NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Siapa bakal ganti De Gea di United?



Oleh Eddy Zakry, 1Media.my

Teka-teki pengganti penjaga gol Manchester United, David De Gea semakin rancak apabila perpindahan beliau ke Real Madrid dikatakan akan menjadi kenyataan.

Spekulasi perpindahan tersebut telah wujud sejak bertahun-tahun dan ia hampir menjadi pada tahun 2005.

Walaupun De Gea tidak membuat banyak komen tentang perpindahan tersebut namun peluang untuk menyertai kelab gergasi Eropah itu tidak akan dilepaskan begitu sahaja oleh mana-mana pemain.

Tambahan pula Madrid adalah bandaraya kelahiran De Gea. Sebelum menyertai United dalam tahun 2011, beliau telah bermain dengan Athelico Madrid. Beliau juga telah memulakan kerjaya beliau dengan pasukan belia Athletico Madrid.

Oleh itu, siapa yang akan dikejar oleh United untuk menggantikan De Gea?

Berikut adalah 5 calon terbaik menurut sebuah akhbar di UK.

JAN OBLAK
Kelab : Athletico Madrid
Nilai : 30 juta pound
Umur : 24 tahun
Negara : Slovenia

KASPER SCHMEICHEL
Kelab : Leicester City
Nilai : 20 juta pound
Umur : 30 tahun
Negara : Denmark

HUGO LLORIS
Kelab : Totenham Hotspurs
Nilai : 35 juta pound
Umur : 30 tahun
Negara : Perancis

GIANLUIGI DONNARUMMA
Kelab : AC Milan
Nilai : 88 juta pound
Umur : 18 tahun
Negara : Itali

KEYLOR NAVAS
Kelab : Real Madrid
Nilai : 20 juta pound
Umur : 30 tahun
Negara : Costa Rica

(1Media.my)

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo