NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

30,000 sambut wira Lang Merah, Piala Malaysia

kira-kira 30,000 orang yang kebanyakannya peminat tegar Lang Merah mengisi Stadium Darul Aman

ALOR SETAR 1 Nov. – Luar biasa! Suasana meriah dapat disaksikan apabila kira-kira 30,000 orang yang kebanyakannya peminat tegar Lang Merah mengisi Stadium Darul Aman di sini dalam majlis menyambut kepulangan wira-wira.

Masing-masing tidak mahu ketinggalan untuk melihat lebih dekat pemain dan Piala Malaysia yang dimenangi Lang Merah dalam perlawanan akhir di Stadium Shah Alam Ahad lepas.

Walaupun sambutan bermula pada kira-kira pukul 3.30 petang di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH), peminat dari pelbagai peringkat usia mula berhimpun di pekarangan stadium berkenaan seawal 2 petang.

Pasukan Kedah yang diarak dengan bas dua tingkat dari LTSAH tiba di Stadium Darul Aman kira-kira pukul 6 petang dan disambut dengan sorakan gemuruh peminat.

Majlis sambutan itu disertai kesemua skuad Lang Merah kecuali Rizal Ghazali dan Baddrol Bakhtiar yang terus memasuki kem latihan skuad kebangsaan di Petaling Jaya.

Ini adalah kali kelima Lang Merah menang Piala Malaysia dan kali pertama dalam tempoh lapan tahun, mengalahkan juara 33 kali Selangor 6-5 menerusi penalti penentuan selepas kedudukan terikat 1-1 hingga tamat masa tambahan.

Kedah pernah menang piala keramat bola sepak tempatan itu pada 1990, 1993, 2007 dan 2008.

http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/30-000-sambut-wira-lang-merah-piala-malaysia-1.402391

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo