NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Rakaman suara Nik Abduh dipetik luar konteks, kata PAS




PETALING JAYA: PAS mengesahkan rakaman suara individu yang mengulas isu PAS menerima dana daripada Umno ialah Ahli Parlimen Bachok, Nik Abduh Nik Abdul Aziz.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata Nik Abduh sendiri mengakuinya tetapi rakaman itu bukan keseluruhan perbualan.

"Dia berkata ia tidak menunjukkan konteks sebenar. Ia bukan hanya mengenai PAS menerima wang daripada Umno; ada perkara lain.

"Untuk memahami konteks rakaman suara itu, kita perlu dengar dari awal hingga akhir. Hanya selepas itu kita akan faham segala-galanya," Bernama memetik ucapan Takiyuddin selepas satu majlis di Kubang Kerian, Kelantan.

Sebelum ini dilaporkan editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown menghasilkan rakaman suara untuk menyokong dakwaannya bahawa pemimpin PAS menerima RM90 juta yang dikaitkan dengan 1MDB dari Umno.

Isu rakaman suara itu timbul sebelum pilihan raya umum ke-14 (PRU14) tetapi Nik Abduh menafikannya, mengatakan ia tidak masuk akal dan satu pembohongan.

Isu itu muncul semula rentetan penyelesaian luar mahkamah antara Presiden PAS Abdul Hadi Awang dan Rewcastle-Brown berhubung artikel yang mendedahkan dakwaan tersebut pada 2 Feb.

Dalam perkembangan lain, Takiyuddin berkata PAS tidak akan meletakkan calon pada PRK Semenyih untuk memberi laluan kepada parti pembangkang yang lain, termasuk Barisan Nasional.

"Kami mahu mewujudkan perpaduan dalam kalangan pembangkang di negara kita, termasuk di Selangor," katanya.

Beliau menambah kerjasama politik antara PAS dan Umno adalah untuk kebaikan Islam, orang Melayu dan perpaduan rakyat dan akan berterusan sehingga PRU15.


Sumber: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/02/13/rakaman-suara-nik-abduh-dipetik-luar-konteks-kata-pas/

Berapa umurmu? Sudah 50 Tahun?

BERAPA UMURMU?  -  SUDAH 50 TAHUN?


"Allah tidak lagi memberi alasan bagi siapa yang telah dipanjangkan umurnya hingga 50 tahun."
(Hadits Riwayat Bukhari)

Al-Khattabi berkata:
"Maknanya, orang yang Allah panjangkan umurnya hingga 50 tahun, tidak diterima lagi keuzuran/alasan, karena usia 50 tahun merupakan usia yang dekat dengan kematian.
Maka inilah kesempatan untuk memperbanyak taubat, beribadah dengan khusyuk, dan bersiap-siap bertemu Allah."
(Tafsir al-Qurthubi)

Fudhail bin Iyadh berkata kepada seseorang yang telah mencapai umur 50 tahun.

Nasihat Fudhail kepadanya:

"Berarti sudah 50 tahun kamu berjalan menuju Tuhanmu, sekarang hampir sampai...
Lakukan yang terbaik pada sisa usia senja-mu, lalu akan diampuni dosa-dosamu yang lalu.
Tapi jika engkau masih berbuat dosa di usia senjamu, kamu pasti dihukum akibat dosa masa lalu dan masa kini sekaligus!"

Maka para alim ulama memberi nasehat cara menjalani umur yang sudah mencapai 50 tahun:

1. Jangan berlebihan berhias, bersolek, dan berpakaian.

2. Jangan berlebihan makan, minum, dan berbelanja barang yang kurang diperlukan untuk mendukung amal shalih.

3. Jangan berkawan dengan orang yang tidak menambah iman, ilmu, dan amal.

4. Jangan gelisah, berkeluh kesah dan kesal dengan kehidupan sehari-hari. Selalu penuhi diri dengan rasa sabar dan bersyukur.

5. Perbanyak do'a mengharap keridha-an Allah agar Husnul Khatimah dan dijauhkan dari Su'ul Khatimah.

6. Tambahkan ilmu agama, perbanyak mengingat kematian, dan bersiap menghadapinya.

7. Siapkan wasiat dan lakukan pembahagian harta.

8. Kerapkan menjalin silaturrahim dan merapatkan hubungan yang renggang sebelumnya.

9. Minta maaf dan berbuat baik terhadap pihak yang pernah didzalimi.

10. Tingkatkan amal shalih, terutama amal jariah yang dapat terus memberi pahala dan syafa'at setelah kita mati.

11. Maafkan kesalahan orang lain kepada kita walau seberat apapun kesalahan itu.

12. Bereskan segala hutang yang ada dan jangan buat hutang baru walaupun untuk menolong orang lain.

13. Berhentilah dari semua maksiat !!!

>> Mata, berhentilah memandang yang tidak halal bagimu.

>> Tangan, berhentilah dari meraih yang bukan hak mu.

>> Mulut, berhentilah makan yang tidak baik dan yang tidak halal bagimu, dan berhentilah dari ghibah, fitnah, dan berhentilah menyakiti hati orang lain.

>> Telinga, berhentilah mendengar hal-hal haram dan tak bermanfaat.

14. Berbaik sangka lah kepada Allah atas segala sesuatu yang terjadi dan menimpa.

15. Penuhi terus hati dan lisan kita dengan istighfar & taubat untuk diri sendiri, orang tua, dan semua orang beriman, di setiap saat, waktu dan keadaan.

Semoga bermanfaat bagi kita semua, walaupun Anda belum 50 tahun, kerana kematian tidak mengenal usia.

Terengganu: Kerajaan Negeri Angkat Pendidikan Elemen Penting Negeri



DUNGUN, 12 Februari - Kerajaan Negeri Terengganu meletakkan pendidikan sebagai satu elemen penting dengan memperuntukkan sejumlah besar dana negeri untuk meningkatkan ilmu di kalangan masyarakat .

Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahri Mamat berkata, peruntukan perbelanjaan yang dibentangkan dalam Bajet 2019 lalu memperlihatkan bidang pendidikan mendapat dana tertinggi antara bidang-bidang yang lain.

"Berbekalkan peruntukan ini, kita akan terus alirkan dana kepada rakyat negeri Terengganu melalui pelbagai program dan aktiviti kelimuan yang dirancang.

"Bagaimanapun, ia akan mengambil masa untuk kita lihat hasilnya," katanya di Dewan Ulul Albab Sekolah Menengah (SM) Imtiaz Yayasan Terengganu (Atas) Dungun, baru-baru ini.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) kali keenam sempena Anugerah Kecemerlangan Akademik 2018 & Majlis Perasmian Koperasi SM Imtiaz Dungun Berhad.



Dalam majlis berkenaan, beliau turut menandatangani plak simbolik merasmikan Bangunan Koperasi Idun Quranic Centre (KIQC) yang turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Wan Hapandi Wan Nik selaku Yang Dipertua PIBG sekolah berkenaan.

Satiful memaklumkan, keutamaan yang diberikan kerajaan negeri itu bertujuan melahirkan insan- insan yang bakal menjadi pelapis kepimpinan kerajaan dalam usaha mencapai gagasan.

"Ibu bapa perlu sentiasa memberi sokongan dan dorongan kepada anak-anak mereka sejak dari awal lagi. Ibu bapa hari ini kebanyakannya berpelajaran tinggi, jadi mereka mahukan anaknya lebih baik daripada mereka.

"Sedangkan konsep pendidikan dalam Islam, kita perlu mendidik 'minal mahdi ilal lahdi' yakni daripada buaian sampai ke liang lahad," katanya.

Beliau turut mengulas tanggapan buruk sebahagian masyarakat tentang ibu bapa yang menghantar anaknya ke pusat hafazan al-Quran dikatakan tidak mempunyai masa depan yang cerah.

"Apabila kita menghantar anak ke pusat hafaz al-Quran, bukan bermakna kita menutup masa depan mereka. Sebaliknya, kita menambah kefahaman dan ilmu keduniaan mereka dengan ilmu akhirat," katanya.

Sumber: https://www.teganukita.net/2019/02/terengganu-angkat-pendidikan-elemen.html

"Editor Sarawak Report sepatutnya kena jujur" - Mohd Amar



KOTA BHARU: Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown sepatutnya jujur dan tidak lagi bercakap selepas persetujuan bersama untuk tidak meneruskan saman di mahkamah antara Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan dia.

Namun menurut Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, Clare terus menulis dan menunjukkan sikap tidak jujur dengan menimbulkan isu dana 90 juta itu.

“Sepatutnya Clare ini kena jujurlah dengan persetujuan kita (untuk) tidak beri komen tetapi dia terus menulis, menyerang.

“Ini tidak betul bila sudah selesai luar mahkamah, ini kena rujuk kepada Tuan Guru (Presiden PAS) sebab dia sebut Tuan Guru, kena tanya dia, Tuan Guru apa tindakan pada pandangan saya itu sikap tidak jujur Clare. Sudah bersetuju berhentilah, tidak ada isu baharu sepatutnya,” katanya di sini, hari ini.

Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan diminta mengulas desakan terbaharu Clare yang meminta supaya PAS menjadi sebuah parti yang telus bukan sahaja kepada rakyat Malaysia, malah kepada ahlinya.

Pada masa yang sama beliau mencabar Abdul Hadi untuk menjelaskan kenyataan tidak konsisten beliau berhubung penyaluran dana RM2.5 juta dari UMNO kepada PAS.

Katanya pembayaran dibuat secara tunai berjumlah RM2.5 juta oleh pemimpin kanan UMNO kepada PAS sebelum pilihan raya yang lalu.

Tambah Mohd Amar, dakwaan Clare itu lebih kepada tuduhan tanpa asas bahkan apabila dia bersetuju untuk menyelesaikan kes di luar mahkamah, membuktikan Clare tidak mempunyai hujah dan bukti cukup untuk dikemukakan di mahkamah.

Abdul Hadi pada 2 Feb lepas memutuskan untuk memuktamadkan penyelesaian di luar mahkamah berhubung kes saman beliau terhadap pengasas dan editor Sarawak Report selepas meneliti keseluruhan tindakan mahkamah yang difailkan daripada semua aspek dan mempertimbang pandangan serta nasihat peguam.

Clare Rewcastle Brown selaku defendan, dan editor Sarawak Report itu juga menarik balik tuntutan balas terhadap Presiden Pas itu.

Laluan sepanjang jalan TAR ditutup bermula 15 Mac




PUTRAJAYA, 7 Jamadilakhir 1440H, Selasa – Laluan sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman (Jalan TAR) di Kuala Lumpur dari Kompleks Membeli-belah Sogo akan ditutup kepada semua kenderaan kecuali bas bermula 15 Mac depan, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abd Samad.

Penutupan jalan sepanjang kira-kira satu kilometer itu dari Jalan Esfahan sehingga Jalan Melayu dibuat bagi memberi lebih keselesaan kepada orang ramai untuk berurusan di kawasan perniagaan tersebut, katanya.

"Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menjalankan kajian dalam talian berhubung penutupan jalan tersebut di mana sebahagian besar responden bersetuju dengan cadangan itu.

"Kita berhasrat menjadikan laluan bermula dari hadapan Sogo sehingga ke Wisma Bandar sebagai laluan bebas kenderaan atau pedestrian mall di mana pengunjung boleh berjalan kaki untuk membeli-belah," katanya pada sidang media selepas majlis Bicara Makan Tengahari sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Hadir sama Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan.

Jika keadaan berjalan lancar, beliau berkata, pihaknya sedia untuk menempatkan peniaga bazar perayaan yang memohon lesen berniaga di Jalan TAR dari DBKL untuk beroperasi di sepanjang laluan yang dikosongkan itu pada bulan Ramadan akan datang.

Beliau berkata, laluan yang boleh menempatkan sehingga 200 lot tapak perniagaan itu juga akan dibenarkan untuk beroperasi pada musim perayaan lain.

"Kita sedang memperincikan susun atur peniaga, namun yang pasti keputusan ini akan memberikan kelegaan kepada semua pihak kerana dapat menjalankan perniagaan di kawasan yang lebih luas dan selesa.

"Penempatan hanya melibatkan mereka yang memohon lesen untuk berniaga semasa bulan Ramadan manakala peniaga sedia ada akan dikekalkan di tapak asal," katanya.

Khalid berkata, keputusan itu juga diambil bagi menjaga kepentingan kedai-kedai Melayu di kawasan tapak lama bazar Ramadan yang mana perniagaan mereka terhalang sepanjang bazar perayaan itu berlangsung.

Dalam perkembangan lain, Khalid berkata, beberapa individu dari Bahagian Perolehan DBKL telah dirakam percakapan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kebocoran senarai syarikat yang berjaya memperoleh kontrak pembersihan sungai seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.

Beliau berkata, tindakan secara dalaman juga telah diambil di mana Datuk Bandar Kuala Lumpur dengan mengarahkan seramai 20 orang kakitangan di bahagian itu dipindahkan ke bahagian lain secara berperingkat dalam tempoh sebulan.

Khalid melahirkan kehairanan bagaimana maklumat daripada mesyuarat Lembaga Perolehan pada 25 Januari lepas itu boleh tular sehari kemudian sedangkan makluman kepada syarikat dan kontraktor yang berjaya dalam tender secara individu hanya dibuat DBKL melalui panggilan telefon.

"Ini yang dikatakan ada tangan ghaib yang cuba mengawal DBKL memandangkan tiada sebarang makluman atau paparan di mana-mana tempat awam telah dibuat mengenai keputusan itu," katanya. – Bernama

RM90mil payment: PAS members among four to have their statements recorded by MACC

PUTRAJAYA: Authorities will be calling four individuals, including PAS members, as they begin their probe into claims that the party had received RM90mil of the 1Malaysian Development Berhad (1MDB) funds.

Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) deputy chief commissioner (operations) Datuk Azam Baki said the four had already been contacted by his officers for their statements to be recorded.

“Investigation has started,” he said when contacted on Thursday (Feb 7).

The MACC launched a probe after a police report making the allegation was lodged by an individual at the Kajang district police station on Tuesday (Feb 5).

The probe is being conducted in accordance with the MACC Act 2009 and the Anti-Money Laundering, Anti-Terrorism Financing and Proceeds of Unlawful Activities Act 2001.

PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang last week had opted for an out-of-court settlement with Sarawak Report editor Clare Rewcastle Brown, whom he had sued for libel over an article she published on Aug 6, 2016, alleging that the party received RM90mil in bribes from Umno.

She filed a counterclaim in October 2017 but on Feb 1 this year, the case was settled out of court with PAS citing cost of legal fees as one reason why it opted for the settlement.

An article carried by the Sarawak Report news portal in 2016 claimed that Umno had allegedly paid a total of RM90mil to PAS leaders to secure their support, and that the money could have come from 1MDB funds.

Former prime minister Datuk Seri Najib Tun Razak denied that he gave RM90mil to Abdul Hadi or PAS, as alleged by the Sarawak Report.

He said that the Pakatan Harapan administration had thoroughly investigated Umno’s bank accounts since the 14th General Election last year, pointing out that the Pakatan government would have frozen either Abdul Hadi’s or PAS’ bank accounts if any payments had been made by him or Umno.

Sumber; https://www.thestar.com.my/news/nation/2019/02/07/pas-members-among-four-to-have-their-statements-recorded-by-macc-over-rm90mil-payment/#tPIv18S4ADTkuMrm.99

Aturcara Ijtimak Siber Malaysia 2019



Yang akan hadir Ijtimak Siber, isi borang di sini dulu ya, nanti pada hari program, scan QR code sahaja. Jadi x perlu beratur panjang. https://ijtimaksiber.com/ijtimak/ijtimak-siber-2019/

ATURCARA IJTIMAK SIBER 20191

8.30 - 9.30 pg :
Pendaftaran Peserta

9.30 - 10.00 pg :
Ucapan aluan.
Oleh : Pengarah UPDI

10.00 - 10.30 pg :
Perasmian.
Oleh : YB Ustaz Mohd Nor Hamzah
Jaringan Siber Membina Kehebatan Ummah

10.30 - 11.00 pg :
Minum pagi

11.00 - 12.00 tgh hari :
Kertas 1.
Oleh :  Prof Dr Supyan Hussin
Fungsi Media Baharu Melestari Kesedaran dan Kebangkitan Rakyat Malaysia

12.00 - 1.00 ptg :
Kertas 2.
Oleh : Ustazah Asma' Harun
Tanggungjawab Menangani Kekeliruan Maklumat dan Menangkis Fitnah di Media Baharu

1.00 - 2.00 ptg :
Makan tengah hari & Solat Zohor

2.00 - 3.00 ptg :
Kertas 3.
Oleh : Ustaz Nasrudin Hassan at-Tantawi
Peranan Kita Menguasai Media Baharu

3.00 - 4.00 ptg :
Q & A (Sumbang saran)
Kendali oleh : Ustaz Nasrudin Hassan at-Tantawi

4.00 - 4.45 ptg :
Perasmian Penutup.
Oleh : Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Jadilah Pejuang Islam di Alam Siber

4.50 ptg :
Solat Asar dan Bersurai

Sidang Meja Bulat UMMAH berhubung kesan pemansuhan hukuman mati


KENYATAAN MEDIA:

Sidang Meja Bulat UMMAH berhubung kesan pemansuhan hukuman mati

Oleh: Gerakan Pembela UMMAH

12 Februari 2019

1. Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) telah mengadakan sidang meja bulat sebentar tadi, bagi membincangkan mengenai kesan keputusan pemansuhan hukuman mati secara umumnya, dan kaitannya dengan kes pembunuhan Muhammad Adib (“Adib”) secara khususnya. Sidang ini dihadiri antara lainnya oleh tokoh-tokoh rentas bidang, termasuk oleh para aktivis di pelbagai peringkat, mantan ketua polis negara, pengamal perundangan dan juga syariah, serta ahli-ahli akademik.

A. KES PEMBUNUHAN ADIB

2. Setelah mendengar pandangan dan hujah yang disampaikan oleh pihak-pihak yang hadir dalam perbincangan ini, UMMAH merumuskan bahawa terdapat sebab yang kukuh untuk meragui ketelusan Peguam Negara dalam menangguhkan pendakwaan terhadap pembunuh Adib, dan sebaliknya melengahkannya dengan menjalankan prosiding inkues, atas sebab-sebab berikut:-

(b) di bawah Bab XXXII Kanun Acara Jenayah, satu-satunya asas utama untuk mengadakan siasatan inkues adalah jika terdapat ketidakpastian sebab kematian mangsa; sedangkan dalam kes pembunuhan Adib, pihak polis sudah pun mengenal pasti suspek, melalui kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim pada 21 Disember 2018 yang mengumumkan bahawa empat orang suspek yang dikenal pasti, telah disiasat di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh; [1]

(b) pada 24 Disember 2018, polis juga dilaporkan telah menyiapkan hasil siasatan ke atas empat orang suspek tersebut, dan telah menyerahkannya kepada Jabatan Peguam Negara untuk diambil tindakan lanjut; [2] dan

(d) justeru, memandangkan siasatan polis telah secara jelas mengenal pasti suspek, tindakan Peguam Negara untuk mengadakan inkues seolah-olah punca kematian Adib belum dikenal pasti adalah dikhuatiri hanya akan melambat-lambatkan pendakwaan terhadap para pembunuh Adib, dan membangkitkan keraguan kononnya Adib tidak dibunuh, di mana kini empat orang suspek tersebut telah pun dilepaskan dan tidak diketahui menghilang ke mana.

3. Apa yang lebih membimbangkan ialah apabila di atas semua kejanggalan ini, kini terdapat pula cadangan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Portfolio Undang-Undang) yang mengumumkan hendak menghapuskan hukuman mati, yang berkemungkinan akan dibentang untuk diluluskan dalam sidang Dewan Rakyat pada bulan Mac nanti. [3] Sama ada berkait atau tidak, Ummah melihat ini sebagai satu rangkaian kronologi yang tidak baik dan tidak sihat untuk sebuah negara yang seharusnya mengutamakan kedaulatan undang-undang, melindungi masyarakat awam dan menghukum para penjenayah.

B. CADANGAN PEMANSUHAN HUKUMAN MATI ADALAH TIDAK WAJAR

4. Dalam hal ini, UMMAH merumuskan 6 sebab hukuman mati perlu dikekalkan, dan tidak wajar dimansuhkan secara terburu-buru:-

(i) Utamakan kepentingan awam. Kerajaan seharusnya mengutamakan hak dan kepentingan 33 juta rakyat negara ini, berbanding para penjenayah yang jumlahnya sekadar minoriti, iaitu 1281 banduan akhir, yang sedang menunggu hukuman mati (i.e. 0.00039%). Hak asasi dan keselamatan masyarakat majoriti rakyat Malaysia seharusnya diberikan keutamaan. Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan meletakkan tanggungjawab kepada Kerajaan untuk melindungi nyawa setiap rakyat Malaysia, dan ini tentunya termasuk tanggungjawab menghukum para pembunuh. Berdasarkan kaji selidik yang dijalankan secara atas talian oleh akhbar New Straits Times, 82% menyokong mengekalkan hukuman mati, dan menentang usaha untuk menghapusnya. [4] Manakala petisyen atas talian “Do not abolish death penalty” pula telah mendapat sokongan hampir 60,000 penandatangan setakat hari ini. [5]

(ii) Mencegah jenayah. Undang-undang yang ketat dan tegas bertindak sebagai pencegah jenayah sebelum ia dilakukan oleh mereka yang mungkin berniat melakukannya. UK misalnya telah menghapuskan hukuman mati sejak dari tahun 1965. Sejak dari itu, jenayah membunuh meningkat dengan mendadak. [6]

(iii) Wang pembayar cukai. Dalam pada kerajaan hari ini mendendangkan bahawa hutang negara berada pada kadar yang tinggi, dan potongan dibuat pada banyak sektor, termasuk pendidikan dan kesihatan, maka seharusnya kewangan negara disalurkan bagi perkara-perkara yang lebih bermanfaat, berbanding digunakan untuk menyara hidup para pelaku jenayah serius. Jika hukuman mati dimansuhkan, kehidupan mereka perlu ditanggung sepanjang hayat mereka di dalam penjara. Kos bagi menyara hidup seorang banduan bagi setiap satu hari adalah RM41, justeru berdasarkan jumlah banduan akhir seramai 1281 orang ditahan di dalam penjara selama 30 tahun, kosnya adalah RM41 x 356 x 30 = RM575 juta. Ini adalah wang pembayar cukai yang seharusnya boleh digunakan untuk perkara-perkara yang lebih bermanfaat, seperti penambahbaikan pendidikan, pemberian biasiswa, penjagaan kesihatan, pembinaan infrastruktur, meningkatkan penguatkuasaan undang-undang, dan lain-lain.

(iv) Undang-undang Islam. Hukum syarak menetapkan hukuman mati bagi kesalahan-kesalahan tertentu. Ini termasuk bagi jenayah membunuh, misalnya, Islam menetapkan qisas, iaitu bunuh seharusnya dibalas bunuh, jika berjaya dibuktikan melangkaui sebarang keraguan, dan jika ahli keluarga mangsa tidak memberikan kemaafan melalui diyat. Ini selaras sebahagiannya dengan seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang menetapkan hukuman mati bagi kesalahan membunuh.

(v) Hukuman mati perlu bagi kesalahan-kesalahan serius. Baru-baru ini Yemen telah menghukum dua orang penjenayah dengan hukuman mati setelah dibuktikan mereka menculik, merogol dan kemudian membunuh seorang kanak-kanak berusia 12 tahun. [7] Di Malaysia, kita tidak kurang dengan kisah-kisah tragis di mana kanak-kanak menjadi mangsa seperti ini, di mana sejak lima tahun lalu, sebanyak 9781 kes kanak-kanak hilang telah dilaporkan di seluruh negara yang melibatkan 2280 lelaki dan 7510 perempuan. [8]

(vi) Konflik kepentingan. Undang-undang negara tidak seharusnya dibenarkan untuk dimanipulasi oleh para penjenayah atau melalui NGO-NGO yang mendapat sokongan para penjenayah, kononnya untuk menepati standard antarabangsa. UMMAH mengesyaki bahawa sesetengah NGO yang menuntut pemansuhan hukuman mati ini adalah terdiri daripada para peguam yang mempunyai kepentingan tersendiri, kerana mewakili para penjenayah selaku peguambela yang sedang menghadapi pertuduhan yang boleh membawa kepada hukuman mati. Justeru, dalam mengimbangi kepentingan para penjenayah dengan masyarakat awam, seharusnya kepentingan masyarkat awam didahulukan.

C. TUNTUTAN UMMAH

5. Justeru, UMMAH menuntut daripada kerajaan seperti berikut:-

(a) Hentikan moratorium terhadap pelaksanaan hukuman mati dengan serta-merta. Hukuman yang telah dijatuhkan oleh Mahkamah hendaklah dilaksanakan, dan kerajaan selaku cabang eksekutif tidak berhak untuk menangguhkan mahupun melengah-lengahkan hukuman yang telah diperintahkan;

(b) Tangguhkan pembentangan rang undang-undang bagi menghapuskan hukuman mati. Hukuman mati perlu dikekalkan, dan berikan kebebasan kepada para Hakim untuk menentukan hukuman yang wajar berdasarkan kepada fakta kes secara keseluruhan, termasuk menjatuhkan hukuman mati bagi kes-kes serius; dan

(b) Berikan pendedahan penuh dan berterus terang mengenai kepentingan para Menteri dan ahli-ahli parlimen, terutamanya yang mempunyai karier sebagai peguambela dan mempunyai kepentingan sama ada secara langsung mahupun tak langsung terhadap 1281 banduan akhir, kerana mereka mungkin akan bertindak bias membelakangi kepentingan awam.

Tuan Haji Aminuddin Yahya
Pengerusi
Gerakan Pembela UMMAH


[1] “Polis klasifikasi siasatan kematian Muhammad Adib sebagai kes bunuh,” The Malaysian Insight, https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/119422

[2] “Investigations into Adib’s murder still ongoing, says IGP,” New Straits Times, https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/12/29/investigations-into-adibs-murder-still-ongoing-says-igp/

[3] “Kabinet setuju mansuh hukuman mati bagi 33 kesalahan,” Free Malaysia Today, https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/11/13/kabinet-setuju-mansuh-hukuman-mati-bagi-33-kesalahan/

[4] “Online poll reveals majority of netizens opposed to death penalty abolition,” New Straits Time, https://www.nst.com.my/news/nation/2018/10/420315/online-poll-reveals-majority-netizens-opposed-death-penalty-abolition

[5] “Do not abolish death penalty in Malaysia”, https://www.change.org/p/do-not-abolish-death-penalty-in-malaysia

[6] Gavin Berman and Social and General Statistics, “Homicide rate and the death penalty,” http://researchbriefings.files.parliament.uk/documents/SN03805/SN03805.pdf

[7] “A bullet in the back for raping a boy: two paedophiles, 28 and 31, are publicly executed in Yemen for raping and murdering a 12 year old,” Daily Mail Online, https://www.dailymail.co.uk/news/article-6682085/Two-paedophiles-28-31-publicly-executed-Yemen-raping-murdering-12-year-old-boy.html

[8] “659 kanak-kanak masih hilang,” Utusan Malaysia, http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/659-kanak-kanak-masih-hilang-1.176198


ENGLISH PRESS RELEASE BY UMMAH 12 February 2019

(main points only, for full statement, please refer to the Malay version)

Removing the Death Penalty (DP) is a serious matter that affects our citizens & our country, economically and socially. We ask the Government NOT to remove Death Penalty (DP) for reasons below as there are no benefits but negative impact:

1. PUBLIC INTEREST FIRST. The Government should put public interest 33 million first and not the minority of criminals, ie. 1281 inmates (ie. 0.000039%). The human rights and safety of the majority public should come first. Public interest should be priority. It is clear, majority Malaysians of nearly 80% want to keep the death penalty (from survey and petitions). 

2. Death Penalty deters crime. Strict laws and punishment works to prevent crime. What people values most, deters the most. This is how sanctions, fines work. Studies show capital punishment deters crime and saves lives. (Note the DP is ineffective due to weak enforcement of our laws and also moratorium in practice). 

3. Increase of crimes & negative impact to economy and social problems. Current crime rates are very high. But if DP is removed, there will be more crimes as there is less deterrent. This will put our citizens lives in danger, especially majority public, including government servants that risk their lives everyday in danger to uphold the rule of law and protect our country. Removal of DP, undermine enforcement work and cheapen innocent civilians’ lives. Without the death penalty, if a perpetrator wants to kill to achieve something, he will kill, because at most, he is safe and also at most he only gets life imprisonment or 30 years imprisonment, whilst innocent victim(s) will lose their lives. This is wrong. Our law should protect public & enforcement officers, not the perpetrators of crime.

4. Uphold our Rule of Law not strip it. Our solid law cannot be stripped for the benefit of criminals so that they can get away from punishment “legally” when they lost all avenue of appeal for heinous crimes.

5. Taxpayers’ Money. Our country is in deficit. There are many areas, which need government support funding, including healthcare, welfare, education, infrastructure. But this initiative you use our taxpayers’ money to protect lives of perpetrators of crime, making it as priority above other needs (keeping 1281 inmates alive for 30 years cost = 41 RM x356x30 = approx. 575 million ringgit and approximately RM19.2 million on food alone every year is expensive than execution. It runs to billions. This precious taxpayers’ money that could be used for better and urgent purposes like healthcare, welfare, education, enforcement, technology, infrastructure.

6. PUBLIC OPINION COUNTS. A referendum is necessary. So much precious taxpayers’ money is used to keep criminals especially those who committed heinous crimes alive and compromising the public’s access to funds for other higher priorities and compromising our rule of law, compromising our safety, public/ taxpayers’ consent is definitely needed.

7. Follow Good Examples of Asian partners. The Death Penalty is a solid law in place for years and has been adopted by most Asian countries, to keep law and order and such countries have progressed economically and socially, eg. Singapore, China, Japan, Indonesia, Thailand. Now Sri Lanka and Philippines bringing back DP and India even implement DP against child rapists. These states all recognize DP as deterrent to crimes.

8. Islamic law. Malaysia’s majority public follows Islam law, which accepts capital punishment. Just as most Middle Eastern Islamic states all endorse capital punishment. Yemen recent steps to hang 2 men who raped and murdered a 12-year-old boy to fight against serious rising crimes and rapes of innocent children.

9. CONFLICT OF INTEREST We must not let our country and our laws be manipulated by criminals or the NGOs backed by criminals on the pretext to meet the international standards of human rights in United Nation, when in reality it is for the criminals (who will benefit most) to “escape punishment legally”. (Some NGOs have pushed the new Government for human rights reform to remove Death Penalty. A few NGOs are fronted by criminal lawyers paid to act in the best interest of their clients, ie. the criminals. They have cleverly worked together with the many liberal lawyers in our Government (some in our Parliament are still in active private practice) to push forward this initiative. There is a conflict of interest here (between criminals and our public interest, and the public interest comes first.)

Public Interest should come first. We suggest:

i) Cease the moratorium on death sentence immediately. Once the Court has adjudged a sentence to be meted out, the executive branch of the Government should not interfere by introducing a moratorium. Judgment and meting out sentences are the business of the judiciary, not the executive.

ii) Keep Death Penalty and let the judges have the discretion to decide on cases based on evidence. Let Pardons Board review on cases that concerns miscarriage of justice. Address the areas of concerns by redrafting the laws for drug related cases separately. 

ii) Full Disclosure of ALL interests of ministers/ MPs, particularly the lawyers who have vested interests (directly or indirectly in the 1281 inmates and/or any criminal cases (past and present). There is a conflict of interest here. MACC should look into this matter seriously. They must be recused from influencing in this decision in the Parliament as they might be bias for the criminals and do not act in the best interests of the public. We need to conduct thorough and responsible studies on the negative impact and to engage dialogue with the stakeholder and the public as a whole. 

We also ask public to continue to support the petition to keep the death penalty in Malaysia. https://www.change.org/p/do-not-abolish-death-penalty-in-malaysia Our crime rates are high with robberies, kidnaps, rapes of children & women, murder, & terrorism. We don't feel safe in our homes & streets. We need strict laws like death penalty to protect us. Please get the opinion from 33 million of us first. Majority never asked for Death Penalty to be removed. If Death Penalty is removed, there will be more crimes and we will not be safe. The new Government must respect our rule of law, NOT reckless by stripping it for minority criminals, ignoring the public interest. Serious crimes like murder, terrorism warrant death penalty. Do not cheapen our lives, or the lives of innocent victims, including the late fireman, Muhammad Adib Mohd Kassim & prosecutor Dato Kevin Morias who were killed in line of duty. Justice must be served. You should take care of majority's human rights first! Why use taxpayers' money to give free food, housing, healthcare to minority criminals (0.000039% of population) when our country is in debt - when the Government has not solved poor welfare, healthcare, medical, education, civil servants are underpaid - all below international standards? Why create more liabilities to care for criminals' interest (allocate over 575 Million to feed 1281 inmates for 30 years) when you can't feed our understaffed enforcement team properly? Criminals are lawless & fearless, due to our weak enforcement (NOT because the law is ineffective). You should use our limited resources to first strengthen enforcement & not create more liabilities by removing death penalty. Do not be weak & do not be manipulated by activists backed by criminals. Do your due diligence: Death Penalty is the best deterrent against crimes. Enforcing it saves lives. Removing it will result in more crimes. Please enforce our laws and NOT strip it! Please KEEP DEATH PENALTY to protect the majority of Malaysians! Please support us and share. Your voice matters. Thank you. 



Tuan Guru Nik Abdul Aziz Yang Istiqomah Menjulang Perjuangan


TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ YANG ISTIQOMAH MENJULANG PERJUANGAN.

Oleh: Dr Riduan Mohamad Nor.

Pagi yang indah ini kita dikejutkan dengan kepulangan abadi almarhum Ustaz Yo Kemaman dalam usia yang masih muda, pendakwah yang  berusaha menarik anak-anak muda untuk hidup taat beragama. Begitulah kehidupan , bergulir dalam putaran masa yang pantas dengan tidak meletakkan syarat untuk terus kita kekal menghirup udara dunia yang sementara ini. Ramai pimpinan gerakan Islam yang pulang je negeri abadi dalam usia yang relatif muda seperti Prof.  Zulkifli Mohamad,mantan Timbalan Presiden PAS yang juga ideologue kepada PAS dalam dekad 50an.

Tanggal 12 haribulan Februari setiap tahun, umat Islam bukan sahaja memperingati kesyahidan Hasan al Banna, namun mereka akan terus memperingati seorang lagi sosok besar perjuangan Islam. Tokoh tanah Jawi yang namanya begitu besar pengaruhnya  melangkaui benua dan lautan. Penulis terkesima melihat laporan kematiannya di dada sebuah akhbar Algeria sewaktu berpeluang melawat tanah "sejuta syuhada" itu. Visual pemakaman almarhum dengan lautan manusia itu tersebar ke seluruh buana ini, diikuti kisah magis bagaimana lelaki renta ini menakluki hati manusia termasuk yang non muslim. Sesepuh perjuangan ini meninggalkan kita dengan seribu kenangan indah, dirinya menjadi kenangan kolektif kita semua, anak segala bangsa. Aku mengenang kembali empat tahun yang lampau pada tanggal 12 Februari, seakan masa berdetak begitu pantas, memecut semahunya.

Seakan petir menyambar relung hati apabila mesej kepulangan abadi Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat aku terima saat sedang berforum memperingati as syahid Hasan al Banna di masjid al Azim Pandan Indah. 12 Februari 1949, umat Islam kehilangan Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin dan 12 Februari 2015, dunia Islam kehilangan pula Mursyidul Am Pas. Airmata mula bergenang dan aku menamatkan forum malam itu tanpa ada sesi soal jawab, terasa jasad longlai dan kehilangan patah-patah kata. Dalam apa jua kondisi sekali pun, esok pagi wajib bersama-sama umat Islam yang lain di pemakaman almarhum, walau terpaksa menongkat jari!.

Aku mula merasakan kehadiran Ayah Ziz dalam hidupku pada tahun 1986, apabila Ketua Dewan Ulama PAS Pusat itu memberikan kuliah subuh di Masjid Rusila sempena Muktamar Pas Pusat. Sejujurnya aku tertidur culas semasa kuliah subuh berlangsung, suara perlahan yang penuh mutiara ilmu itu tak mampu dicicip oleh aku dan teman-teman remaja berseluar jeans lusuh dan berbaju T. Kami mengambil Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) pada tahun tersebut. Pada malam itu hujan turun ketika kami melabuhkan badan di perkarangan masjid Rusila, kami berlari masuk menyambung dekuran didalam masjid dan menyambung tidur lagi semasa kuliah subuh berlangsung. Aku merenung kembali nostalgia ini dengan dada sebak dan air jernih mengalir dipelupuk mata, merasa beruntung kerana jamaah ini dipandu oleh ulama dan tidak meminggirkan kami anak-anak remaja yang ranggi dan tolol.

Pada tahun 1990 pula bersama teman-teman yang mengambil peperiksaan STPM, kami bertakbir kegembiraan di perkarangan Pejabat Daerah Marang, bukan sahaja meraikan kemenangan Tuan Guru Haji Hadi Awang di Parlimen Marang dan DUN Rhu Rendang, juga kerana keberhasilan PAS menawan kembali Kelantan melalui pemuafakatan politik APU. Kemenangan kali kedua PAS ini setelah hilang Kelantan pada tahunm1978 sangat menguja akal kami,anak-anak muda kail sejengkal.

Nama Tuan Guru Nik Aziz mulai diratib oleh rakyat negara ini apabila menjadi Menteri Besar Kelantan, dengan penampilan sederhana alumni Deoband dan al Azhar ini mula mendapat sorotan lensa dan menjadi tajuk utama berita. Sosok ini menjadi fenomena politik dan dakwah tanahair, ribuan manusia menghadiri kuliah dan ceramahnya dimana sahaja beliau hadir. Paling menarik, kejayaan almarhum melintasi garisan politik kepartian, sosok dan aura sebagai negarawan mengiringi pelbagai ilmu yang beliau miliki. Kelantan dipinggirkan dan Tuan Guru sentiasa diremehkan ideanya oleh media arus perdana negara ini.

Tuan Guru Nik Aziz semenjak usia mudanya sehinggalah sebelum beliau di masukkan ke wad ICU berhempas-pulas berjuang untuk mewajahkan Islam yang sebenar kepada masyarakat negara ini yang telah jauh meninggalkan agama akibat penjajahan dan juga pengisian kemerdekaan oleh parti pemerintah yang tidak meletakkan Islam sebagai agama sistem hidup. Slogan "Membangun Bersama Islam" telah diaplikasikan dengan serius di Kelantan, malah akhirnya menjadi panutan di negeri-negeri lain.

Tuan Guru seorang tokoh yang tidak berhenti untuk mendidik dan men’tarjih’ masyarakat untuk menjadi subur jiwa dengan haruman ketaqwaan. Hujan, panas, kekangan masa serta kepenatan diri tidak menjadi alasan untuk beliau berhenti mengajar dan menyantuni segenap lapisan masyarakat. Beliau telah menjadi milik masyarakat dan negara bahkan menjadi simbol kepada rakyat tertindas di negara ini.

Semenjak dilantik sebagai MB beliau kekal mendiami rumah kampungnya yang serba sederhana yang dijirani dengan masjid dan Sekolah Agama Darul Anuar yang didirikan oleh Almarhum orang tuanya sendiri. Segak bergaya dengan lilitan serban, bersampin dan berbaju melayu dan beliau juga memulangkan elaun rumah sebanyak tiga ribu ringgit kepada perbendaharaan negeri.Tidak ada jurang di antara beliau dengan rakyat pelbagai peringkat, datanglah seusai subuh setiap hari Jumaat, Tuan Guru melayan tetamu yang datang dari seluruh negara. Rumah dan masjidnya menjadi produk pelancongan bagi negeri Kelantan. Kuliah Subuh pagi Jumaat mempunyai tarikan yang besar kepada anak-anak tempatan dan pelancong luar Kelantan. Hidupnya tidak dikelilingi oleh pengawal peribadi seperti pemimpin lain di Malaysia, tiada skuad motor atau ‘out rider’ mengiringi beliau ke hulu ke hilir sehingga menjadi tembok penghalang kepada rakyat.

Jika hari lebaran tiba, berkunjunglah ke Pulau Melaka dan santaplah apa yang ada sekadarnya.Tuan Guru tidak membazirkan duit rakyat untuk jamuan raya rumah MB, elaun keraian MB juga diserahkan kepada perbendaharaan negeri, bahkan gajinya dipotong sebanyak 45 peratus untuk rakyat dan parti yang didokongnya. Seperti kata seorang sahabat, bahawa sosok ini akan muncul sekali dalam seabad malah permata kepada PAS yang ingin menterjemahkan konsep ‘good governance’. Bayangan Umar Abdul Aziz memerintah (99H-101H) kini dan telah muncul di Kelantan.Tuan Guru mengingatkan kita kepada akhirat dalam arus pemodenan yang sarat dengan perlumbaan untuk meraih kemewahan.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz adalah sosok yang wajar diteladani oleh pemimpin-pemimpin gerakan Islam di negara ini. Beliau berjaya menunjukkan kepada rakyat negara ini dan juga dunia bagaimana untuk mengaplikasi ilmu-ilmu Islam yang dipelajarinya. Keupayaan ini sangat terserlah sehingga banyak ditiru olek kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri BN yang lain. Beliau mempunyai kekuatan spiritual yang ampuh bagi menghadapi serangan liar musuh dengan tidak mengabaikan amalan-amalan sunat bagi melestarikan amalan fardhu, tutur patahnya di saat tenang mahupun saat cemas semuanya dikaitkan dengan nas yang kukuh. Figur ini sering pula menjadi bidikan media milik BN dengan memutar belit kenyataan supaya sosok mulia ini dilihat angkuh, bodoh dan menjadi liabiliti kepada PAS, namun semua serangan ini akan dan telah menjadi ‘boomerang’ yang membahang batang tengkuk diri mereka kembali.


Abad 20 telah menyaksikan ramai tokoh- tokoh Islam dengan kerencaman bakat dan kepakaran, Hassan al-Banna, Sayyid Qutb, Al-Maududi, Dr M. Natsir, Yussuf Qaradhawi, Dr Mustapha as-Sibaie, Abul Ali Hassan an-Nadwi, Ahmad Yassin, serta ribuan tokoh lain yang menulis sejarah dengan tinta emas. Namun, Tuan Guru bukan sekadar ideologue kepada gerakan Islam malah pentadbir yang berkesan, satu ruang yang jarang dikecapi oleh tokoh-tokoh besar gerakan islam yang lain. Tidak kurang pula tokoh gerakan Islam yang berada di singgahsana kekuasaan akhirnya terkumpul dengan imej kejabatan dan kebobrokan.


Tokoh murabbi ummah ini meninggalkan kita dengan seribu kebaktian dan menjadi cermin keteladanan di jalan dakwah, tarbiah dan siasah. Maestro dakwah ini menjadi arca yang memantulkan cahaya pembias sehingga mengharumkan gerakan Islam ini, pemergiannya ke negeri abadi untuk selamanya telah ditangisi jutaan manusia, melepasi sempadan geografi dan politik. Ratusan ribu menyolatkan jenazah almarhum serta menyempurnakan pemakaman insan yang bukan hanya milik PAS tetapi ummah seluruhnya. Melihat kepada denai sejarah indah perjuangan Tuan Guru, maka tiada ruang untuk PAN mendakwa mereka adalah legasi perjuangan almarhum. Almarhum tidak pernah bermanis muka dengan jahiliah, apologetik dengan musuh-musuh yang menganggu agama, bahkan tidak rela agama ini dipermainkan. Beliau istiqomah sehingga dengusan nafas yang terakhir!

(Penulis ialah AJK PAS Pusat, Pengerusi Lujnah Kesenian Dan Kebudayaan Pusat)

Cuti beri rezeki tambahan kepada pemandu bot penambang



KUALA TERENGGANU 7 Feb. - Musim cuti perayaan dan persekolahan sejak Jumaat lalu memberi rezeki tambahan kepada pengusaha bot penambang di bandar raya ini.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati pengangkutan tradisi yang telah berusia lebih 60 tahun itu menjadi tumpuan pengunjung bagi menikmati pengalaman menyusuri Sungai Terengganu, bahkan sehingga ke pukul 6 petang ia masih dipenuhi dengan penumpang. 

Seorang pengusaha bot penambang, Wan Mohamad Alif Muhaimin Othman berkata, jika kebiasaannya pendapatan yang diraih hasil penat lelah ke destinasi cuma antara RM15 hingga RM20 sehari tetapi, rezekinya bertambah sekali ganda pada minggu ini mencecah RM50. 

Katanya, selain peningkatan trip membawa penumpang dari jeti Seberang Takir ke jeti Taman Syahbandar berhampiran Pasar Besar Kedai Payang, mereka turut menerima permintaan tinggi untuk membawa pengunjung menyusuri Sungai Terengganu. 

"Penumpang mulai ramai sejak Isnin lalu dan ada masanya kami tidak perlu menunggu lama di jeti untuk penuhkan bot. 

"Kesempatan ini turut membolehkan kami menambah pendapatan dengan perkhidmatan sewa bot menyusuri sungai yang dikenakan caj RM60 sejam," katanya ketika ditemui di sini semalam. 

Sementara itu, seorang pengunjung Amanda Liyu, 37, berkata, peluang menyambut Tahun Baharu Cina di kampung halaman di Bukit Datu, Seberang Takir dimanfaatkan dengan membawa tujuh ahli keluarganya menaiki bot penambang. 

"Kali terakhir saya naik bot penambang masa berumur lapan tahun. Pengangkutan ini cukup istimewa dan tidak ada di ibu kota Kuala Lumpur.

"Selain dapat mengimbau nostalgia zaman kanak-kanak secara tidak langsung dapat bagi pengalaman baharu kepada dua anak saya dan mereka seronok dapat naik bot penambang walaupun sekejap," katanya yang menetap di Puchong, Selangor. - UTUSAN ONLINE

Sumber: http://m.utusan.com.my/berita/wilayah/cuti-beri-rezeki-tambahan-kepada-pemandu-bot-penambang-1.836436

Sidang Meja Bulat 'Pemansuhan Hukuman Mati Dan Kesan Pada Kes Pembunuhan Adib'


JEMPUTAN

Kepada semua Pemimpin Persatuan Ahli Gabungan Gerakan Pembela UMMAH (UMMAH)

PER: Sidang Meja Bulat 'PEMANSUHAN HUKUMAN MATI DAN KESAN PADA KES PEMBUNUHAN ADIB'- 
-----------------------------------------------------------;-
Assalamualaikom.
Dengan segala hormatnya kami menjemput pimpinan Persatuan Tuan/Puan bagi menyertai sidang media bulat ini dan di ikuti dengan Sidang Media seperti berikut:

  1.0   Pimpinan UMMAH bersama NGO-
     NGO lain telah mengadakan 
     himpunan  aman tolak ICERD terbesar
     di Dataran Merdeka pada 8 Disember  
     2018.

    2.0 Sebelum itu berlaku satu insiden 
     diKuil Hindu, Seafield yang melibatkan
     penyerangan keatas anggota 
     Polis dan Bomba yang bertugas 
     hingga membawa kepada kematian    
     anggota bomba Sdr. Muhammad 
    Adib Mohd Kassim semalam.

3.0 Menteri Perpaduan Negara dan 
     Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan  
     Selangor  telah bertindak liar di luar 
     batasan menuduh orang Melayu yang
     menyerang dan Polis  gagal menjaga 
     ketegangan di Kuil terserbut.

4.0 Kini ada agenda jahat mahu mengubah scenerio kejadian sebenar. 

5.0 Olih itu UMMAH akan mengadakan satu sidang meja bulat membincangkan tindakan susulan atas kematian  Sdr Muhammad  Adib Mohd Kassim seperti berikut:

Tarikh: 12 Februari 2019(Selasa)
Masa :  9.30 Pagi
Tempat:  Hotel Putra, 
Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Dengan itu kami menyeru rakan-rakan pemimpin NGO Islam agar dapat hadir ke perbincangan ini demi kepentingan umat  islam dan  generasi kita.

KEADILAN UNTUK ADIB

Aminuddin Yahaya
Ketua Sekreteriat
Gerakan Pembela Ummah(UMMAH)

5hb Februari, 2019

Untuk maklumat sila hubungi Wan Burhan Tel. No. 016-395 6497 atau Mansor 019-286 3555
------------------------------------------------------=
(Nota:-
"Sila nyata kan wakil Ahli Persatuan Gabungan UMMAH dari NGO masing masing, UMMAH Negeri Negeri,  Persatuan Pelajar, Gerakan Muslimah atau NGO lain yang  ingin bertindak bersama  UMMAH perjuangkan ADIB di bawah ini")
-----------------------------------------

1. Aminuddin Yahaya, ISMA
2. Kamaruzaman Mohamad, KR
3. Masridzi bin Sat, PERKID
4. Cikgu Zai, MAPIM
5. Mohd Nor Izzat Johari, PPIM
6.  Kartini Ahmad, MyHawa
7. Puan Noraini Hussin, MyHawa
8. Haji Rashidi bin Haris, MUAFAKAT
9. Md Shukor Aziz, Ummah WP
10. Ikhwan Nasyriq, GAMIS
11.Tuan Shafik Abdullah, PMSP 
12.A.Kamal Shafiee, Armada Malaiu
13. Hishammudin A.Bakar, Ummah M'lka
14. Suhaimi Embong, KR
15. Faidhur Rahman Abdul Hadi, YP
16.Nazri Bin Che Arr, Armada Malaiu
17.Mohd Asraf Bin Galtani. PERKASA
18. DS Md Ali Mohamad, Ummah M'lka
19. M.Najib B.Latip, Ummah M'lka
20. Mansor Ibrahim, Pembela
21. Hj. Arshad Aliman, Perkasa
22. Ahmad Yazid Othman, MTEM
23. Hj. Mohamed Sukri Omar, Al Munir
24. Hj Md Ikram A. Badarddin, ASATIZAH
25. Puan Norlela, Srikandi Selangor
26. Puan Mia, Srikandi Kedah
27.Jamalee Bashah, Patriots 
28. Md shahril Md Shaid, PPBentong
29. Wakil 1Persatuan Perniaga Bentong
30. Wakil 2 Persatuan Perniaga Bentong
31. Mohd Uzer Zainal Abidin, Aswaja
32. Zamri, GPMS
33.Dtk Drs.Khalil Idham Lim, Ummah P'k
34. Mohd Al Hafiz Md Nadzir, Centhra
35. Sdr. Tuah, GERAS
36. Wakil 1 GERAS
37. Wan Asshima Kamaruddin, MUM
38. Wan Affizza, GSIM
39. Dato Nazaruddin Nasir, TS Musa
40. Dato Seri Zulkifli Alias, TS Musa
41. Tuan Iznan (peguam), TS Musa
42. Tan sri Musa Tan Sri Hassan 
43. Dato Seri Azizul Tandek, Panji Sabah
44. Khadijah Md Zaini, Darulkhair
45. Asiah Ishak, Darulkhair
46. Lawyer Bukan Islam1
47. Lawyer Bukan Islam2
48. Hanafi, PACU
49. Shuib, PACU1
50. NGO Cina(4 kelab



Suruhanjaya Koperasi nafi jamin pelaburan KAPB

KUALA LUMPUR 11 Feb. – Suruhanjaya Koperasi Malaysia menolak dakwaan pihaknya telah memberi jaminan atau pengesahan kepada pelaburan yang dibuat orang ramai dalam Koperasi Amanah Pelaburan Bhd. (KAPB) atau mana-mana koperasi.



Unit Hal Ehwal Antarabangsa dan Komunikasi Korporatnya dalam kenyataan di sini berkata, ini berikutan pihaknya menerima maklumat bahawa KAPB menggunakan Pos Malaysia untuk mengambil anggota baharu dan membuat pelaburan.
Jelas unit itu lagi, pihaknya juga difahamkan maklumat berkenaan pelaburan tersebut atau risalah juga telah ditempatkan di pejabat-pejabat Pos Malaysia.

Awas Bisikan PH, pesan sebelum ke Madinah




Sebelum berlepas ke Madinah saya nak pesan beberapa perkara kepada penyokong dan ahli PAS serta UMNO. 

1. Atas nama Islam marilah kita lupakan segala sengketa. Kerjasama politik antara PAS - UMNO mampu menumbang pohon berhantu yg diduduki oleh PH. Percayalah mereka sudah merasa sgt gerun jika cantuman undi dan kerjasama ini terus bergerak sehingga PRU 15. 

2. Pedulikan bisikan qarin PH yg cuba menakut2kan kedua2 belah pihak PAS-Umno. Kononnya kenpentingan UMNO akan hilang jika bersama PAS dan kepentingan PAS akan hilang jika bekerjasama dgn UMNO. Ahli umno perlu faham bahawa identiti dan kepentingan Melayu tidak akan hapus, kerana Pas juga Melayu. Ahli PAS pula perlu faham bahawa kepentingan Islam tidak akan terpinggir kerana UMNO juga muslim. Melayu dan Islam hanya akan beransur2 lenyap jika bangsa DAP terus diberikan kuasa menguasai kerajaan.

3. Pedulikan isu2 yg cuba dibangkitkan oleh PH dan Cybertrooper mereka. Mereka mahu kita hilang tumpuan kearah kerjasama menjatuhkan mereka dlm pru 15 nanti. Ketika Pas- umno sedang duduk semeja, PH akan dtg melepaskan ketut. Bertujuan kita saling bangun dan pergi. Pas tak perlu tuduh UMNO yang lepaskan ketut dan UMNO tak perlu tuduh Pas yg lepaskan kentut. Kerana kita semua tahu kentut hancing ini milik PH.

4. Demi agama, Bangsa dan Negara, PAS dan UMNO boleh saling bekerjasama. Tiga paksi bersama yg perlu dijadikan titik keinsafan dan gabungan tenaga. Sedangkan parti2 komponen PH dibawah penguasaan DAP tidak akan mampu bersatu atas nama kpentingan Islam dan Melayu.

5. Walaupun kerjasama ini akan mampu menumbangkan PH, namun perlu diingat bahawa perjuangan bersama Pas-Umno tidak akan berhenti setakat menjatuhkan PH. Kerana penghujung perjuangan kita ialah tertegaknya ISLAM di bumi Malaysia dan berdaulatnya MELAYU sebagai Tuan kepada tanah bertuah ini.

Wassalam. UMS
Klia1 to Madeena

PRK Semenyih ditangguh sementara tunggu prosiding mahkamah

PILIHAN Raya Kecil (PRK) Semenyih perlu ditangguhkan sementara menunggu prosiding mahkamah mengenai legitimasi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) didengar.

Badan itu kini dikendalikan oleh seorang individu sahaja, kata pesara anggota suruhanjaya tersebut.

Bekas Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar (gambar) berkata, kes itu memerlukan perhatian segera kerana enam jawatan lain masih kosong ketika keputusan mengenai pencalonan dan tarikh pengundian dibuat.

"Legitimasi SPR mestilah disahkan atau ia akan menetapkan teladan yang buruk," katanya.

Wan Ahmad menambah bahawa Perkara 114 (1) Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyatakan bahawa SPR akan dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja dan hendaklah terdiri daripada seorang pengerusi, timbalan pengerusi, dan lima ahli lain.

Memandangkan pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun sebelum ini mengatakan bahawa mesyuarat mengenai PRK Semenyih dibuat bersama dengan sekretariat, Wan Ahmad berkata kesahan mesyuarat itu akan dipersoalkan kerana setiausaha tersebut bukan seorang pesuruhjaya.

"Setiausaha itu dilantik oleh SPR dan bukan sebahagian daripada suruhanjaya.

"Tambahan pula, anda tidak boleh memanggilnya suruhanjaya kerana ia terdiri hanya satu individu," katanya.

Wan Ahmad berkata, tindakan seorang pengundi di Semenyih mendapatkan perintah mahkamah untuk menghentikan pilihan raya itu adalah tepat pada masanya.

Kekosongan jawatan masih belum dipenuhi berikutan peletakan jawatan beramai-ramai enam anggota suruhanjaya berkenaa yang berkuatkuasa 1 Jan tahun ini. - The Star


Pengundi DUN Semenyih fail saman terhadap SPR


SHAH ALAM, 6 Jamadilakhir 1440H, Isnin – Seorang pengundi berdaftar di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih memfailkan saman pemula terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi menghalang suruhanjaya itu daripada mengendalikan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Semenyih akan datang.

Selain SPR, Puan Sri Sabariah Mohd Shariff, 58, selaku plaintif turut menamakan Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun serta Kerajaan Persekutuan sebagai defendan-defendan dan saman itu difailkan secara dalam talian (e-filing) menerusi Tetuan Azam Aziz Shaharudinali & Co pada Jumaat lalu.

Bercakap dalam sidang media di lobi Kompleks Mahkamah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini hari ini, Sabariah berkata, beliau memutuskan untuk mengambil tindakan saman itu selepas timbul isu di media sosial berkaitan SPR sama ada ia satu entiti yang sah atau tidak di sisi Perlembagaan Persekutuan.

"Melihat perkembangan politik hari ini, saya merasakan bahawa adalah menjadi tanggungjawab saya sebagai pengundi di kawasan DUN Semenyih dan sebagai warganegara Malaysia untuk melakukan sesuatu selaras dengan prinsip Kedaulatan Undang-undang seperti terkandung dalam Perlembagaan dan undang-undang negara.

"Saya tidak mewakili mana-mana fahaman atau parti politik, saya tiada apa-apa kepentingan politik dengan apa jua keputusan undian yang bakal dibuat oleh majoriti pengundi di DUN Semenyih nanti. Saya hanya mahu memastikan proses demokrasi di negara kita ini dijalankan oleh pihak yang sah di sisi undang-undang dan saya percaya mahkamah satu-satunya medan yang layak membuat keputusan sama ada SPR ini sah atau tidak mengikut Perlembagaan," katanya.

Peguam Mohd Khairul Azam Abdul Aziz yang mewakili plaintif pula berkata, pihaknya berharap mahkamah akan menetapkan tarikh pendengaran dalam masa terdekat dan membuat keputusan sebelum hari penamaan calon PRK DUN Semenyih pada Sabtu ini (16 Februari).

"Pihak kami difahamkan saman difailkan anak guam kami adalah tindakan yang pertama di negara ini. Kita serahkan kepada mahkamah sama ada SPR masih satu entiti yang sah apabila hanya terdapat seorang Pengerusi SPR yang menguruskan hal-hal rasmi SPR selepas timbalan pengerusi SPR dan lima lagi anggotanya telah meletak jawatan berkuat kuasa 1 Januari lalu dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong.

"Mengikut Fasal 114 (1) Perlembagaan Persekutuan, SPR mestilah terdiri daripada gabungan seorang pengerusi, seorang timbalan pengerusi dan lima anggota SPR yang kesemuanya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja," katanya.

Dalam tuntutan saman pemulanya, Sabariah memohon perintah deklarasi bahawa entiti SPR tidak wujud dan tidak sah dan atau tidak berperlembagaan selepas 1 Januari lepas menurut Fasal 114 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Plaintif juga memohon perintah deklarasi bahawa mesyuarat SPR bertarikh 18 Januari lepas yang dipengerusikan oleh Azhar Azizan seorang diri tanpa keanggotaan timbalan pengerusi dan lima anggota SPR yang lain adalah tidak sah, batal dan melanggar Fasal sama, serta kesemua keputusan yang dibuat dalam mesyuarat itu tidak sah, batal dan tidak boleh dikuatkuasakan oleh Azhar Azizan.

Selain itu, Sabariah memohon injunksi larangan untuk menghalang defendan kedua (Azhar Azizan) daripada bermesyuarat atau meneruskan, melaksanakan, menjalankan atau sebarang tindakan atau perbuatan mengendalikan atau menganjurkan atau melaksanakan PRK DUN Semenyih sehingga keanggotaan penuh SPR dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong mengikut Perlembagaan Persekutuan.

Dalam afidavit yang turut difailkan bersama saman pemula itu, plaintif mendakwa setakat 18 Januari lalu, Yang di-Pertuan Agong tidak ada membuat lantikan timbalan pengerusi dan lima anggota SPR yang baharu.

Menurutnya, beliau percaya disebabkan SPR tidak lagi wujud secara sah selepas 1 Januari 2019, maka pengerusi SPR seorang diri tidak boleh mengendalikan, mengagihkan atau melaksanakan sebarang mesyuarat atau membuat sebarang keputusan untuk mengendalikan PRK DUN Semenyih.

Enam bekas anggota SPR itu ialah Tan Sri Othman Mahmood (bekas Timbalan Pengerusi SPR), Datuk Md Yusop Mansor, Datuk Abdul Aziz Khalidin, Datuk Sulaiman Narawi, Datuk K. Bala Singam dan Datuk Leo Chong Cheong.

Lima daripada mereka meletak jawatan pada 18 Oktober 2018 manakala seorang lagi pada 27 November 2018 dan kesemua peletakan jawatan itu berkuat kuasa pada 1 Januari 2019.

Pada 18 Januari lalu, Azhar Azizan mengumumkan bahawa PRK DUN Semenyih akan diadakan pada 2 Mac ini, hari penamaan calon pada Sabtu ini dan hari mengundi awal pada 26 Februari. – Bernama

Kaji Selidik Baja Fosfat Radioaktif Dalam Pertanian



oleh:TUAN CHE ALIAS BIN HAMID
Ahli Parlimen Kemaman

1. Pihak Kerajaan digesa untuk mengkaji dengan lebih menyeluruh  baja fosfat yang diimport dari luar negara untuk tanaman yang mengandungi unsur radioaktif sama seperti residu dari Lynas. 

2. Menurut Dr Looi Hoong Wah, felo di Akademi Perubatan Malaysia baja fosfat yang diimport dari luar negara untuk sektor pertanian setiap tahun mengandungi bahan radioaktif  sama seperti sisa dari Lynas. Baja fosfat mengandungi uranium, radium dan  sedikit torium pada kadar antara 2 dan 7 Bq/ manakala residu Lynas pula mengandungi torium serta sedikit uranium dan radium pada kadar 6 Bq/g.

3.  Sekiranya residu Lynas mampu mengantikan baja fosfat dalam tanaman, Kerajaan disarankan untuk melaksanakan kajian penyelidikan jangka masa panjang secara menyeluruh yang bukan sahaja tertumpu kepada bidang  seperti sains sosial dan sosio-ekonomi tetapi  lain-lain bidang juga penting untuk dikaji.

4.   Malahan Kerajaan juga disyorkan melaksanakan kajian penyelidikan kepada semua badan-badan yang terlibat seperti Jabatan Pertanian, Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA), NAFAS Bajakimia Sdn. Bhd, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan lain-lain yang tidak tertumpu kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) sahaja. Hal ini dapat memperluaskan penyelidikan yang pelbagai sudut.

5. Sebagai contohnya Jabatan Pertanian boleh melakukan penyelidikan dan mewujudkan Akta Baja bagi penggunaan residu sebagai baja dalam pertanian bagi mengantikan baja fosfat yang diimport dari luar negara. 

6. Sekiranya baja fosfat yang boleh diperolehi daripada sisa dari Lynas lebih bermutu berbanding baja fosfat import dan penggunaannya dapat menjimatkan jutaan ringgit berbanding pembelian baja import, adalah lebih baik jika Kerajaan mengambil peluang ini dengan melaksanakan kajian penyelidikan secara telus, jujur terperinci dan integriti.


 “Islam Memimpin”


© all rights reserved
made with by templateszoo