjuran JAIS di Masjid Bukit Jelutong Shah Alam. 

“Saya dah tegaskan kepada balaci-balaci PAN itu, saya tak fitnah, kerana seluruh dunia tahu MP Shah Alam memang tidak menyokong pembentangan Akta 355 tu. Kalau itu satu fitnah, dia yang perlu buktikan bila masa dia sokong cadangan pindaan Akta itu.” 

Beliau juga mempersoalkan adakah kerana terlalu ramai pengundi Shah Alam dan umat Islam seluruh negara yang merasa malu dan tertipu dengan gelagat dan kelakuan buruk Ahli Parlimen lompatan PAN itu, menyebabkan dia dan ahli-ahlinya menjadi sasau tidak tahu lagi bagaimana mahu wangikan bau busuk bangkai gajah perlakuan mereka. 

“Depan orang bukan Islam depa nak tunjuk depalah yang paling kuat menentang A355, depan umat Islam depa nak tunjuk kononnya depa sokong. Inilah perangai yang Allah SWT cerca di bahagian awal surah al Baqarah. Bolehkah umat Islam meletakkan ‘harapan’ kepada puak-puak sebegini?” 

“Dia hanya mahu bermain permainan persepsi dan mencari kemenangan syok sendiri melalui media-media sponsored by Yahudi. Sampai bila dia nak terloncat-loncat di luar gelanggang? Jom turun ke gelanggang sebenar di mahkamah. Saya akan heret balaci-balaci PAN tu sekali dengan tuntutan balas secara berhemah dan teratur mengikut proses undang-undang. Nanti kita tengok setakat mana umat Islam boleh meletakkan ‘harapan’ kepada puak-puak yang turut dibayangi kumpulan yang mahu menguasai ‘Seven Mountain Mandate’ di Malaysia.” 

Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget