Header Ads

Red Velvet Leleh Menjilat Jari!

Ramai ternanti-nanti entri resipi dari blog kami. Jadi kali ini admin nak syorkan kalian cuba resipi Ked Red Velvet Leleh ni. Pasti menjilat jari!
Assalamualakum dan salam sejahtera.

Ramai ternanti-nanti entri resipi dari blog kami. Jadi kali ini admin nak storkan kalian cuba resipi Red Velvet ni. Pasti menjilat jari! Caranya mudah sahaja.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :-

-          Mentega 144 gm
-          Ovelette 9 gm
-          Gula 180 gm
-          Garam 3 gm
-          Telur 126 gm
-          Tepung Gandum 162 gm
-          Serbuk Koko 10 gm
-          Baking Powder 4 gm
-          Xanthan Gum 1 gm
-          Vanilla Esen 4 gm
-          Beetroot Puree 162 gm
-          Walnut 54 gm

Proses penyediaan seperti berikut :-
-          Pukul sebati cream mentega, ovelette, gula dan garam pada kelajuan sederhana selama 10 minit menggunakan paddle.
-          Masukkan telur dan pukul lagi selama 15 minit.
-          Masukkan bahan kering. Kelajuan sederhana pukul 1 minit.
-          Masukkan beetroot puree dan esen vanilla. Pukul 30 saat dan gaulkan walnut.
-          Skop 100gm masuk kedalam muffin cup bakar 190°c selama 20 minit

Mudah kan? Selamat mencuba!