NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

50,000 Pekerja Dijangka Dibuang Tahun 2017 - MEF

Produk dan perkhidmatan di pasaran tempatan serta eksport kekal lemah sehingga menyebabkan harga barangan tidak stabil tahun 2017 dan seterusnya menyebabkan syarikat berdepan kesukaran apabila keuntungan merosot dan terpaksa membuang pekerja.
PETALING JAYA: Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) menjangkakan jumlah pekerja yang diberhentikan pada tahun 2017 akan terus meningkat antara 45,000 hingga 50,000 orang.
Ketua Pegawai Eksekutif MEF, Datuk Samsuddin Bardan memberitahu Oriental Daily 31,000 pekerja diberhentikan setakat September lalu dan sehingga 50,000 orang dijangka dibuang tahun 2017 dengan sektor paling terjejas ialah kewangan dan insurans.

Beliau berkata, risiko pemberhentian kerja juga agak tinggi dalam sektor teknologi kewangan (Fintech), teknologi insurans (Insurtech), pembuatan dan pembinaan kerana kadar permintaan merosot.

Beliau meramalkan produk dan perkhidmatan di pasaran tempatan serta eksport kekal lemah sehingga menyebabkan harga barangan tidak stabil tahun 2017 dan seterusnya menyebabkan syarikat berdepan kesukaran apabila keuntungan merosot dan terpaksa membuang pekerja.

“Ini disebabkan ketidaktentuan ekonomi di negara pengeksport utama, termasuk negara Eropah, Amerika Syarikat, China dan Jepun yang mengakibatkan pasaran eksport lemah.

“Dalam pasaran tempatan pula, harga barangan dan perkhidmatan akan naik menyebabkan kos sara hidup rakyat meningkat dan pengguna berwaspada ketika berbelanja.”

Dalam pada itu, Samsuddin berkata, kadar kenaikan gaji di kebanyakan syarikat tidak tinggi, malah lebih rendah daripada kadar kenaikan tahun ini.

Beliau berkata, kadar kenaikan gaji bagi pekerja bukan eksekutif tahun ini ialah 5.51% dan tahun 2017 dijangkakan 5.43%, manakala kadar kenaikan gaji bagi eksekutif pula ialah 5.55% tahun ini, tetapi ia mungkin naik sekitar 5.3% sahaja tahun depan.

Ini kerana, katanya, pendapatan dan keuntungan kebanyakan majikan terjejas dan dijangka mengalami penurunan 30% hingga 40% tahun ini berbanding 2015.

Beliau berkata, cabaran terbesar majikan pada tahun 2017 ialah bagaimana mengekalkan prestasi perniagaan dan jumlah pekerja ketika modal berniaga semakin meningkat.

Sumber: http://malaysianaccess.com/mef-pekerja-malaysia-ma491b/


© all rights reserved
made with by templateszoo