NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

DUN Nenggiri diisytihar kosong



SPEAKER Dewan Undangan Negeri Kelantan mengumumkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Gua Musang kosong berikutan penyandangnya, Datuk Mat Yusoff Abdul Ghani, 55, diisytiharkan muflis oleh Jabatan Insolvensi Selangor.

Speaker DUN Kelantan, Datuk Abdullah Ya'kub berkata, pejabat beliau menerima surat berkenaan 28 Mei lalu manakala Pejabat Penasihat Undang-Undang menerusi surat itu pada 21 Mei.

“Tarikh isytihar muflis ialah 9 November tahun lalu,” katanya.

Beliau berkata, surat makluman kebangkrapan itu menyebabkan Mat Yusoff tidak layak menjadi ADUN.

"Mengikut Perkara 31 (1) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan menyatakan dengan tertakluk kepada syarat perkara ini, seseorang itu tidak layak menjadi ADUN jika muflis yang belum diselesaikan lagi.

"Bermula pada hari ini, saya isytiharkan DUN Nenggiri kosong.

"Saya akan menghantar surat kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Kelantan Ahad ini," katanya dalam sidang media di pejabatnya di Kota Darulnaim, hari ini.

Ketika ditanya berhubung pilihan raya kecil, beliau berkata, ia terserah kepada SPR untuk membuat keputusan.

Mat Yusoff dipilih sebagai ADUN Nenggiri sejak Mei 2013.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo