Header Ads

111 mangsa banjir di Kemaman dipindahkan

meningkat berbanding 63 mangsa daripada 17 keluarga sebelumnya


KUALA TERENGGANU: Jumlah mangsa banjir dipindahkan ke tiga pusat pemindahan di Kemaman meningkat kepada 111 orang daripada 27 keluarga sehingga jam 7 petang ini.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Negeri, berkata jumlah itu meningkat berbanding 63 mangsa daripada 17 keluarga setakat jam 11 pagi tadi.

Katanya, jumlah mangsa di pusat pemindahan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Badrul Alam Shah meningkat kepada 58 orang daripada 14 keluarga, berbanding 16 mangsa (tiga keluarga) pagi tadi.

"Selain itu, pusat pemindahan Balai Raya Kampung Kemunting pula meningkat kepada 32 mangsa daripada tujuh keluarga petang ini, berbanding 16 mangsa (tiga keluarga) pagi tadi. "Jumlah mangsa di pusat pemindahan Balai Raya Kampung Batu 9, Ibok pula kekal 21 orang dari enam keluarga," katanya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/227365