NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......
Showing posts sorted by date for query TIPS. Sort by relevance Show all posts
Showing posts sorted by date for query TIPS. Sort by relevance Show all posts

Soalan bocor SPM dijual RM900?



  • Perkongsian gambar-gambar yang dimuat naik di Facebook, Guru Kaunseling Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besar, Abdul Muiez Mohammad Ruslee mendedahkan penjualan soalan-soalan SPM mencecah hampir RM900.
  • Antara kandungan mesej atau hantaran itu:  “Soalan-soalan ‘spot’ SPM, memang hampir 95 peratus sama dengan kertas sebenar SPM 2025, dan soalan-soalan ‘spot’ kami kena tepat setiap tahun berturut-turut kerana merupakan hasil analisis secara terperinci  soalan-soalan tahun-tahun lepas serta disokong oleh tips paling eksklusif daripada pemeriksa dan penggubal sebenar.”
  • Malah dalam gambar berkenaan terdapat mesej yang menunjukkan individu berkenaan menawarkan harga promosi hampir separuh harga asal kepada pembeli kertas soalan bocor.

KUALA LUMPUR – Tular di media sosial perkongsian gambar-gambar mengandungi mesej dan hantaran media sosial yang mendedahkan perkhidmatan penjualan soalan-soalan bocor peperiksaan, khususnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Perkongsian yang dimuat naik di Facebook, Guru Kaunseling Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besar, Abdul Muiez Mohammad Ruslee mendedahkan penjualan soalan mencecah hampir RM900.

Antara kandungan mesej atau hantaran itu:  “Soalan-soalan ‘spot’ SPM, memang hampir 95 peratus sama dengan kertas sebenar SPM 2025, dan soalan-soalan ‘spot’ kami kena tepat setiap tahun berturut-turut kerana merupakan hasil analisis secara terperinci daripada soalan-soalan tahun-tahun lepas serta disokong oleh tips paling eksklusif daripada pemeriksa dan penggubal sebenar.”

Malah dalam gambar berkenaan terdapat mesej yang menunjukkan individu berkenaan menawarkan harga promosi kepada pembeli soalan-soalan bocor.

“Kami telah menyediakan soalan-soalan ‘spot’ yang hampir sama untuk semua subjek, harga asal RM899 untuk satu subjek, promosi hari ini RM499 untuk satu subjek,” menurut kenyataan dalam gambar yang dikongsi Abdul Muiez.

Malah, hasil penelitian The Merdeka Times juga memaparkan kepingan gambar yang mempromosi penjualan soalan bocor SPM kepada ibu bapa yang mempunyai anak   yang bakal menduduki SPM.

Rata-rata, beberapa pengguna media sosial meluahkan kebimbangan berhubung tindakan sesetengah ibu bapa yang sanggup membeli soalan SPM demi memastikan anak mereka cemerlang dalam peperiksaan di samping persoal integriti pihak yang menjual.

Seorang pengguna Facebook dengan nama Zainul Anuar berkata beliau pelik apabila ada ibu bapa yang melenting apabila Kementerian Pelajaran mahu membuat perubahan,  tetapi sanggup pula membeli soalan SPM demi kelangsungan pembelajaran anak.

“Bila KPM cakap Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) atau Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) ini cuma melahirkan burung kakak tua mereka melenting. Ibu bapa sama yang mengejar soalan bocor bila anak dia yang SPM,” katanya.

Seorang lagi pengguna Facebook, Azlin Jailani menyifatkan tindakan membeli soalan-soalan berkenaan sebagai satu penipuan yang tidak mendatangkan keberkatan.

“Entahlah pada saya kalau betul beli dan selepas itu soalan tersebut keluar, dapat A+ pun hidup tiada keberkatan. Memanglah nampak usaha ‘membeli’ dekat situ tetapi masih macam menipu,” ujarnya.

Riena Sabrie pula mempersoal integriti serta ketelusan pihak yang menjual soalan tersebut.

“Bukan ke benda ini merupakan satu kesalahan, pelajar atau pembeli memang akan beli sebab ada penawaran. Tetapi bagaimana dengan pihak yang menjual dan di mana ketelusan pihak yang membuat soalan ini,” jelasnya.

Pengguna Facebook yang menggunakan nama Ct Muna Hjj juga berpendapat yang sama dengan mempersoalkan integriti pihak terlibat yang sanggup ‘makan’ hasil duit haram.

“Tidak takut makan duit haram langsung, tiada integriti mereka yang terlibat,” katanya. – The Merdeka Times





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

Kaspersky is shutting down its business in the United States

Kaspersky

Russian cybersecurity company and antivirus software provider Kaspersky Lab will start shutting down operations in the United States on July 20.

In a statement to BleepingComputer, the company also confirmed that it will lay off its U.S.-based employees. Independent cybersecurity journalist Kim Zetter first reported that this will affect "less than 50 employees in the U.S."

This comes after the U.S. Treasury Department's Office of Foreign Assets Control (OFAC) sanctioned twelve Kaspersky Lab executives on June 21 for operating in Russia's technology sector, freezing their U.S. assets and preventing access to them until the sanctions are lifted.

The Department of Commerce also designated AO Kaspersky Lab, OOO Kaspersky Group (Russia), and Kaspersky Labs Limited (United Kingdom) to its Entity List, preventing any U.S. business from conducting business with them.

"Today's Final Determination and Entity Listing are the result of a lengthy and thorough investigation, which found that the company's continued operations in the United States presented a national security risk—due to the Russian Government's offensive cyber capabilities and capacity to influence or direct Kaspersky's operations—that could not be addressed through mitigation measures short of a total prohibition," the Bureau of Industry & Security said.

"Any individual or business that continues to use Kaspersky products and services assumes all the cybersecurity and associated risks of doing so."

One day earlier, the Department of Commerce's Bureau of Industry and Security (BIS) also banned the company from selling its software and delivering Kaspersky antivirus updates, effective September 29, over potential cybersecurity risks to national security.

Kaspersky told BleepingComputer on Monday that it would completely shut down its business in the United States because the Biden administration's decisions would make the operations "no longer viable."

"Starting from July 20, 2024 Kaspersky will gradually wind down its U.S. operations and eliminate U.S.-based positions,"Kaspersky told BleepingComputer.

"The decision and process follows the Final Determination by the U.S. Department of Commerce, prohibiting the sales and distribution of Kaspersky products in the U.S.

"The company has carefully examined and evaluated the impact of the U.S. legal requirements and made this sad and difficult decision as business opportunities in the country are no longer viable."

Sergiu is a news reporter who has covered the latest cybersecurity and technology developments for over a decade. Email or Twitter DMs for tips.
 
Source : bleepingcomputer.com

Patutlah gula asyik naik, rupanya salah cara! Ambil peduli nasihat doktor ini

Patutlah gula asyik naik, rupanya salah cara! Ambil peduli nasihat doktor ini

Diabetes juga dikaitkan dengan kekurangan mikronutrien seperti kromium, mineral dan magnesium. - Gambar hiasan/Keluarga
PENJAGAAN kesihatan amat penting dalam kehidupan kita. Jika tidak dikawal akan menyebabkan pelbagai penyakit muncul.
Berikut perkongsian Dr Zubaidi Ahmad mengenai cara untuk menurunkan gula dalam darah
TIPS TURUNKAN GULA DALAM DARAH

1. Melakukan senaman
Melakukan senaman dengan lebih kerap dapat membantu menurunkan berat badan dan meningkatkan kepekatan insulin.
Dengan senaman juga, ia dapat membantu otot menggunakan gula dalam darah dengan betul. Antara bentuk senaman yang boleh dilakukan seperti angkat berat, berjalan, berlari, berbasikal, menari, mendaki, berenang dan lain-lain.
2. Kawal pengambilan karbohidrat
Badan akan memecahkan karbohidrat ke dalam gula (glukosa) dan kemudian insulin memindahkan gula menjadi sel.
Apabila anda makan terlalu banyak karbohidrat, tapi mempunyai masalah dengan insulin, ia dapat meningkatkan glukosa dalam darah. Oleh sebab itu, Persatuan Diabetes Amerika mengesyorkan pesakit diabetes supaya mengawal pengambilan karbohidrat.
3. Meningkatkan pengambilan serat
Serat melambatkan pencernaan karbohidrat dan penyerapan gula. Atas sebab itu, ia mengurangkan kenaikan paras gula dalam darah.
Makanan yang mengandungi serat yang tinggi seperti sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang dan bijirin. Pengambilan serat harian yang disyorkan sebanyak 25 gram untuk wanita dan 38 gram bagi lelaki.
4. Minum banyak air dan kekal hidrasi
Minum air yang cukup boleh membantu mengekalkan paras gula dalam darah dan buah pinggang boleh mengalirkan gula yang berlebihan melalui air kencing.
Kajian menunjukkan, mereka yang minum banyak air masak mempunyai risiko lebih rendah untuk menghidap diabetes.
5. Kawal pengambilan makanan
Paling penting adalah mengawal pengambilan kalori setiap hari dengan mengambil saiz hidangan yang lebih kecil.
6. Pilih makanan yang kurang Glycemic Index
Glycemic index ini bertujuan menilai tindak balas gula dalam badan terhadap makanan yang mengandungi karbohidrat.
Makanan yang mengandungi glycemix index yang rendah dapat mengurangkan tahap gula dalam darah mengikut jangka masa panjang. Contohnya: makanan laut, daging, telur,gandum, barli, kacang, ubi, jagung, buah-buahan dan sayur-sayuran.
7. Kawal stress dan dapatkan tidur yang mencukupi
Tekanan boleh menjejaskan paras gula. Yoga dan meditasi dapat mengurangkan stress dan membetulkan masalah rembesan insulin terhadap pesakit kencing manis kronik.
Selain itu, mendapatkan tidur yang cukup juga penting bagi memastikan kesihatan tetap terkawal dengan sempurna.
Jadi, adalah lebih baik untuk mendapatkan jumlah tidur yang berkualiti setiap malam.
8. Pantau tahap gula dalam darah
Sentiasa ukur dan pantau tahap glukosa darah. Dari situ, anda boleh mengetahui penyesuaian dalam makanan dan ubat-ubatan.
9. Mengamalkan makanan yang kaya magnesium dan kromium
Diabetes juga dikaitkan dengan kekurangan mikronutrien seperti kromium, mineral dan magnesium. Dua kajian pesakit kencing manis menunjukkan, kromium mempunyai manfaat bagi mengawal gula dalam darah.
Manakala, kelebihan magnesium pula menunjukkan paras gula rendah. Sebab itu, jika kekurangan magnesium risiko yang lebih tinggi untuk menghidap diabetes.
Makanan kaya magnesium seperti sayuran berdaun gelap, bijirin penuh, ikan, coklat, pisang, alpukat dan kekacang.
10. Turunkan berat badan
Untuk mencegah diabetes, anda harus menurunkan berat badan supaya masalah itu dapat diatasi pada masa hadapan. Malah ia lebih berfungsi berbanding makan ubat.
Makanan yang perlu dielakkan pesakit diabetes
• Semua jenis gula, minuman berkarbonat, kordial, sirap, jem, kaya,kuih manis, aiskrim, susu pekat manis, yogurt manis, buah dalam tin, jeli dan lain-lain.
Makanan yang boleh diambil mengikut sukatan
• Bijirin, nasi, roti, biskut, kuih yang tidak manis, semua jenis pasta dan mi, capati, roti canai, tosai, semua jenis ubi, kekacang, susu dan buah-buahan.
Makanan yang boleh diambil secara bebas
• Semua jenis sayur-sayuran, lobak merah, lobak putih, labu, teh cina, air kosong, barli tanpa gula, kopi dan teh tanpa gula, rempah ratus dan herba, semua daging tanpa lemak, ayam tanpa kulit, tauhu, ikan, telur dan ikan bilis.
Sumber: Dr Zubaidi - Keluarga
........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

Tips mudah untuk khatam Al-Quran?

Bulan Ramadan adalah bulan turunnya Al-Quran. Sinonim pada bulan Ramadan, ramai yang akan berusaha mengkhatamkan bacaan Al-Quran paling kurang sekali. Tetapi mungkin susah juga nak laksanakan. 

Apa Tips mudah untuk khatam Al-Quran? Jom kita semak:

1. Betulkan Niat
Pertama sekali betulkan bulatkan niat dan azam membaca Al-Quran semata-mata kerana Allah. InsyaAllah Allah akan bantu kita untuk membacanya.

2. Mula Seawal Mungkin
Kedua jangan bertangguh untuk mulakan baca Al-Quran. Lagi lambat kita mulakan lagi banyak dan lama masa kita akan ambil. 

3. Letak Target
Ketiga letak sasaran berapa muka surat kita nak baca sehari dan pada waktu yang mudah kita nak baca secara konsisten (Istiqamah). Contoh pada setiap waktu selepas solat fardhu (4 muka surat pada setiap waktu). Maka insyaAllah setiap hari kita dapat habis 

4. Buat secara Berkumpulan
Keempat, the power of bonding, untuk kekal bersemangat dan berterusan perlu wujudkan kumpulan Al-Quran bersama ahli keluarga atau kawan-kawan terdekat. Bila ada kawan-kawan saling peringat dan bantu insyaAllah kita kekal dalam circle yang positif. 

5. Sentiasa Berdoa
Kelima, the power of Doa. Kita kena faham Al-Quran ini Allah yang jaga dan pelihara. Jadi kita kena sentiasa minta bersungguh -sungguh pada Allah untuk kita dapat jadi Ahli Al-Quran yang dapat membaca, memahami dan mengamalkan tuntutan Al-Quran.

Semoga kita dapat khatamkan Al-Quran walaupun sekali dalam bulan Ramadan ini. Aamiin..

#PemudaPAS
#GenerasiSejahtera
#MemimpinSelangor
#Ramadan

Grab Malaysia naik taraf, perkenal ciri baharu bantu rakyat berjimat



GRAB Malaysia mengumumkan kelebihan terkini aplikasi syarikatnya yang sudah dinaik taraf serta ciri baharu yang bakal memberi manfaat besar kepada pengguna menerusi program #SaveWithGrab.

Ketua Pemasarannya, Hassan Alsagoff berkata, ia selaras dengan matlamat syarikat yang mahu memastikan rakyat Malaysia untuk terus menjimatkan wang dalam perbelanjaan harian.

"Grab Malaysia telah menaik taraf ciri sedia ada bagi memudahkan pengguna seperti penjimatan hantaran menerusi ‘Saver’, memperkenalkan kaedah pesanan secara kumpulan dan pemberian baucar ‘dine in’.

"Menerusi penjimatan penghantaran, pihak kami menawarkan caj yang lebih rendah di mana rekod antara Januari hingga Ogos 2023 rakyat Malaysia mencatatkan penjimatan sebanyak RM27 juta menerusi perkhidmatan ‘Saver’," katanya ketika sidang media 'Cara rakyat Malaysia boleh berjimat dengan Grab' pada Rabu.

Jelasnya lagi, pesanan berkumpulan boleh dilakukan menerusi perkongsian kod QR kepada rakan yang lain (oleh hos) seterusnya membuat pilihan makanan dan mereka semua boleh mengesan status pesanan menerusi aplikasi masing-masing.

“Dalam masa terdekat, kami akan memperkenalkan kaedah pengiraan bil pintar iaitu jumlah kos makanan yang dipesan setiap individu dalam kumpulan tersebut untuk dibayar kepada hos.

“Mereka mempunyai pilihan untuk membahagikan keseluruhan bil secara sama rata atau mengikut pesanan individu termasuk yuran penghantaran, cukai dan tips,” ujarnya.

Tambah beliau, baucar ‘dine in’ boleh ditebus di restoran tertentu untuk membantu pengguna berjimat manakala penggunaan kaedah kad setem kesetiaan pelanggan adalah sebagai ganjaran kepada mereka yang setia menggunakan aplikasi GrabFood.

Sementara itu, Grab Malaysia juga menyediakan dua ciri baharu yang boleh dimanfaatkan oleh pengguna menerusi aplikasinya iaitu kad setem kesetiaan pelanggan bermula bulan depan dan pelan langganan jangka panjang baharu menerusi GrabUnlimited pada Disember ini.

Katanya, baucar tersebut boleh ditebus di restoran tertentu untuk membantu pengguna berjimat manakala penggunaan kaedah kad setem kesetiaan pelanggan adalah sebagai ganjaran kepada mereka yang setia menggunakan aplikasi GrabFood.

“Tujuan kami adalah membantu rakyat Malaysia tidak kira di mana pun mereka berada dengan segala kaedah yang mampu kami lakukan.

“Justeru, kami memanfaatkan teknologi dengan melakukan penambahbaikan menerusi platform ini kerana ia juga membantu Grab Malaysia kekal relevan dalam keadaan ekonomi kini,” jelasnya.


Sumber I Sinar Harian 






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

Tips untuk pilih lokasi rumah

MEMILIKI rumah sendiri sudah tentu menjadi impian setiap orang, tambahan pula yang sudah berkeluarga kerana mahukan suasana kekeluargaan yang lebih selesa.

Namun, sebelum membuat keputusan besar itu, pasti pelbagai perkara yang perlu dititikberatkan terutamanya lokasi rumah.

Lokasi rumah sememangnya memberi kesan kepada kehidupan seharian kita selepas berpindah ke kawasan tersebut kerana ia bakal memberikan rasa tenang, kemudahan dan sebagainya untuk seisi keluarga.

Berikut merupakan lapan tips dalam pemilihan lokasi rumah:

Kemudahan dan infrastruktur
Kemudahan dan infrastruktur, atau prasarana memainkan peranan penting kepada penduduk sesuatu kawasan bagi memudahkan mereka memenuhi keperluan harian mereka.

Antara kemudahan dan infrastruktur yang penting ialah lebuh raya dan jalan utama, pusat komersial atau pasar, masjid atau rumah ibadah, sekolah, bank, klinik atau hospital, stesen minyak, balai polis dan balai bomba.

Memilih lokasi rumah yang hampir dengan kemudahan ini akan memberikan anda keselesaan yang lebih berbanding memilih lokasi yang agak kosong tanpa kemudahan penting ini.

Jarak dengan tempat kerja
Pastinya ramai yang akan memberi keutamaan pada jarak rumah yang ingin dibeli dengan tempat kerja. Ini kerana ia mampu mengurangkan kos bahan api kenderaan dan juga masa untuk ke tempat kerja.

Bagi kawasan bandar yang padat, jarak rumah yang jauh dengan tempat kerja biasanya akan meningkatkan masa untuk menuju ke tempat kerja kerana perlu melalui kesesakan trafik.

Selain itu, jarak yang lebih dekat dengan tempat kerja akan memudahkan anda jika berlakunya kecemasan di rumah membabitkan anak, bencana atau sebagainya.

Persekitaran
Selain berhampiran dengan kemudahan dan infrastruktur, anda juga perlu menilai persekitaran kawasan rumah yang mahu dibeli itu. Pastikan lokasi rumah tidak berhampiran dengan kawasan yang boleh mengganggu kehidupan harian anda seperti lokasi pembuangan sampah sarap atau kawasan kilang yang mengeluarkan asap yang boleh menjejaskan kesihatan.

Anda boleh turun padang dan melihat sendiri kawasan persekitaran rumah tersebut atau membuat carian Google untuk mendapat gambaran jelas mengenai kawasan tersebut.

Perkara ini penting kerana persekitaran yang teruk boleh menjejaskan mood anda sekeluarga untuk menjalani kehidupan seharian yang lebih tenang.

Berdekatan pengangkutan awam
Pengangkutan awam juga penting walaupun anda telah memiliki kenderaan sendiri. Malah, di sesetengah kawasan, menggunakan pengangkutan awam lebih jimat dan cepat berbanding menggunakan kenderaan sendiri.

Jadi, walaupun anda tidak bercadang menggunakan pengangkutan awam, memilih lokasi rumah berhampiran pengangkutan awam akan memberi kelebihan berbanding lokasi yang jauh dari pengangkutan awam. Ia juga akan meningkatkan nilai hartanah di kawasan tersebut.

Kawasan bebas jenayah
Kawasan yang tinggi kadar jenayah boleh menyebabkan anda dan keluarga berasa tidak selamat jika anda memilih lokasi rumah anda di kawasan berkenaan. Malah, nilaii hartanah kawasan itu juga mungkin menjadi rendah.

Jadi, seboleh-bolehnya, anda siasat dahulu dengan penduduk sekitar atau pejabat polis berkaitan dengan kadar jenayah pada lokasi pilihan anda itu sebelum membuat pembelian rumah.

Mudah untuk beribadah
Dalam memilih lokasi rumah, adalah lebih baik sekiranya anda mengambil kira lokasi kemudahan ibadah seperti masjid dan pusat pengajian agama.

Ia bakal memudahkan anda untuk beribadah sebagai contoh menghadiri solat Jumaat untuk lelaki, atau bersama-sama kariah anda untuk melakukan ibadah korban.

Kejiranan yang sesuai
Sebelum membuat keputusan membeli rumah, selidik dahulu kawasan kejiranan di sana. Ini kerana kejiranan memainkan peranan penting dalam meningkatkan kualiti hidup harian anda.

Jiran yang baik mampu mengurangkan beban yang anda hadapi, malah dapat membantu anda menyelesaikan masalah yang anda rasa tidak mampu lakukan sendiri. Jika anda mempunyai kejiranan yang bermasyarakat, pastinya kehidupan anda sekeluarga lebih harmoni dan tidak terlalu membosankan.

Nilai semasa dan masa depan hartanah
Jika anda sudah mempunyai pilihan hartanah yang diinginkan, sebaiknya, buat kajian terlebih dahulu berkaitan dengan nilai semasa dan akan datang bagi lokasi rumah tersebut.

Ini kerana, nilai hartanah yang baik mampu menjadikan rumah anda sebagai aset yang cukup memberi pulangan jika terpaksa dicairkan. Sekiranya satu masa nanti anda mahu menjual rumah tersebut, setidak-tidaknya anda akan dapat keuntungan! – UTUSAN

Sukan SEA Kemboja 2023: Skuad badminton buru misi ke final

Leong Jun Hao antara wakil negara yang layak ke pentas separuh akhir esok. - Foto oleh AMIR KHALID


PHNOM PENH – Skuad badminton negara harapkan ‘magis’ dalam usaha menambah kilauan pingat kontinjen Malaysia pada temasya Sukan SEA Kemboja 2023 apabila sebanyak lima wakil berjaya menempah slot ke pusingan separuh akhir esok.

Paling mencuri tumpuan adalah kemaraan dua pemain perseorangan lelaki negara, Lee Shun Yang dan Leong Jun Hao selepas unggul untuk mengatasi lawan masing masing di peringkat suku akhir petang tadi.


Shun Yang berjaya bangkit untuk mengenepikan Panitchapon Teeraratsakul dari Thailand dengan keputusan 18-21, 21-19, 21-17, sementara Jun Hao mudah mengatasi pemain Filipina, Jewel Angelo Albo dengan keputusan 21-22, 21-10.


Bagaimanapun, mereka perlu melepasi pilihan utama Indonesia di peringkat separuh akhir esok.

Cabaran getir buat Shun Yang apabila dijadualkan bertemu pilihan pertama kejohanan, Chico Aura Dwi Wardoyo, sementara Jun Hao mungkin bawa bekalan psikologi apabila menewaskan Christian Adinata di Kejohanan Cabaran Antarabangsa Malaysia pada 2019.

“Sebenarnya, ketika tewas dua perlawanan dalam saingan berpasukan lelaki tempohari, saya berasa agak sedih dan kurang keyakinan diri, tetapi untuk perlawanan hari ini saya cuba bermain dengan mengeluarkan segala perkara yang saya miliki.

“Saya sebenarnya tiada tekanan menentang Chico kerana saya akan turun sebagai underdog, jadi saya hanya akan cuba tampilkan aksi yang terbaik.

“Mungkin saya akan minta tips daripada Jun Hao memandangkan di baru sahaja menewaskan Chico tempohari dalam final berpasukan lelaki, sebab nampak Jun Hao lebih yakin ketika membuat serangan ke atasnya, ” kata Shun Yang.

Sementara itu, turut mengesahkan slot di separuh akhir adalah beregu campuran negara Yap Roy King-Cheng Su Yin selepas mereka menumpaskan wakil tuan rumah Vannthou Vath-Kimloung Lim 21-5,21-3 hany dalam tempoh 16 minit saja.

Roy King-Su Yin bakal menentang wakil dari Thailand Pakkapon Teeraratsakul-Phataimas Muenwong selepas beregu itu menumpaskan pasangan dari Filipina Alvin Morada-Alyssa Ysabel Leonardo 21-11, 21-14 di peringkat suku akhir. – KOSMO! ONLINE




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

Cubaan tutup skandal zakat Negeri Sembilan?

Sebulan yang lepas saya telah terima satu set dokumen mengenai skandal Zakat N.Sembilan hampir RM8 juta. 

Setelah teliti dokumen dan maklumat ada asasnya maka 5 Feb saya telah naikkan di fB Che'GuBard Original untuk tarik perhatian Exco Agama dan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan sendiri, cadang saya 13 Feb utk hadir sendiri ke Pejabat Exco Agama dan MAINS untuk cari penjelasan.

Ramai terkejut dan dapat respon banyak pihak. Mungkin panik dengan perkembangan itu Aminuddin Harun terpaksa komen pada 8 Feb. Dia akuo ada masalah dalam Zakat NS dan serah pada SPRM & Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) , namun sikap lepas tangan MB merangkap exco agama menyerlahkan kelemahannya apabila dia nyatakan tidak pasti apa terjadi kerana dia sudah keluar dari MAINS. Makan gaji buta sebagai exco Agama ? 
9 Febuari pula secara tiba tiba SPRM NS umumkan kes Zakat NS ditutup dan tidak ada kes, ini lucu kerana beberapa jam selepas itu Ketua Polis NS pula keluar kenyataan Polis putus buka kertas siasatan bawah 409 kanun keseksaan - kerana disyaki ada pecah amanah. 8 Feb MB serah pada pihak berkuasa, 9 Feb polis baru buka siasatan sebaliknya SPRM sudah tutup dan kata tidak ada kes. 9 Feb lewat petang pula kerana kenyataan SPRM maka MAINS telah keluar kenyataan ugut siapa sahaja bangkit isu skandal zakat akan dilapor polis kerana fitnah... 

10 Feb saya dan kawan kawan tampil ke SPRM dedah hampir semua bukti. Pegawai yang menerima bukti sendiri tak mampu kata apa kerana semua jelas ada penyelewengan. Saya terpaksa ugut jangan sampai saya terpaksa bangkitkan persoalan adakah ini ada kena mengenai dengan adik ipar Azam Baki (ketua SPRM) yang dilantik beberapa jawatan mewah bawah kerajaan NS ? 

Makin menarik bila 12 Feb, Pemuda Umno Rembau pula muncul di media serang MB N.Sembilan dalam isu Zakat ini. Shukri juga merupakan pembahas wakil NS yang bawa usul jawatan Presiden dan Timbalan tidak dipertandingkan dalam PAU baru ini. Jelas ia budak Mat Hassan dan diyakini Mat Hassan guna isu ini untuk serang MB NS untuk bagi tekanan dalam mereka sedang berebut kerysi bertanding PRN terdekat. Menariknya budak Timbalan Presiden Umno ini dedahkan SPRM menipu sebab macam mana nak tutup kalau no fail pun tak ada sebab fail tak dibuka. 

 12 Feb.juga saya melalui hubungan keluarga telah menyembah maklum kepada YM salah seorang Dato' Undang mengenai perkara ini. 

13 Feb lewat petang SPRM Putrajaya telah keluar kenyataan akui ada unsur kecurangan dan mula menyiasat kes skandal Zakat.

Kepada semua, khususnya masyarakat Islam Negeri Sembilan yakinlah mereka hanya sedang cuba cari kambing hitam atau sedang brli masa untuk kes ini dilupakan sebelum "disapu bawah karpet". Kena terus beri tekanan. 

Untuk pengetahuan semua khususnya orang NS, kes zakat ini hanya bukti kecil kelemahan dan penyelewengan kerajaan DAp PH NS. Cuma "tips of iceberg"...kita akan asak dengan banyak lagi pembongkaran.


T.kasih buat semua termasuk pihak media yang berani mengangkat isu ini.

Bersama MENGANGKAT MARTABAT NEGERI BERADAT

Cara Jaga Anak Kucing Tanpa Ibu (Suhu Sesuai, Kuantiti Susu, Suasana, dll)

Adakah anda pernah cuba untuk menjaga anak kucing tetapi akhirnya mereka mati? Mungkin anda tidak tahu cara jaga anak kucing tanpa ibu.

Menjaga anak kucing tanpa ibu tidak semudah yang disangka. Seperti bayi, mereka memerlukan perhatian dan penjagaan rapi untuk hidup terutamanya semasa berusia 1-8 minggu. Jika anda tiada masa untuk membaca, anda boleh tonton video ini.

Kenal pasti umur anak kucing

Sebelum anda merancang penjagaan anak kucing, kenal pasti dahulu usianya. Ini kerana setiap peringkat usia memerlukan penjagaan dan keperluan berbeza.

Anda boleh rujuk tips jaga anak kucing tanpa ibu di bawah:

  • 1 Minggu

Ciri-ciri: Anak kucing masih belum membuka matanya dan telinganya sedikit terkatup. Gigi juga belum kelihatan.

Kebolehan: Anak kucing lebih banyak tidur. Ia sudah mampu mengangkat kepalanya, walaupun agak terbatas, dan mampu menggerak-gerakkan kaki-kakinya.

Susu: 2-3 jam sekali.

Berat ideal: 150-250 gram

  • 2 Minggu

Ciri-ciri: Anak kucing sudah boleh membuka mata dan berwarna biru cair. Telinganya akan sedikit terbuka dan bulat. Giginya masih belum kelihatan.

Kebolehan: Anak kucing masih banyak tidur, namun sudah mula peka dan ingin tahu akan keadaan sekelilingnya. Ia juga akan mula melangkah.

Susu: 3-4 jam sekali.

Berat ideal: 250-350 gram

  • 3 Minggu

Ciri-ciri: Anak kucing mempunyai mata biru dan telinganya sedikit tajam di hujung.

Kebolehan: Anak kucing sudah mula berjalan dan melihat-lihat sekitarnya. Ia juga sudah mula berasa ingin tahu dan menghidu litter box.

Susu: 4-5 jam sekali 

Berat ideal: 350-450 gram

  • 4 Minggu

Ciri-ciri: Giginya sudah mula tumbuh.

Kebolehan: Anak kucing sudah mula melihat dan mendengar dengan jelas. Kukunya sudah boleh ditarik balik. Ia juga boleh mula menggunakan litter box. Anda juga boleh memperkenalkannya kepada permainan.

Susu: 5 jam sekali termasuk waktu malam.

Berat ideal: 450-550 gram

  • 5 Minggu

Ciri-ciri: Gigi anak kucing akan tumbuh semakin banyak. Matanya masih biru dan telinganya tajam di hujung. Kuku boleh ditarik balik.

Kebolehan: Boleh bermain dan berlari dengan yakin. Ia juga mula bersosial dengan manusia dan haiwan lain dan mula pandai menjilat badannya. Ia juga semakin mahir menggunakan litter box. Ia juga sudah boleh mengawal haba badannya.

Pemakanan: Perkenalkan wet food sebagai makanan anak kucing tanpa ibu. 

Berat ideal: 550-650 gram

  • 6 Minggu

Ciri-ciri: Penglihatan dan pendengarannya sudah berfungsi sepenuhnya. Mata masih lagi berwarna biru dan gigi sudah tumbuh sepenuhnya.

Kebolehan: Banyak bermain dengan kucing lain (jika ada), pandai melompat, dan mempunyai koordinasi yang baik.

Pemakanan: Wet food anak kucing dan air yang cukup. 

Berat ideal: 650-750 gram

Penjagaan Lain: Vaksin FVRCP untuk melindunginya daripada virus.

  • 7 Minggu

Ciri-ciri: Mata sudah mula berubah warna kepada warna mata kucing dewasa. Testis anak kucing jantan juga mula kelihatan.

Kebolehan: Mempunyai tenaga yang banyak, lebih banyak bermain berbanding tidur. Ia juga sudah mula pandai memanjat, melompat, dan berlari dengan tangkas.

Pemakanan: Wet food dan air seperti biasa. Tambahkan kibbles sebagai makanan tambahan.

Berat ideal: 750-850 gram

  • 8 Minggu

Ciri-ciri: Warna mata berubah sepenuhnya kepada mata dewasa sama ada kuning, hijau, perang, atau biru.

Kebolehan: Bersemangat dan lebih tangkas. 

Pemakanan: Boleh diberi makan wet food dan kibbles sehingga 4 kali sehari. Jika ia mahu, anda boleh memberikan kibbles sebagai sumber utama.

Berat ideal: 850-950 gram

Penjagaan Lain: Suntikan booster FVRCP, diberikan ubat cacing, dimandul atau dikasi, dan dimasukkan mikrocip (jika mahu). Jika anda hanya ibu angkat, anda boleh berikan anak kucing untuk dijaga oleh keluarga hakiki (adopted).

Penyediaan susu yang sesuai

Susu perlu diberi mengikut kekerapan menurut usia. Ikuti panduan di bawah untuk membantu anda memberikan susu terbaik untuk anak kucing:‍

1. Jenis

Anak kucing hanya boleh diberikan susu kucing atau formula khas sahaja. Susu ini boleh didapatkan di kedai-kedai haiwan peliharaan.

Suhu susu yang ideal adalah tidak terlalu sejuk dan tidak terlalu panas, suam-suam sahaja.

2. Alat

Anda memerlukan botol susu anak kucing dengan puting yang kecil untuk memberi susu kepada anak kucing. Jika anda khuatir lubang terlalu besar, dapatkan puting yang tiada lubang dan cucuk sedikit demi sedikit mengikut keselesaan anak kucing.

3. Sukatan susu untuk anak kucing

Berikan ia susu secukupnya. Tiada sukatan yang spesifik tetapi anda harus peka dan faham tanda-tanda ia sudah kenyang.

4. Cara menyusukan anak kucing tanpa ibu

Posisi yang terbaik adalah dengan meletakkan anak kucing di atas permukaan rata. Alaskan dengan tuala supaya tidak terlalu sejuk.

Pastikan anak kucing berdiri atas empat kakinya. Tekan lembut tengkuknya supaya tidak bergerak. Kemudian, suakan botol susu.

Suasana yang kondusif

1. Haba

Anak kucing tidak pandai mengawal suhu badannya lagi. Oleh itu, anda wajib menyediakan tempat yang hangat. Anda boleh menggunakan alas yang mempunyai pemanas atau meletakkan pemanas segera di bawah alas anak kucing.

Oleh sebab anak kucing sering dilihat tidur bersama ibunya, anda boleh menggunakan anak patung yang hangat. Pastikan ada juga sedikit ruang yang tidak hangat jika anak kucing memerlukan perubahan suhu.

Anda boleh berhenti menyediakan pemanas sebaik anak kucing mencecah usia 5 minggu.

2. Selimut

Anda digalakkan juga menyediakan selimut tebal untuk memastikan anak kucing selesa dan hangat. Pilih selimut jenis fleece kerana lembut dan tidak kasar.

3. Rangsangan buang air

Anak kucing terutamanya yang berusia 4 minggu ke bawah tidak pandai membuang najisnya sendiri. Anda perlu memberikan rangsangan dengan mengurut-urut anunya sehingga ia terkencing atau terberak.

Pastikan anda mengurut menggunakan tisu agar tangan tidak kotor. Anda juga boleh menggunakan sarung tangan. Lakukan setiap kali sebelum dan selepas menyusukan anak kucing.

Penjagaan kebersihan dan kesihatan

Anda harus sentiasa peka dengan keadaan anak kucing yang anda jumpai. Untuk memastikan anak kucing mampu bertahan sehingga usia matang, anda perlu memeriksa beberapa perkara seperti di bawah.

1. Kutu

Jika anak kucing yang dijumpai berasal dari kawasan yang tidak bersih, pastikan anda memeriksa dan merawat kutu jika ada. Kutu yang banyak boleh menyebabkan anak kucing sakit atau mati kerana kutu mampu memakan daging anak kucing sedikit demi sedikit.

Anak kucing tidak boleh dimandikan, namun, jika terpaksa untuk membuang kutu, anda hendaklah memandikannya dengan air hangat dan air tidak boleh menyentuh mukanya. Gunakan ubat kutu dengan berhati-hati agar tidak termasuk ke dalam matanya..

2. Cacing

Anak kucing seawal usia 2 minggu sudah boleh diberikan ubat cacing. Hal ini penting agar tiada parasit yang membahayakan hidup dalam badannya. Anda juga mahu memastikan anak kucing sentiasa sihat.

3. Kerap membersihkan tempat tidur

Oleh sebab anak kucing yang tiada ibu lebih terdedah kepada penyakit, anda harus sentiasa membersihkan dan menukar alas tempat tidurnya, sekurang-kurangnya sekali sehari. Anda tidak mahu apa-apa virus atau kutu menjangkiti anak kucing.

Kesimpulan

Kesimpulannya, 8 minggu terawal hidup kucing sangat kritikal. Diharap dengan adanya cara jaga anak kucing tanpa ibu di atas, anda akan lebih peka akan keperluan anak kucing.

Jika anak kucing sudah cukup umur, anda boleh mendaftarkannya untuk mendapat Oyen Pet Insurance yang melindungi segala kos rawatan dan surgeri sehingga RM8,000. Semak kelayakan di sini. 

Anda juga boleh mendaftar Oyen Pet Wellness untuk perlindungan lebih holistik termasuk pemeriksaan kesihatan dan ubat cacing!

Sumber : oyen.my

Bekas pelajar Henry Gurney hasilkan buku ‘Peluang Kedua’

Muhammad Izzad menurunkan tandatangan pada poster perasmian ketika Majlis Pelancaran Buku Peluang Kedua.


SHAH ALAM - Memasang impian menjadi penulis sejak bergelar ‘pelatih’ di Sekolah Henry Gurney, Telok Mas, Melaka, Muhammad Izzad Daniel Abdullah kini mampu tersenyum dengan kejayaannya menghasilkan buku bertajuk Peluang Kedua.

Luah pemuda berusia 23 tahun itu, ilham untuk menghasilkan karya pertamanya itu timbul selepas melihat belia pada hari ini begitu seronok melakukan kesalahan, tanpa memikirkan kesan buruk yang boleh menimpa mereka.

Justeru, dia berhasrat untuk menimbulkan kesedaran kepada golongan berkenaan bahawa jenayah bukanlah satu lawak jenaka.

“Menerusi buku ini, saya ingin berkongsi pengalaman hidup sebelum, semasa dan selepas bergelar pesalah juvana.

“Selain itu, saya turut memuatkan beberapa tips untuk berhenti daripada melakukan gejala yang tidak sihat.

“Saya berharap agar buku Peluang Kedua ini dapat memberi semangat kepada individu yang pernah melalui hari-hari gelap seperti saya untuk bangkit daripada kisah silam,” katanya ketika Majlis Pelancaran Buku Peluang Kedua pada Ahad.

Buku terbitan Karya Bestari Grup Buku Karangkraf itu dilancarkan oleh Pengarah Bahagian Pengurusan Banduan, Jabatan Penjara Malaysia, Ajidin Salleh.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Grup Buku Karangkraf, Firdaus Hussamuddin; Timbalan Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor, Suzliana Abdul Hamid dan Pengarah Sekolah Henry Gurney, Telok Mas, Melaka, Azhar Ahmad.

Dalam pada itu, kongsi Muhammad Izzad, impiannya untuk menjadi seorang penulis bermula sejak dia terpaksa dimasukkan ke sekolah itu pada tahun 2016.

“Di Henry Gurney, saya banyak meluangkan masa dengan membaca buku, yang paling saya ingat karya daripada Dr Iskandar Al Haj, penulisan beliau membuatkan saya bercita-cita menjadi seorang penulis,” jelasnya.

Dalam pada itu, bapa kepada seorang cahaya mata itu turut berharap agar bekas pesalah juvana di luar sana diberi peluang kedua untuk menyumbang kembali kepada masyarakat.

Bagaimanapun dia mengakui, persepsi orang awam sebenarnya berbalik kepada tingkah laku yang ditonjolkan oleh golongan itu sendiri.

“Bagi saya, kami sendiri yang tentukan persepsi masyarakat. Jika kita mahu mereka memandang kita secara positif, lakukan perkara yang positif.

“Jika masyarakat memandang dengan negatif, itu kerana kita sendiri yang melakukan perkara negatif.

“Jadi untuk mendapatkan tindak balas positif daripada masyarakat, kita perlu terus lakukan perkara yang membawa ke arah yang positif,” ujarnya.


Sumber I Sinar Harian





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

Jom ketahui 5 syarikat pengeluar Telur yang ada di Bursa Malaysia

Telur dianggap sebagai makanan yang berkhasiat kerana telur adalah sumber protein semula jadi berkualiti tinggi yang murah. Lebih daripada separuh sumber protein boleh didapati daripada telur putih, termasuklah vitamin B2 dan jumlah lemak yang lebih rendah daripada telur kuning. Protein dalam telur dapat membantu menurunkan tekanan darah, meningkatkan kesihatan tulang dan meningkatkan jisim otot.
Telur juga merupakan sumber selenium yang kaya dengan antioksidan yang penting untuk fungsi tiroid serta membantu sistem imun dan kesihatan mental kita.

Itu serba sedikit mengenai khasiat telur, tetapi tahukah anda terdapat beberapa syarikat pengeluar telur sebenarnya tersenarai di dalam Bursa Malaysia? Satu tips kepada pembaca, tahukah anda saham syarikat pengeluar telur sering mendapat minat belian menjelang musim perayaan.

Jom kenali 5 saham syarikat pengeluar telur yang ada di Bursa Malaysia:

1. QL Resources Berhad (QL)

2. LTKM Berhad (LTKM)

3. CCK Consolidated Holdings Berhad (CCK)

4. Lay Hong Berhad (LAYHONG)

5. Teo Seng Capital Berhad (TEOSENG)

1. QL Resources Berhad (QL)
QL Resources Berhad adalah sebuah syarikat pertanian makanan multinasional dengan modal pasaran sekitar RM14 bilion.

QL ditubuhkan pada tahun 1987 dan kini QL merupakan antara pengeluar telur terbesar di rantau Asean. QL beroperasi dalam tiga sektor berbeza iaitu penternakan, pengeluaran hasil laut, dan yang ketiga merangkumi aktiviti perniagaan berkaitan kelapa sawit.



Sumber:  QL Resources


Sumber:  QL Resources

Kajian Analisa Fundamental QL Resources

Sumber: Malaysiastock.biz

Mari kaji terlebih dahulu prestasi suku tahunan QL Resources. Setiap suku, QL mampu menjana ratusan juta ringgit dan yang terkini QL mampu menjana sebanyak RM1.08 bilion bagi suku kedua tahun 2020. Ketika pandemik in bukan syarikat sarung tangan saja yang mampu menjana sehingga berbilion ringgit, syarikat pengeluar telur pun boleh juga.

Kos operasi yang tinggi menyebabkan keuntungan bersih QL bagi suku tersebut sebanyak RM 70.13 juta. Peningkatan sebanyak 38% daripada suku sebelumnya dapat disaksikan dan peningkatan sebanyak 1% pula jika dibandingkan suku kedua tahun 2020 dan suku kedua tahun 2019.


Sumber: Malaysiastock.biz

Info menarik yang dapat diperoleh daripada gambar rajah di atas ialah QL secara konsisten merekodkan margin keuntungan di atas 5% setiap tahun. Margin keuntungan setakat tiga suku tahun 2020 menyaksikan QL telah mencatatkan margin keuntungan sebanyak 5.9% dan nilai ini dijangka meningkat lagi setelah ditambah dengan suku keempat yang akan mendatang dan dijangka dapat mengatasi margin keuntungan pada 2019 iaitu sebanyak 6%.

2. LTKM Berhad (LTKM)

LTKM Berhad adalah merupakan pengeluar telur ayam terkemuka di Malaysia dan tersenarai di Papan Utama Bursa Malaysia sejak tahun 2000. LTKM adalah perintis dalam menghasilkan telur yang diperkaya dengan Omega-3 dengan kerjasama Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDITECH). Walaupun perniagaan utama Kumpulan LTKM adalah dalam pengeluaran dan penjualan telur, namun LTKM telah mula menerokai pembangunan hartanah bagi mempelbagaikan sumber pendapatan syarikat.

Syarikat ini mengusahakan ladang ternakan yang canggih di Melaka dengan seluas 450 ekar. LTKM memiliki lebih daripada 2 juta ayam yang menghasilkan lebih daripada satu juta telur ayam setiap hari.

Kajian Analisa Fundamental LTKM



Sumber: Malaysiastock.biz

Prestasi syarikat LTKM Berhad nampaknya tidak sebaik syarikat-syarikat pengeluar telur yang lain di mana kita dapat melihat syarikat ini merekodkan kerugian bagi tiga suku berturut-turut pada tahun ini. Setelah dikaji laporan kewangan syarikat LTKM secara mendalam, punca kerugian ini adalah berpunca daripada kos penjualan yang sangat tinggi serta kos pentadbiran yang semakin meningkat.

3. CCK Consolidated Holdings Berhad (CCK)

CCK Consolidated Holdings Berhad telah ditubuhkan pada 5 Ogos 1996 sebagai syarikat pemegang pelaburan dan ianya disenaraikan di Papan Kedua Bursa Saham Kuala Lumpur pada 10 Disember 1997. Setelah penggabungan papan, kini CCK disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia. CCK Group adalah nama kolektif untuk CCK dan anak syarikatnya, dengan aktiviti utama ternakan dan peruncitan.

Perniagaan dijalankan terutamanya di Sarawak, Sabah dan Indonesia (Jakarta dan Pontianak). CCK mengeluarkan banyak produk makanan seperi bebola ikan, sayur campur, nugget, sate beku, dan pelbagai produk sejuk beku yang lain.


Sumber: CCK

Analisa Daripada Sudut Fundamental CCK


Sumber: Malaysiastock.biz

Kita mulakan dengan mengkaji saham CCK menggunakan 5 Magic Numbers. CCK mampu menjana sebanyak 5.48 sen bagi setiap unit saham yang diterbitkan. Ini bermaksud CCK sedang membuat keuntungan. Jika anda ada membaca artikel-artikel sebelum ini, nisbah Price Earnings yang baik adalah 0 sehingga 10.

Nisbah PE saham CCK adalah 11.68 yang mana boleh dikatakan masih baik kerana hampir dengan nilai 10. Return On Equity CCK adalah 11.91% yang boleh dikatakan masih baik kerana hampir dengan 15%. Selagi nilai Return On Equity adalah positif, ianya bermaksud syarikat tersebut sedang membuat keuntungan.

Dividen yang diagihkan oleh CCK adalah sebanyak 2.73%.  Harga semasa CCK adalah lebih tinggi daripada nilai NTA yang bermaksud CCK sekarang ini adalah overvalued.

Sumber: Malaysiastock.biz

Betapa hebatnya syarikat CCK ini menjalankan perniagaannya kerana melihat kepada margin keuntungan syarikat, CCK membuat uptrend Dengan keuntungan syarikat CCK terus membuat kenaikan sejak tahun 2014 lagi.

4. Lay Hong Berhad (LAYHONG)

Kumpulan ini pertama kali memulakan operasi penternakan lapisan pada tahun 1960-an dengan penubuhan perniagaan hak milik tunggal Lay Hong Poultry Farm Co., oleh mendiang ayah Yap Hoong Chai, Encik Yeap Seak Yong. Yap Hoong Chai bersama dua saudaranya, Encik Yip Kim Hoong dan Encik Yeap Weng Hong mengambil alih pengurusan ladang daripada ayah mereka pada tahun 1973. Pada masa itu, perniagaan mereka hanyalah satu ladang dengan kapasiti pengeluaran sebanyak 10,000 telur setiap hari.

Lay Hong disenaraikan di papan utama Bursa Malaysia pada 20 Oktober 1994. Teras perniagaannya adalah dalam pengeluaran besar-besaran keperluan harian asas seperti ayam, telur ayam, nugget dan lain-lain. Produk kumpulan Lay Hong dipasarkan di bawah dua jenama terkenal iaitu Nutriplus dan Wise Choice.

Sumber: Theedgemarkets.com

Analisa Daripada Sudut Fundamental Syarikat Layhong

Sumber: Malaysiastock.biz

Harga semasa Layhong adalah 39 sen.  Jika kita telah belajar mengenai 5 Magic Numbers, NTA adalah cara untuk mengetahui sama ada saham tersebut overvalued atau undervalued.  Mengikut kajian ini, Layhong kini sedang berada di bawah nilai. Nilai-nilai lain dilihat kurang memberangsangkan kerana EPS, PE, ROE dan Dividen Yield adalah kurang menarik.

Bilangan unit saham yang diterbitkan oleh Layhong nampaknya sedikit iaitu sebanyak 660.29 juta unit yang menjadikan sahamnya limited edition.

Sumber: Malaysiastock.biz

Hasil pendapatan Layhong sentiasa konsisten kerana mampu menjana sekitar RM200 juta setiap suku. Suku pertama tahun 2020 menyaksikan Layhong merekodkan hasil pendapatan tertinggi bagi satu suku tahunan iaitu sebanyak RM238.19 juta. Pada suku tersebut, keuntungan bersih Layhong adalah sebanyak RM5.19 juta.

Peningkatan yang sangat baik jika dibandingkan dengan suku sebelumnya dengan kenaikan sebanyak 264% jika dibandingkan dengan suku sebelumnya. Jika dibandingkan dengan suku yang sama dengan tahun sebelumnya pula, saham ini merekodkan peningkatan sebanyak 34%.Suku yang terakhir menyaksikan sedikit kemerosotan dengan keuntungan bersih Layhong hanya sebanyak RM1.16 juta.

5. Teo Seng Capital Berhad (TEOSENG)


Sumber:Teoseng

Teo Seng Capital Berhad diperbadankan di Malaysia pada 8 Mei 2006 sebagai sebuah syarikat berhad persendirian dengan nama Teo Seng Capital Sdn Bhd. Teo Seng telah ditukarkan statusnya menjadi syarikat awam berhad pada 31 Mei 2006 dan sejak itu memegang nama sekarang. Teo Seng berjaya disenaraikan di Papan Kedua Bursa Malaysia Securities Berhad (“Bursa”) pada 29 Oktober 2008 dan kemudiannya dipindahkan ke papan utama Bursa pada 3 Ogos 2009.

Teo Seng pada dasarnya adalah syarikat pemegangan pelaburan. Kegiatan utama anak-anak syarikat Teo Seng adalah penternakan unggas dan pemasaran telur ayam, pembuatan dan pemasaran makanan ternakan, kotak papan telur, baja fermentasi organik, dan pengedaran makanan haiwan & ubat-ubatan dan produk kesihatan haiwan.

Produk yang dihasilkan, dipasarkan dan diedarkan oleh Teo Seng boleh dikategorikan kepada lima (5) kategori utama iaitu telur ayam, makanan haiwan, kotak papan telur, baja fermentasi organik dan produk kesihatan haiwan.

Analisa Daripada Sudut Fundamental Syarikat Teoseng

Sumber: Malaysiastock.biz

Secara keseluruhannya, Teoseng memiliki fundamental yang agak baik. Melihat kepada Earnings Per Share (EPS) Teoseng, syarikat ini mampu menjana 6.65 sen daripada setiap unit saham yang diterbitkan. Bilangan unit saham yang diterbitkan juga sedikit iaitu hanya 300.01 juta unit yang menjadikannya limited edition. Bilangan unit saham yang diterbitkan merupakan salah satu kriteria penting untuk dikaji sebelum membeli saham kerana ia akan menentukan sama ada syarikat tersebut ringan atau berat.

Nisbah Price Earnings dan Return on Equity juga menunjukkan nilai yang baik.

Saham ini dilihat masih undervalued kerana harga semasa saham adalah 90.5 sen dan nilai NTA iaitu sebanyak RM1.06.

Satu kriteria yang nampak menarik mengenai Teoseng adalah syarikat ini mengagihkan dividen yang agak tinggi kepada para pemegang sahamnya iaitu sebanyak 6.63%.


Sumber: Malaysiastock.biz

Sekarang kita kaji pula laporan suku tahunan syarikat. Teoseng tidak pernah mengalami kerugian selama 9 suku tahunan berturut-turut. Perniagaan utama syarikat ini adalah penjualan telur ayam. Setiap hari orang ramai akan makan telur, mana mungkin syarikat akan rugi. Betul tak? Namun begitu, tahun 2020 melihatkan terdapat kemerosotan yang agak tinggi dalam hasil pendapatan dan keuntungan bersih yang dicatatkan. Ini mungkin terjadi kesan daripada pandemik Covid-19 yang menyebabkan banyak restoran yang tidak dapat beroperasi secara maksima kerana kekurangan pelanggan.


Sumber | https://thekapital.my/kenali-5-syarikat-pengeluar-telur-yang-ada-di-bursa-malaysia/

© all rights reserved
made with by templateszoo