Pulau Pinang: Jaringan Muslimin kecam cubaan tayangan filem gay - 1Media.My

Header Ads

Pulau Pinang: Jaringan Muslimin kecam cubaan tayangan filem gay



Jelas ianya bukan budaya Malaysia apatah lagi bagi mereka yang beragama Islam dan MMI optimis tidak ada mana-mana agama di dunia yang menghalalkan perhubungan sejenis melainkan agama itu diciplak daripada agama-agama lain untuk memenuhi tuntutan pemimpinnya dan kehendak para pengikutnya.

Begitu juga jika kita melihat dalam konteks negara , hanya negara-negara tertentu yang tidak meletakkan asas agama sebagai salah satu daripada prinsip asas pentadbirannya akan menghalalkan budaya sebegini dan natijahnya pernikahan sejenis di bolehkan.

Sesuatu yang perlu kita perhatikan adalah budaya-budaya sebegini diubah menjadi "trend" oleh sebahagian besar daripada pengamal-pengamalnya dengan sokongan kuasa-kuasa besar tertentu dan disebarkan ke seluruh dunia termasuklah menggunakan semua saluran media perdana mahupun media sosial.

Perkembangan sebeginilah yang akhirnya menyebabkan budaya tersebut menerjah masuk ke negara kita dan negara-negara lain sehingga mampu mewujudkan kelompok yang begitu angkuh mempertahankan gerakan LGBT.

Lebih malang bagi kita apabila usaha-usaha beragenda ini disokong oleh kalangan mereka yang punya kepentingan politik sehingga berani mencabar pihak yang dipertanggungjawabkan bagi menjaga hal berkaitan agama Islam. Baca artikel berkaitan http://mahamissa.blogspot.my/2017/07/sedarlah-rangkaian-puak-evangelist-di.html

Sebab itulah MMI sebut dalam artikel tersebut bahawa kita perlu berhati-hati dan segera sedar gerakan-gerakan ini sebenarnya semakin berkembang di Malaysia dan sesuatu harus segera dilakukan supaya undang-undang tidak diperkotak-katikkan selain Perlembagaan Persekutuan terus dapat dipertahankan.

Terkini sekali lagi insiden yang hampir sama berlaku , cubaan oleh pihak yang jelas tidak memahami dan tidak hormat kepada Perlembagaan Persekutuan untuk menayangkan sebuah filem yang jelas berunsur negatif dan ditolak oleh masyarakat Malaysia di Pulau Pinang.

Persoalannya untuk apa filem ini ditayangkan percuma pula tu ?

Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP) mengecam penangpac selaku penganjur kepada tayangan wayang percuma yang pada asalnya akan berlangsung pada 11 Julai 2017. Meskipun mereka telah menggantikannya dengan filem yang lain namun percubaan mereka terang-terang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Watak Khoi dalam filem tersebut adalah sebuah watak homoseksual dan filem itu juga memaparkan budaya seksualiti yang bertentangan dengan artikel 3(1) Perlembagaan Persekutuan iaitu kedudukan Islam sebagai Agama Negara.

Penceritaan filem Lost In Paradise arahan Vu Ngoc Dang juga memberi fokus kepada budaya homoseksual yang merupakan budaya songsang yang bertentangan dengan undang-undang dalam negara kita.

Percubaan untuk menayangkan filem ini di Pulau Pinang terutamanya ialah satu tindakan menghina Duli Yang Maha Mulia YDP Agong selaku Ketua negara yang telah bersumpah untuk memelihara Islam pada semua masa.

JMPP ingin mempersoalkan kenapa sebuah filem tahun 2011 yang mengangkat tema hubungan homoseksual ini mahu ditayangkan dan dipromosikan?

Apa motif asal penangpac sebenarnya? Sengaja mahu mencabar sensitiviti dan mahu merobek keharmonian hidup bermasyarakat di Malaysia?

JMPP melihat seolah-olah terdapat usaha sesetengah pihak mahu membuat proses normalisasi budaya homoseksual ini untuk diterima di Malaysia.

Penghinaan kepada Perlembagaan negara, negeri dan Prinsip Kesopanan dan Kesusilaan negara harus dihalang dan ditentang.

PenangPAC harus mengambil tanggungjawab utk menghormati semua ini.

Kami mengingatkan Penangpac supaya tidak akan cuba untuk mengadakan tayangan filem songsang seumpama ini lagi pada masa akan datang.
Pengerusi JMPP
Mohamed Hafiz Mohamed Nordin
MMI berterima kasih kepada JMPP kerana cepat bertindak sehingga akhirnya penayangan filem terbabit dibatalkan namun kita perlu beringat agenda ini tidak akan terpadam malah cubaan demi cubaan seperti ini akan berlaku lagi dari masa ke semasa.

Mungkin dengan kaedah yang berbeza!