NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......
Showing posts sorted by relevance for query PEMBELA. Sort by date Show all posts
Showing posts sorted by relevance for query PEMBELA. Sort by date Show all posts

Tabung pertahan rider kalimah Allah: Respons PEMBELA terhadap kenyataan ketua polis daerah Petaling Jaya



š—§š—”š—•š—Øš—”š—š š—£š—˜š—„š—§š—”š—›š—”š—” š—„š—œš——š—˜š—„ š—žš—”š—Ÿš—œš— š—”š—› š—”š—Ÿš—Ÿš—”š—›: š—„š—˜š—¦š—£š—¢š—”š—¦ š—£š—˜š— š—•š—˜š—Ÿš—” š—§š—˜š—„š—›š—”š——š—”š—£ š—žš—˜š—”š—¬š—”š—§š—”š—”š—” š—žš—˜š—§š—Øš—” š—£š—¢š—Ÿš—œš—¦ š——š—”š—˜š—„š—”š—› š—£š—˜š—§š—”š—Ÿš—œš—”š—š š—š—”š—¬š—”

1. Pertamanya PEMBELA mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang telah menyumbang kepada tabung kilat yang diwujudkan bagi membantu lima orang rider yang telah direman oleh pihak polis dan mereka disiasat di bawah seksyen 147 Kanun Keseksaan.

2. Reman ini adalah berhubung dengan kes seorang warganegara yang telah menghina nama Allah di dalam pesanan makanan yang dibuat dan kemudiannya ditegur oleh seorang rider.

3. Perkara ini kemudian telah dilaporkan kepada pihak polis dan 5 orang rider yang hadir ke IPD Petaling jaya telah terus direman oleh pihak polis bagi menjalankan siasatan.

4. Kelima-lima rider ini kemudiannya telah dihadapkan ke mahkamah untuk mendapat perintah reman di mana pihak polis memohon reman selama 4 hari tetapi pihak peguam telah berjaya mengurangkan masa reman dari 4 hari kepada 2 hari. Semasa sebelum prosiding reman salah seorang dari yang direman memaklumkan kepada peguam bahawa jika dituduh mereka tidak mempunyai kemampuan untuk menyediakan wang jaminan.

5. PEMBELA telah dihubungi oleh pihak Persatuan Penghantar P-Hailing Malaysia (PENGHANTAR) untuk membantu ahlinya. Oleh kerana itu, kami berasa terpanggil untuk membantu melepaskan rider ini yang mana dijangka memerlukan wang jaminan sekitar RM3,000-RM4,000 seorang jika dituduh di mahkamah kelak. Ini merupakan anggaran berdasarkan prosedur biasa, menurut peguam.

6. Atas persetujuan bersama, PEMBELA telah mengambil initiatif untuk menyalurkan kutipan tersebut bagi membiaya:-

a. Wang ikat jamin (jika dituduh di mahkamah kelak dan memerlukan bayaran wang ikat jamin).

b. Kos kerugian hilang pendapatan oleh rider.

c. Bantuan kepada persatuan rider.

d. Kebajikan keluarga rider yang terlibat.

7. Pihak kami akan bekerjasama dengan pihak Persatuan Penghantar P-Hailing Malaysia (PENGHANTAR) untuk tujuan seperti yang disebutkan di atas.

8. Peguam-Peguam yang dilantik oleh PEMBELA semalam iaitu Datuk Haji Zainul Rijal bin Abu Bakar dan En Mohd Tajuddin Abdul Razak telah menyatakan dengan jelas kepada PEMBELA bahawa mereka menjalankan khidmat ini secara pro bono dan tidak akan mengambil sebarang yuran perkhidmatan ataupun perbelanjaan dari mana-mana pihak.

9. PEMBELA dimaklumkan rider tersebut dijangka dilepaskan dari tahanan reman hari ini dan pihak kami telah berhubung dengan wakil rider bagi menguruskan bantuan tersebut hasil dari kutipan yang dibuat.

10. PEMBELA akan memberi kerjasama penuh kepada pihak PDRM sekiranya ingin menyiasat perkara ini memandangkan PEMBELA tidak mempunyai apa-apa perkara yang ingin disembunyikan.

11. Pihak PEMBELA akan bersikap telus dengan semua pihak termasuk pihak polis yang telah mengeluarkan kenyataan akhbar untuk menjalankan siasatan. PEMBELA juga akan memaklumkan kepada rakyat akan perkembangan bantuan ini dari masa ke masa bagi menjamin ketelusan dan integriti kami.

Sekian.

Hj. Aminuddin Yahaya
Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA)

Isu Kalimah Allah: PEMBELA himpunkan NGO-NGO Islam Ahad ini


KUALA LUMPUR – Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) hari ini mengumumkan akan mengadakan satu himpunan NGO-NGO Islam Ahad ini.

Pengerusi PEMBELA, Tn Hj Aminuddin Yahya, mengumumkan perkara tersebut hari ini di dalam sidang media PEMBELA berikutan keputusan kes Mahkamah Tinggi yang membenarkan penggunaan kalimah Allah di kalangan penganut bukan Islam.

PEMBELA merakamkan kegusaran di atas perkembangan terkini keputusan-keputusan Mahkamah yang berkait dengan isu umat Islam.

Menurut Tn Hj Aminuddin, banyak pihak telah menyampaikan rasa gusar dan kecewa mereka dengan perkembangan terkini ini kepada PEMBELA.

Justeru itu, PEMBELA akan mengadakan satu perjumpaan tergempar NGO Islam pada hari Ahad ini untuk memastikan semua bentuk cabaran yang cuba menghakis kedaulatan Islam dapat diuruskan dan ditangani mengikut lunas undang-undang yang dibenarkan.

https://pembela.com.my/isu-kalimah-allah-pembela-himpunkan-ngo-ngo-islam-ahad-ini/

Memorandum 175 NGO merayu campur tangan YDPA hentikan pertelingkahan parti politik dan utamakan kepentingan rakyat

KENYATAAN BERSAMA GABUNGAN NGO
13 OGOS 2021, BERSAMAAN 4 MUHARRAM 1442 HIJRI
DAULAT TUANKU,
MEMORANDUM 175 NGO MERAYU CAMPUR TANGAN YDPA HENTIKAN PERTELINGKAHAN PARTI POLITIK DAN UTAMAKAN KEPENTINGAN RAKYAT

1. Memorandum NGO-NGO Islam Malaysia merayu campur tangan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu untuk menitahkan agar pemimpin-pemimpin politik mengutamakan nyawa rakyat ketika menghadapi pandemik Covid19 yang semakin membimbangkan.
2. Patik sekalian mewakili Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) dan 175 NGO Islam Malaysia menjunjung kasih kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu agar dapatlah meneliti akan rayuan patik sekalian ini supaya Duli-Duli Yang Maha Mulia campur tangan untuk menghentikan percakaran antara para pemimpin parti-parti politik di negara ini dan meminta semua pemimpin yang berkenaan itu supaya memberi keutamaan kepada nyawa rakyat bukannya pada percaturan kuasa.
3. Kebimbangan patik sekalian, jika sekiranya kerajaan yang ada ini terbubar, maka tiada mana-mana pihak yang memperolehi majoriti untuk membentuk kerajaan. Sekiranya keadaan ini berlaku ia sudah pasti akan menjejaskan dan meletakkan negara dalam keadaan yang amat tidak stabil. Ini akan menjejaskan usaha dan fokus kerajaan menagani Covid 19.
4. Menyambut titah nasihat daripada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Johor dan Pemangku Raja Pahang yang menitahkan agar pemimpin berhenti daripada perebutan kuasa dan mengutamakan kemaslahatan rakyat dan perpaduan ummah.
5. Kerisauan dan kekecewaan yang dizahirkan oleh baginda Raja Raja Melayu berkaitan dengan krisis politik yang tidak berkesudahan ini perlu ditangani oleh semua pihak.
(Ucapan Sultan Selangor, Johor dan Pahang)
6. Patik sekalian amat sedih dan gusar kerana kebelakangan ini pemimpin-pemimpin politik terus-menerus sibuk berebut kuasa dalam keadaan di mana negara sedang bergelut dengan kes-kes positif Covid-19 yang meningkat sehingga lebih daripada 20,000 kes sehari dengan kes kematian juga sentiasa berada dalam lingkungan tiga angka.
7. Seharusnya pada masa sekarang ini semua pihak berganding bahu dan berkongsi ikhtiar bagi memastikan Covid-19 dapat dibentuk, program imuniti berkelompok dapat dicapai dan ekonomi negara dapat digerakkan semula. Jika semua itu dapat dilakukan secara bersama dan penuh istiqamah patik sekelian percaya negara ini akan kembali pulih seperti sediakala dalam tempoh yang sepatutnya.
8. Malangnya pemimpin-pemimpin politik lebih mengutamakan ego masing-masing yang berteraskan semata-mata kepada kepentingan kepartian dan kelompok bukannya kesejahteraan rakyat terbanyak. Mereka tidak menggunakan Parlimen sebagai tempat untuk mencari kata sepakat bagi memerangi musuh bersama, sebaliknya merosakkan demokrasi dengan cara menyalahgunakannya bagi kepentingan sendiri.
9. Patik sekalian berpendapat isu pertukaran Perdana Menteri dan anggota Jemaah Menteri, atau pertukaran kerajaan bukanlah perkara yang sesuai dilakukan pada masa ini kerana ia hanya akan menambahkan lagi kecelaruan sedia ada. 32 juta rakyat Malaysia tidak patut dipertaruhkan nyawanya hanya kerana memuaskan nafsu segelintir ahli politik yang tamakkan kuasa.
10. Tidak ada jaminan bahawa pertukaran Perdana Menteri atau kerajaan pada sekarang akan dapat mempercepatkan langkah membasmi Covid-19 dan memulihkan ekonomi negara. Apa yang pacal patik sekelian khuatiri ialah ia akan menyebabkan keadaan menjadi lebih teruk dan nasib rakyat akan menjadi lebih buruk.
Atas sebab-sebab di atas maka patik sekalian memohon agar Duli-Duli Yang Maha Mulia Tuanku dapat menamatkan pertelingkahan yang merugikan agama, bangsa dan negara ini.

Gerakan Pembela Ummah (UMMAH).
‘PERTAHAN KEDAULATAN ISLAM’
13 Ogos 2021

Kenyataan bersama ini disokong oleh 175 Gabungan NGO-NGO Islam dibawah:
1. Konfederasi NGO Kelantan (KNK)
2. Sekretariat Kongres Rakyat 2.0
3. Pertubuhan Cakna Insan Muslimah Taiping
4. Yayasan Amal Malaysia
5. Muktamar Dakwah Malaysia
6. Pertubuhan Kemajuan Ekonomi Rakyat Terengganu Darul Iman (Pekerti)
7. Persatuan Kebajikan Khadijah Malaysia (KHADIMAH CARE)
8. Jaringan Muafakat Intelektual Negeri Kelantan (JAMIN)
9. Pertubuhan Prihatin Sumaiyyah Kuala-Lumpur (SUMAIYYAH CARE)
10. Pertubuhan Ilmuan Dan Profesional Intelek Malaysia (PROTEAM)
11. Pertubuhan Madinah Prihatin
12. Persatuan Pegawai Kontrak Perkhidmatan Negeri Kelantan (PKPN)
13. Pertubuhan Kebajikan Amal Nur Mastika
14. Pertubuhan Kebajikan OKU dan Asnaf Wangsa Maju
15. Pertubuhan Kebajikan Wanita Muslimah (PEKANITA)
16. Persatuan Sukarelawan Wanita Islam Sarawak (PERWANIS)
17. Sahabat Perihatin dan Kebajikan Komuniti Gerik (Sahabat Gerik)
18. Pertubuhan Khidmat Sabah
19. Pertubuhan Lepasan Undang-Undang & Hak Asasi Manusia Kelantan (LUHAM Kelantan)
20. Persatuan Bekas Pelajar Maahad Muhammadi Kota Bharu (AMM)
21. Pertubuhan Prihatin Rakyat, Kinta, Perak (PRIHATIN RAKYAT)
22. Kelab Anak Muda Sejahtera (KAMS BERA)
23. Pertubuhan Wangsa Hijau Lestari
24. Pertubuhan Kebajikan Muafakat Sejahtera Kinta Perak
25. Persatuan Halaqat Muqarrabin Bota Kiri Perak Tengah Perak
26. Pertubuhan Amal Wanita Daerah Pokok Sena.
27. Pertubuhan Kebajikan Muslim Putra Mahkota
28. Pertubuhan Sukarelawan Pendidikan Komuniti Malaysia (AKADEMI KAWAN)
29. Pertubuhan Kebajikan Hulu Langat Sejahtera
30. Pertubuhan Kebajikan dan Kemasyarakatan Pasir Gudang (PG CARE)
31. Persatuan Siswazah Serdang Prihatin (PERSIP)
32. Persatuan Belia Prihatin (PBP)
33. Pertubuhan Ikatan Wanita Prihatin (PIWP)
34. Petubuhan Wanita Cakna Sejahtera (WAJAH)
35. Persatuan Sukarelawan Ummah Bangi (PSUB)
36. Kelab kebajikan dan Sosial iCare Puncak Alam
37. Kelab Kebajikan Anak Tebrau (KKAT)
38. Pertubuhan Sri Gading Sejahtera
39. Persatuan Progresif Perikemanusiaan Selangor
40. Pertubuhan Cinta Pertiwi
41. Pertubuhan Kebajikan dan Kemasyarakatan Pagoh Prihatin
42. Persatuan OKU berdaya hulu Langat
43. Persatuan Prihatin Wanita Subang (PRIWANIS)
44. Kelab Penggiat Media Sosial Wanita Inspirasi Terengganu (MASWIN)
45. Pertubuhan Kinrara Prihatin
46. Pertubuhan Kebajikan Sahabat Prihatin Tanjung Piai
47. Pertubuhan Pagoh Prihatin Johor
48. Persatuan Kebajikan Wanita Subang (BALQISH)
49. Pertubuhan Kebajikan Islam Pagoh
50. Kumpulan Wanita Islam Kapar (KWIK)
51. Pertubuhan Lestari Alam Selangor (Alam Selangor)
52. Kelab Belia Sejahtera Islam (BAHTERA)
53. Pertubuhan Kebajikan Dan bakti Ledang
54. Pertubuhan Perubatan Ibnu Sina (PAPISMA)
55. Untukmu Sandakan
56. Kulai Prihatin
57. Pertubuhan Muslim Braders Kerian
58. Kelab Titian Rohani Pasir Mas (Ketitir)
59. Pertubuhan Intelektual & Graduan Kelantan (i-Grad)
60. Misi Kembara Dakwah
61. Persatuan Wanita Sejahtera Kelantan
62. Pertubuhan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM)
63. Pertubuhan Generasi Sejahtera Kelantan (Gentera)
64. Kelab Kebajikan Kota Bharu (KKKB)
65. Kelab Rekreasi Kota Bharu (KRKB)
66. Pertubuhan Dhuafa Sejahtera
67. Sandakan Prihatin
68. Pertubuhan Warga Cakna (CAKNA)
69. Kelab Kepimpinan Kelantan
70. Pertubuhan Kebajikan AlFateh Kelantan
71. Kelab Sahabat Cakno
72. Pertubuhan Kebajikan Generasi Madani Sejahtera (GM-Sejahtera)
73. Pertubuhan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM) Cawangan Pahang
74. Pertubuhan Kebajikan Istiqamah Pahang
75. Majlis Pengetua SMU(A) Bantuan Kerajaan Kelantan
76. Awang Daud Martial Arts Academy (ADMAA)
77. Pertubuhan Khadijah Prihatin Taiping Perak
78. Pertubuhan Kebajikan Wanita Erat Perak (ERAT)
79. Pertubuhan Pertubuhan Kebajikan Muwafakat Wilayah Persekutuan
80. Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Al Ansari (Melaka)
81. Pertubuhan Hijrah Insan (Melaka)
82. Profesional Diploma Relawan Muslim (Melaka)
83. Angkatan Wanita Istiqomah (Melaka)
84. Generasi Melaka (Melaka)
85. Rakan Pemotoran Melaka (Melaka)
86. Pertubuhan Pembela Ummah Perak
87. Pertubuhan Cinta khazanah Alam Perak
88. Majlis Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia (MAPPIM) bersama 10 Gabungan Bersekutu
89. Pertubuhan Rakan Segambut
90. Persatuan Inspirasi Generasi Nurani-ISGEN
91. Persatuan Kebajikan Penyayang Bangi (PKPB)
92. Persatuan Kebajikan Assakinah (ASSAKINAH)
93. Persatuan Pendidikan Bushra (BUSHRA)
94. Gabungan Mahasiswa Islam se-Malaysia (GAMIS)
95. Majlis Belia Islam Malaysia (MIM)
96. Muslim care
97. My Hawa
98. Pertubuhan Kebajikan Maju Sejahtera (PKMS)
99. Pertubuhan Pendidikan Ar Rahman (Terengganu)
100. Kelab SBushra Profesional (KSPRO)
101. Pertubuhan Kasih Umi Gombak (UMICare)
102. Persatuan Surirumah Dan Wanita DUN Tepoh (SURINITA)
103. Pertubuhan Kebajikan Muslimat Selangor (PKMS)
104. GENERASI
105. Abrar Care Malaysia (ACM)
106. Cakna Rakyat Malaysia (CRM)
107. Pertubuhan Insan Ihsan Batu Gajah
108. Pertubuhan Sakeenah Perak
109. Pertubuhan Kebajikan Ihtimam (Ihtimam Prihatin ) Cg
110. Pertubuhan Pendokong Dan Pencinta Ulama (GENG USTAZ)
111. Sabah Relief
112. Pertubuhan Kebajikan Cakne Rakyat Bentong, Pahang.
113. Pertubuhan kebajikan khadijah Bentong, Pahang
114. Pertubuhan Ilmuan Bachok
115. Pertubuhan Prihatin As-Syarqawi Kelantan (PRESTASI)
116. Persatuan Kebajikan Wanita Selangor (Bakewanis)
117. Persatuan Kebajikan An Nafi’ (PEKA)
118. Fitrah I Care
119. Pertubuhan Kebajikan Wanita Melaka Sejahtera
120. Pertubuhan Wanita Islam Milenia (PERWIM)
121. Persatuan Ulamak Malaysia Cawangan Kelantan
122. Pertubuhan Prihatin Johor Bahru, Johor (JB Prihatin)
123. persatuan semarak prihatin masyarakat Perak (SEMARAK)
124. Persatuan Anak Kelantan Perantauan Malaysia Cawangan Kota Kinabalu (PERAKAN MALAYSIA)
125. Persatuan Sukarelawan Tun Teja Melaka (Tun Teja)
126. Gerakan Pembela Ummah Kedah
127. Gerakan Pembela Ummah Pulau Pinang
128. Gerakan Pembela Ummah Kelantan
129. Gerakan Pembela Ummah Terengganu
130. Gerakan Pembela Ummah Pahang
131. Gerakan Pembela Ummah Johor
132. Gerakan Pembela Ummah Melaka
133. Gerakan Pembela Ummah Negeri Sembilan
134. Gerakan Pembela Ummah Wilayah Persekutuan
135. Gerakan Pembela Ummah Selangor
136. Pertubuhan Hal Ehwal Sekolah Agama Negeri Kedah (HESA)
137. Majlis Permuafakatan Pendidikan Islam Selangor (MAPPIS)
138. Yayasan Pendidikan Islam Selangor (YAPIS)
139. Majlis Permuafakatan Pendidikan Islam Johor (MAPPIJ)
140. Pertubuhan Wanita Prihatin Teluk Intan (PERWATIN)
141. Pertubuhan sejahtera ummah
142. Majlis Kebajikan Pendidikan Islam Pulau Pinang (MAKESA)
143. Pertubuhan Pendididkan Islam Terengganu (ROBITAH)
144. Majlis Taalim Pendidikan Pahang (MANTAP)
145. Persatuan Prihatin Pandan
146. Kelab Wadah Bubuhan Banjar Wahinik
147. Pertubuhan Halaqah Baiti Jannati
148. Pertubuhan Kebajikan Qamar
149. Kelab Suara Prihatin Pengkalan Chepa.
150. Pertubuhan Kebajikan Batu Sapi Prihatin
151. pertubuhan Amilin Bagan Datuk
152. Pertubuhan Kebajikan Seri Endah Perak
153. Pertubuhan Kebajikan Suri Prihatin
154. Pertubuhan Wanita Bestari Kelantan
155. Pertubuhan Kasih Tuaran (Tuaran Care)
156. Pertubuhan Kebajikan Langkawi
157. Pertubuhan Gerakan Wanita Dinamik Putrajaya (Wanita Dinamik)
158. Kelab kebajikan wanita masih ada yang sayang terengganu (kemayang)
159. pertubuhan advokasi dan hak asasi wanita antarabangsa malaysia (I-AWARE)
160. kelab inspirasi muslimah cakna antarabangsa malaysia (INSPIRE)
161. Warga Prihatin Selangor (PRIHATIN)
162. Pertubuhan Cahaya Perihatin
163. Pertubuhan Cahaya Sejahtera Selangor
164. Persatuan Warga Melaka Di Perantuan Malaysia (PERAWAN)
165. Kelab AMAL Al Itqan Kemaman Terengganu (DAMAI)
166. Pertubuhan Kebajikan Suri Bakri
167. Persatuan Kanak-Kanak Istimewa Bangi
168. Ultimate Modern Moms Initiatives (UMMI)
169. Persatuan Cakna Kuala Terengganu (KT CARE)
170. Muslim Care Global (MCG)
171. Persatuan Kebajikan Amal Bangi
172. Pertubuhan Cahaya Perihatin (Cahaya Care)
173. Pertubuhan Cahaya Sejahtera Selangor (PCSS)
174. Pertubuhan Pendidikan Islam Sabah (PISA)
175. Pertubuhan Tunas Insan Sarawak (PUITIS)









............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

PEMBELA sahut pengisytiharan darurat penuh taat

1. KAMI daripada Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Wanita Islam atau Wanita PEMBELA amat bersetuju dan menyokong penuh perisytiharan darurat bawah Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dengan memperkenan tempoh pelaksanaan sehingga 1 Ogos 2021 atau sehingga suatu tarikh yang lebih awal, jika angka kes pandemik COVID-19 lebih positif dalam usaha mengekang penularannya daripada merebak luas dan merbahayakan nyawa rakyat Malaysia.

2. Kami juga dari Wanita PEMBELA menyeru rakyat terutamanya kaum wanita agar jangan mudah terpedaya dengan dakyah daripada pihak yang tidak bertanggungjawab, yang bertujuan mahu menghuru-harakan keadaan negara.

Kita kaum wanita harus terus tenang dan fahami bahawa Pengisytiharan Proklamasi Darurat ini adalah sah berdasarkan kepada Fasal (1) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.


3. Ia bukan darurat ketenteraan seperti yang digembar-gemburkan seolah-olah seperti peristiwa 13 Mei 1969 yang mana angkatan bersenjata turun dan mengawal keadaan.

Sebaliknya, ia adalah darurat bagi memudahkan pihak kerajaan membasmi penularan wabak COVID-19 tanpa gangguan dari pihak politikus, yang mementingkan agenda politik mereka, yang bukan meletakkan keutamaan bagi menjaga kesihatan rakyat dan keselamatan negara.

4. Wanita PEMBELA berasa yakin bahawa perisytiharan darurat ini selain bertujuan untuk menangani pandemik COVID-19, ia juga bertujuan untuk kelancaran kerajaan menjana semula kepesatan ekonomi negara, dan ini terbukti apabila pagi ini catatan bursa saham menunjukkan peningkatan pelaburan.

5. Tidak ada kerahan atau arahan supaya sektor perniagaan runcit dan yang lainnya dipaksa tutup, malah jentera kerajaan dan juga beberapa sektor ekonomi seperti pasaraya, perkilangan dan seumpamanya masih berjalan seperti biasa.

Ianya sebagai langkah kepada usaha untuk memberi fokus sepenuhnya kepada pemulihan ekonomi, yang bukan hanya tertumpu pada kesihatan rakyat tetapi juga memberi kepercayaan kepada pelabur bahawa kerajaan menguasai negara sepenuhnya.

6. Yakinlah dan akurlah dengan hemat perkenan Yang Di Pertuan Agong setelah baginda Tuanku memperhalusi penjelasan YAB Perdana Menteri beserta sembah taklimat daripada Ketua Setiausaha Negara, Peguam Negara, Panglima Angkatan Tentera, Ketua Polis Negara, Ketua Pengarah Kesihatan, dan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, maka Tuanku Al-Sultan Abdullah berpandangan bahawa penularan wabak COVID-19 di negara ini berada di tahap yang amat kritikal dan keperluan kepada Pengisytiharan Proklamasi Darurat berdasarkan Fasal (1) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan dalam mengemudi negara kita.

7. Semua ahli politik, NGO atau Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (PIBK), dan jentera kerajaan diseru untuk bersama-sama turun membantu rakyat yang kesusahan dalam mengharungi saat yang sangat genting ini.

Negara bukan hanya berdepan dengan COVID-19 tetapi juga bencana banjir besar yang melanda sebahagian negeri-negeri di Pantai Timur terutamanya negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan tidak terkecuali negeri Johor.

Banjir besar ini telah mengakibatkan ramai rakyat sengsara apabila kebanyakan rumah ditenggelami air.

8. Justeru, sebagai penutup kalam, kami dari Wanita PEMBELA mengajak rakyat seluruhnya khusunya kaum wanita agar kita sama-sama bermuhasabah memperbaiki diri dan berdoa agar kesengsaraan rakyat yang menimpa ke atas negara yang kita kasihi hari ini, dapat dipulihkan dengan seberapa segera daripada bencana besar ini.

Semoga kita semua terselamat melepasi dugaan besar daripada Allah SWT ke atas kita hamba-hamba-Nya yang lemah lagi daif yang mengharapkan pertolongan daripada-Nya. Amin, InsyaAllah.

Daulat Tuanku

Hajah Asral Widad
Pengasas dan Pengerusi PACU
Timbalan Ketua Wanita PEMBELA

Beri ruang salah guna kalimah Allah, kelirukan umat Islam

BANGI – Keputusan Mahkamah Tinggi berhubung penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan pendidikan agama Kristian bercanggah dengan keputusan ‘precedent’ Mahkamah Persekutuan sebelum ini.

Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Haji Aminuddin Yahaya berkata, keputusan itu akan memberi ruang kepada penyalahgunaan kalimah Allah yang suci dan perkara berkaitan untuk dihina.

Malah, katanya, ia juga akan menimbulkan kekeliruan di kalangan umat Islam dan bukan Islam, di mana pintu murtad atau pemikiran pluralisme akan terbuka luas.

“Keputusan ini menyebabkan umat Islam hilang keyakinan kepada Majlis-Majlis Agama Islam yang dilihat lesu dalam menjaga kesucian Islam.

“Kenapa institusi ini kelihatan seolah-olah tidak bertenaga dalam menangani isu-isu seperti ini,” katanya kesal.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam satu sidang media khas PEMBELA hari ini.

Semalam, Mahkamah Tinggi memutuskan penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah Allah dan tiga perkataan lain, dalam penerbitan agama itu, untuk pendidikan dalam komuniti mereka.

Selain kalimah Allah, penggunaan perkataan iaitu solat, Kaabah dan Baitullah juga dibenarkan kepada orang Kristian.

Atas faktor bimbang, rata-rata umat Islam negara ini meluahkan rasa kesal dan kecewa dengan keputusan berkenaan.

Mengulas lanjut, Aminuddin berkata, pihaknya menyelar mana-mana pihak yang dilihat bersungguh-sungguh untuk menggunakan kalimah Allah, yang jelas tidak sensitif dan sengaja mahu menimbulkan perselisihan di kalangan penganut agama.

Lebih teruk, katanya, ada pemimpin DAP yang melahirkan rasa syukur dengan keputusan mahkamah semalam.

“PEMBELA berpendirian tegas menghalang cubaan mana-mana pihak yang menyalah guna kalimah suci Allah sesuai dengan sumpah YDPA (Yang di-Pertuan Agong) untuk menjaga kesucian agama Islam serta sejajar dengan perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan; kawalan pengembangan doktrin, selain Islam kepada orang Islam.

“Mana-mana usaha untuk mengelirukan umat Islam di negara ini harus diambil tindakan yang sewajarnya oleh pihak berkuasa.

“PEMBELA berpandangan takrifan kalimah Allah selain dari maksud seperti terkandung dalam surah al-Ikhlas boleh mengundang kepada mencemar kesucian kalimah Allah dan tertakluk pada perkara 11 (5) Perlembagaan Persekutuan: halangan kepada pertentangan undang-undang am berhubung ketenteraman awam,” jelasnya.

Pada masa sama, Aminuddin mempersoalkan pihak berkaitan mengenai jaminan sekiranya kalimah Allah tidak disalahguna sepertimana yang dibenarkan oleh penghakiman mahkamah untuk hal dalaman dan pendidikan penganut Kristian.

Selain itu, pihaknya turut mempersoalkan pihak berkaitan mengenai alasan larangan penggunaan istilah-istlah tertentu yang tersenarai di peringkat negeri yang tidak diambikira.

“Kegagalan menghormati hal ini akan mengakibatkan percanggahan keputusan perundangan dan bidang kuasa.

“PEMBELA juga ingin mengingatkan keputusan ‘precedent’ sebelum ini sudah mengambilkira kemajmukan masyarakat di Negara ini serta kedudukan Islam yang utuh didalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Pelancaran Konvensyen Kebangkitan Ummah




KUALA LUMPUR: Gerakan Pembela Ummah(UMMAH) mengumumkan Konvensyen Kebangkitan Ummah yang dijadualkan berlangsung 13 Januari 2018 ini akan diadakan di Kuala Lumpur.

KENYATAAN MEDIA
GERAKAN PEMBELA UMMAH
(UMMAH)

Assalamu'alaikum W.B.T dan Salam Sejahtera

Pengenalan UMMAH

Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) adalah merupakan satu platform yang mana NGO-NGO dan NGI mempunyai visi bersama iaitu Memperkasa Kedaulatan Islam di Negara Malaysia.

Objektif UMMAH
  1. Menyatupadukan umat Islam merentasi politik kepartian demi kesejahteraan Negara Malaysia.
  2. Mengukuhkan kedaulatan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan seperti perkara 3(1), 11(4), 12(2), 37 dan lain-lain yang berkaitan dengan kepentingan Islam.
  3. Mengekalkan dominasi dan kekuatan umat Islam di dalam politik negara Malaysia.
  4.  Memastikan pemerintah menerap nilai-nilai Islam.
  5.  Memperjuang pemerkasaan institusi-institusi Islam.

Tujuan Sidang Media UMMAH

1. Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) akan mengadakan satu konvensyen yang diberi nama Konvensyen Kebangkitan Ummah (KKU). Konvensyen ini akan berlangsung pada 13 Januari 2018 (Sabtu) di sekitar Kuala Lumpur.

2. Konvensyen Kebangkitan Ummah (KKU) merupakan inisiatif kami untuk membincangkan bidang-bidang yang menjadi kepentingan umat Islam ke arah mencapai objektif Ummah.


3. UMMAH meletakkan dua objektif utama melalui konvensyen ini iaitu:

     I.         Meningkatkan keinsafan dan kesedaran kepada peserta berkenaan kepentingan perpaduan dikalangan umat Islam demi kestabilan Negara selaras dengan kehendak Maqasid Syarak.
   II.         Menggariskan beberapa tuntutan kepada semua pihak yang berkepentingan, demi menjamin keabsahan agama Islam dan bangsa Melayu.

4. Konvensyen Kebangkitan Ummah (KKU) merupakan program yang mengemukakan pembentangan mengikut bidang-bidang kepentingan umat Islam. Peserta konvensyen mempunyai ruang untuk memberikan pandangan yang akan menjadi input kepada tindakan susulan UMMAH.

5. Justeru, UMMAH mensasarkan kehadiran seramai 1,500 orang terdiri daripada pelbagai NGO-NGO Islam, tokoh-tokoh Agama, para ilmuan dan alim ulamak serta individu-individu yang prihatin terhadap Islam dari seluruh Negara.


USTAZ ISMAIL MINA AHMAD
Pengerusi
Gerakan Pembela Ummah (UMMAH)

HJ AMINUDDIN YAHAYA
Ketua Sekretariat
Gerakan Pembela Ummah (UMMAH)

24 Rabi'ul Awwal 1439
13 Disember 2017

Taman Melawati, Kuala Lumpur












© all rights reserved
made with by templateszoo