NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

KUIS Terima Pelajar Pondok Lanjut Pengajian



Oleh Syazwan Sufian

KUALA LUMPUR, 1 Ogos - Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) bakal menjadi Institut Pengajian Tinggi (IPT) pertama menerima pelajar pondok ke universiti itu bagi mengetengahkan pelbagai bidang akademik untuk mencorak masa depan pelajar yang lebih cerah.

Rektor KUIS, Prof Dato’ Dr Ab Halim Tamuri berkata, inisiatif itu membuka peluang kepada pelajar berkenaan mendalami bidang lain selain pengajian Islam.

“Mereka di beri peluang mendalami bidang lain seperti Teknologi Maklumat (IT), Perniagaan dan juga Teknikal supaya mereka setanding dengan pelajar lain,” katanya.

Halim berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Pengajian Islamiyyat Kali Ketiga (IRSYAD 2017), semalam.

Halim berkata, pendekatan itu sudah diamalkan di Indonesia, Brunei, Thailand dan negara-negara Asia Barat yang memberikan peluang kepada golongan itu.

“Sememangnya pengajian kitab pelajar pondok yang lebih tinggi daripada mahasiswa di universiti cuma pengajian mereka tidak mempunyai sistem yang lebih teratur seperti pembelajaran di universiti tempatan.

“Jadi saya melihat, mereka juga harus diberi pendidikan lain dan itu yang cuba KUIS laksanakan supaya ilmu pendidikan Islam dan pendidikan konvensional dapat diselarikan demi masa depan mereka,” katanya.
© all rights reserved
made with by templateszoo