NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Rawatan Islam Vs Jampi Melayu

0
masyarakat mudah terkeliru dengan bomoh yang sudah mula berkopiah bagi melindungi kaedah perubatannya


Oleh: MZ

Bahasa mudah untuk difahami bagi menerangkan maksud  rawatan islam ialah suatu kaedah rawatan yang bertepatan dengan syarak yakni berpandukan Al-Quran dan Hadis serta pengalaman ulama yang terdahulu di dalam bidang ini.

Darusshifa' merupakan peneraju utama perubatan islam di Malaysia yang dipimpin oleh Almarhum Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din. Selain itu, Darussalam juga ditubuhkan oleh Dato Ismail Kamus merupakan nama yang besar dalam dunia perubatan islam khususnya di Malaysia.

Kini pusat rawatan islam tumbuh "bak cendawan selepas hujan". Di kebanyakan tempat di Malaysia terutamanya, pasti akan ada pusat rawatan yang menawarkan khidmatnya. Ada pro dan kontra dengan wujudnya perubatan islam yang bercambah ini.

Perubahan positif yang dapat kita lihat ialah sesetengah masyarakat mula cenderung kepada rawatan yang bertepatan dengan syarak.

Namun demikian, masyarakat mudah terkeliru dengan bomoh yang sudah mula berkopiah bagi melindungi kaedah perubatannya. Ada di kalangan bomoh tradisional jelas menyimpang dari segi syarak contohnya seperti menggunakan perantaraan seperti jin. Pesakit yang kurang arif bidang agama mudah terpengaruh dengan segala permintaan bomoh yang berkopiah ini hingga menjadikan kaedah rawatan islam disalahertikan oleh sesetengah masyarakat.

Kesembuhan milik ALLAH merupakan perkara yang pasti. Masyarakat perlu sabar dan berusaha dalam mencari kesembuhan. Jangan kerana sifat kurang sabar membuatkan masyarakat sanggup berubat dengan perawat yang langsung tidak bertepatan dengan syarak. Takut bukan kesembuhan yang dicari tetapi syirik yang diambil dalam perubatan.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo