NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

13 syarikat pengendali umrah tidak berlesen

Statistik menunjukkan kewujudan syarikat pengendali umrah tidak berlesen semakin bertambah berbanding tahun lalu.

KUALA LUMPUR 28 Dis. – Seba­nyak 13 daripada 17 syarikat pe­ngendali umrah yang dilaporkan melakukan penipuan sejak Januari sehingga bulan lalu merupakan syarikat tidak berlesen.

Perkara itu didedahkan Jabatan Siasatan Jenayah Ko­mersial (JSJK) Bukit Aman berdasarkan 84 laporan yang diterima di seluruh negara sejak Januari hingga bulan lalu yang membabitkan kerugian RM2.85 juta.

Statistik tersebut juga menunjukkan kewujudan syarikat pengendali umrah tidak berlesen semakin bertambah berbanding tahun lalu yang mencatatkan lapan syarikat.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani (gambar)berkata, status ke­semua 13 syarikat tidak berdaftar itu dikenal pasti hasil kerjasama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.

Menurut beliau, bakal jemaah umrah mudah terpedaya dengan penipuan syarikat tidak berlesen ini kerana pakej murah yang ditawarkan.

“Kita juga kesal dengan tindakan syarikat berlesen yang turut menjalankan penipuan sama.

“Jumlah syarikat berlesen yang menipu didapati meningkat daripada dua syarikat pada tahun lalu kepada empat pada tahun ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Acryl Sani memberitahu, semua sya­rikat terlibat disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan ada yang te­lah didakwa di mahkamah.

Katanya, syarikat berlesen pula ditarik oleh pihak kementerian kerana melanggar syarat lesen yang ditetapkan.

“Bagi mengelak ditipu, orang ramai dinasihatkan agar menggunakan khidmat agensi berdaftar dan tidak mudah terpengaruh dengan pakej yang menawarkan harga murah,” katanya.


http://www.utusan.com.my/berita/nasional/13-syarikat-pengendali-umrah-tidak-berlesen-1.425573


© all rights reserved
made with by templateszoo