NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Keputusan rayuan penghakiman saman fitnah Nizar-Razman, 5 jun 2017



Mahkamah Tinggi Ipoh pada 24 Mei 2017 menetapkan keputusan rayuan Bendahari Pas Pusat, Haji Razman Zakaria terhadap keputusan Mahkamah Sesyen Ipoh yang membatalkan tuntutan balasnya terhadap Mohamad Nizar Jamaludin pada 05 Jun 2017.

Keputusan itu dibuat setelah mahkamah mendengar hujahan peguam kedua-dua belah pihak pada hari ini. 

Mahkamah Sesyen Ipoh pada 24 November 2016 telah membenarkan permohonan Nizar membatalkan tuntutan balas Razman terhadapnya. 

Sebelum itu Nizar telah membuat tuntutan terhadap Razman berhubung satu berita yang diterbitkan oleh Sinar Harian pada 02 Jun 2015 yang mendakwa Razman telah memfitnahnya. 

Selain memfailkan pembelaan terhadap tuntutan Nizar, Razman telah membuat tuntutan balas terhadap satu kenyataan media yang ditandatangani oleh Nizar pada 21 Mac 2015 (yang ketika itu merupakan Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak) yang tertera di kenyataan media tersebut sebagai mewakili Pas Perak yang mana Razman mendakwa Nizar bertindak demikian tanpa kebenaran dan pengetahuannya yang merupakan Pesuruhjaya Pas Perak.

Pada prosiding hari ini Razman yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Perak diwakili pasukan peguam dari Lajnah Undang-undang PAS, Mohd Zamri, Ahmad Azhar dan Harris Abdullah.
© all rights reserved
made with by templateszoo