NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tabung pertahan rider kalimah Allah: Respons PEMBELA terhadap kenyataan ketua polis daerah Petaling Jaya



š—§š—”š—•š—Øš—”š—š š—£š—˜š—„š—§š—”š—›š—”š—” š—„š—œš——š—˜š—„ š—žš—”š—Ÿš—œš— š—”š—› š—”š—Ÿš—Ÿš—”š—›: š—„š—˜š—¦š—£š—¢š—”š—¦ š—£š—˜š— š—•š—˜š—Ÿš—” š—§š—˜š—„š—›š—”š——š—”š—£ š—žš—˜š—”š—¬š—”š—§š—”š—”š—” š—žš—˜š—§š—Øš—” š—£š—¢š—Ÿš—œš—¦ š——š—”š—˜š—„š—”š—› š—£š—˜š—§š—”š—Ÿš—œš—”š—š š—š—”š—¬š—”

1. Pertamanya PEMBELA mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang telah menyumbang kepada tabung kilat yang diwujudkan bagi membantu lima orang rider yang telah direman oleh pihak polis dan mereka disiasat di bawah seksyen 147 Kanun Keseksaan.

2. Reman ini adalah berhubung dengan kes seorang warganegara yang telah menghina nama Allah di dalam pesanan makanan yang dibuat dan kemudiannya ditegur oleh seorang rider.

3. Perkara ini kemudian telah dilaporkan kepada pihak polis dan 5 orang rider yang hadir ke IPD Petaling jaya telah terus direman oleh pihak polis bagi menjalankan siasatan.

4. Kelima-lima rider ini kemudiannya telah dihadapkan ke mahkamah untuk mendapat perintah reman di mana pihak polis memohon reman selama 4 hari tetapi pihak peguam telah berjaya mengurangkan masa reman dari 4 hari kepada 2 hari. Semasa sebelum prosiding reman salah seorang dari yang direman memaklumkan kepada peguam bahawa jika dituduh mereka tidak mempunyai kemampuan untuk menyediakan wang jaminan.

5. PEMBELA telah dihubungi oleh pihak Persatuan Penghantar P-Hailing Malaysia (PENGHANTAR) untuk membantu ahlinya. Oleh kerana itu, kami berasa terpanggil untuk membantu melepaskan rider ini yang mana dijangka memerlukan wang jaminan sekitar RM3,000-RM4,000 seorang jika dituduh di mahkamah kelak. Ini merupakan anggaran berdasarkan prosedur biasa, menurut peguam.

6. Atas persetujuan bersama, PEMBELA telah mengambil initiatif untuk menyalurkan kutipan tersebut bagi membiaya:-

a. Wang ikat jamin (jika dituduh di mahkamah kelak dan memerlukan bayaran wang ikat jamin).

b. Kos kerugian hilang pendapatan oleh rider.

c. Bantuan kepada persatuan rider.

d. Kebajikan keluarga rider yang terlibat.

7. Pihak kami akan bekerjasama dengan pihak Persatuan Penghantar P-Hailing Malaysia (PENGHANTAR) untuk tujuan seperti yang disebutkan di atas.

8. Peguam-Peguam yang dilantik oleh PEMBELA semalam iaitu Datuk Haji Zainul Rijal bin Abu Bakar dan En Mohd Tajuddin Abdul Razak telah menyatakan dengan jelas kepada PEMBELA bahawa mereka menjalankan khidmat ini secara pro bono dan tidak akan mengambil sebarang yuran perkhidmatan ataupun perbelanjaan dari mana-mana pihak.

9. PEMBELA dimaklumkan rider tersebut dijangka dilepaskan dari tahanan reman hari ini dan pihak kami telah berhubung dengan wakil rider bagi menguruskan bantuan tersebut hasil dari kutipan yang dibuat.

10. PEMBELA akan memberi kerjasama penuh kepada pihak PDRM sekiranya ingin menyiasat perkara ini memandangkan PEMBELA tidak mempunyai apa-apa perkara yang ingin disembunyikan.

11. Pihak PEMBELA akan bersikap telus dengan semua pihak termasuk pihak polis yang telah mengeluarkan kenyataan akhbar untuk menjalankan siasatan. PEMBELA juga akan memaklumkan kepada rakyat akan perkembangan bantuan ini dari masa ke masa bagi menjamin ketelusan dan integriti kami.

Sekian.

Hj. Aminuddin Yahaya
Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA)

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo