NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Himpunan Solidariti Ummah Bersama Ummat Islam Rohingya


Kongres Rakyat menyeru semua ngo -ngo Islam malah juga ngo non muslim atas nama kemanusiaan untuk sama - sama kita nyatakan sikap dan kecaman terhadap kekejaman regim Mynmar.

1. Sekali lagi gabungan NGO - NGO Islam akan bergabung bagi menganjurkan HIMPUNAN SOLIDARITI UMMAH untuk ROHINGYA.

2. Himpunan tersebut akan berlangsung seperti mana maklumat berikut :

Tarikh : 4 Disember 2016
Hari : Ahad
Masa : 8.00 pagi hingga 11.00 pagi
Tempat : Stadium Taman Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur

3. Kongres Rakyat turut berbesar hati menyertai penganjuran himpunan ini sebagai tanda kebersamaan dengan derita ummat Islam Rohingya di bumi Arakan.

4. Bukan sahaja sekadar berhimpun dan bermunajat tetapi juga gabungan ngo-ngo ini akan menyerahkan memorundum khas kepada YAB Perdana Menteri Dato Sri Najib Abdul Razak  yang dijemput hadir sebagai tetamu kehormat atas kapasiti Ketua Kerajaan agar isu ini turut mendapat perhatian pihak kerajaan untuk mengambil tindakan berkesan bagi menyelamatkan ummat Islam Rohingya yang sedang sengsara kini.

5. Antara tetamu istimewa yang diundang juga ialah YB Dato Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang atas penglibatan luas dan berpengaruh beliau dalam misi keamanan antarabangsa selaku Naib Presiden Kesatuan Ulamak Sedunia untuk memberi pandangan dan sikap yang patut di ambil oleh ummat Islam dalam himpunan solidariti ummah pada 4 Disember 2016, Ahad ini.

6. Kongres Rakyat menyeru semua ngo -ngo Islam malah juga ngo non muslim atas nama kemanusiaan untuk sama - sama kita nyatakan sikap dan kecaman terhadap kekejaman regim Mynmar.

Menuju Malaysia Sejahtera

Sekian.        

Nasrudin bin Hassan
Setiausaha Kongres Rakyat               

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo