NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Percaturan PKR penting, elak jadi kerdil





SHAH ALAM – PKR perlu lebih teliti dalam pengagihan kerusi bagi memastikan mereka tidak tersalah percaturan, ekoran kerjasama dengan Bersatu, sekali gus menjadi parti kerdil dalam Pakatan Harapan.

Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Pusat Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib berkata, buat masa ini PKR perlu fokus terhadap kerusi sedia ada, berbanding pengagihan dengan Bersatu.

“Pada masa ini PAS lebih fokus meletakkan calon mereka di kerusi PKR yang sedia ada.

“Sebelum ini,  kerusi PKR datang daripada pengorbanan PAS yang membenarkan parti itu bertanding,” katanya kepada Sinar Harian.

Sebelum ini, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyatakan parti itu sedia berunding bagi memberi laluan kepada Bersatu dalam pembahagian kerusi pada PRU14.
Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail juga memaklumkan, akan mengadakan rundingan berhubung pemberian kerusi tersebut.

Sehubungan itu, Md Shukri berkata, kenyataan Mohamed Azmin seolah-olah cuba meminggirkan legasi Anwar dan perjuangan keluarga itu apabila dilihat lebih pro kepada Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamed.

“Antara petanda pro Anwar  terhakis adalah dengan agenda menyerahkan kerusi kepada parti lain," katanya.

Sementara itu, Md Shukri berkata, PKR perlu mengambil langkah meninggalkan DAP dan berbaik dengan PAS bagi menggelakkan kerusi mereka bertindih pada PRU14.

Menurutnya, DAP dilihat menjadi penghalang kepada kerjasama PKR dan PAS, malah keadaan itu akan menyebabkan berlakunya pertembungan tiga penjuru pada PRU14.

“Tanpa PAS, PKR akan hilang banyak kerusi dan soko-ngan daripada ahli parti Islam itu juga akan hilang,” katanya.


© all rights reserved
made with by templateszoo