Header Ads

Pengambilan Pelajar Baru Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-IIUM kini dibuka





MAKLUMAN | Pengambilan Pelajar Baru Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-IIUM.

"Borang kemasukan ke Program Pensijilan Tahfiz al-Quran Jakim-IIUM boleh mula diisi secara online di laman sesawang Darul Quran Jakim; www.darulquran.gov.my pada 15 September 2017 (Jumaat). Tarikh tutup permohonan adalah pada 10 Oktober 2017 (Selasa)."
Maklumat lanjut di laman sesawang Darul Quran Jakim.


_________________________
PENGAMBILAN PELAJAR BARU PROGRAM PENSIJILAN TAHFIZ AL-QURAN DARUL QURAN JAKIM–IIUM
SESI 2018/2019 

Darul Quran Jakim mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk mengikuti Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-IIUM. Pelajar-pelajar yang telah menamatkan pengajian ini dan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan akan mengikuti pengajian di bidang profesional di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. 


SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

 Warganegara dan Bumiputera
 Belum berkahwin,
 Calon BERMINAT untuk menyambung pengajian ke UIAM. Senarai
 Lulus Peperiksaan Percubaan SPM 2017 dengan mendapat gred A bagi mata pelajaran Matematik dan minimum gred B bagi semua mata pelajaran berikut;

1. Bahasa Melayu
2. Bahasa Arab
3. Bahasa Inggeris
4. Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah / Pendidikan Syari’ah Islamiah / Pendidikan Islam / Tasawwur Islam
5. Biologi
6. Fizik
7. Kimia
8. Matematik Tambahan


CARA MEMOHON
Borang Permohonan hendaklah diisi dengan lengkap secara atas talian (online) di laman sesawang Darul Quran di http://www.darulquran.gov.my/ bermula pada: 15 September 2017 (Jumaat)
(Borang perlu dilengkapkan dan dicetak serta dibawa semasa sesi temuduga)


TARIKH TUTUP PERMOHONAN
10 Oktober 2017 (Selasa)


SEMAKAN STATUS PERMOHONAN Pemohon boleh menyemak keputusan permohonan di laman sesawang Darul Quran di http://www.darulquran.gov.my/ pada 17 Oktober 2017 (Selasa) (Pelajar yang layak sahaja akan dipanggil temuduga)

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Unit Kemasukan Darul Quran Jakim di talian:
Tel: 03-6063 5323 / 5349 / 5351/ 5374