NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Najib Umum Jack Ma Penasihat Ekonomi Digital Kerajaan Malaysia




"Jack Ma akan menjadi penasihat tentang bagaimana menyediakan jalan untuk masa hadapan"


KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Razak hari ini mengumumkan pelantikan Jack Ma selaku penasihat kerajaan Malaysia dalam bidang ekonomi.

Pengumuman ini dibuat semasa pelancaran Alitrip Malaysia Tourism Pavilion di China World Hotel.

Menurut beliau, Jack Ma telah bersetuju menggalas tanggungjawab tersebut.

Pada masa yang sama, Najib memaklumkan bahawa Jack Ma akan menjadi penasihat dalam menyediakan solusi terhadap kelangsungan masa depan negara.

"Beliau akan menjadi penasihat tentang bagaimana menyediakan jalan untuk masa hadapan," ujar Dato' Seri Najib.

Jack Ma merupakan Pengerusi Eksekutif Alibaba dan usahawan Internet Jack Ma.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo