NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Isu Kalimah Allah: PEMBELA himpunkan NGO-NGO Islam Ahad ini


KUALA LUMPUR – Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) hari ini mengumumkan akan mengadakan satu himpunan NGO-NGO Islam Ahad ini.

Pengerusi PEMBELA, Tn Hj Aminuddin Yahya, mengumumkan perkara tersebut hari ini di dalam sidang media PEMBELA berikutan keputusan kes Mahkamah Tinggi yang membenarkan penggunaan kalimah Allah di kalangan penganut bukan Islam.

PEMBELA merakamkan kegusaran di atas perkembangan terkini keputusan-keputusan Mahkamah yang berkait dengan isu umat Islam.

Menurut Tn Hj Aminuddin, banyak pihak telah menyampaikan rasa gusar dan kecewa mereka dengan perkembangan terkini ini kepada PEMBELA.

Justeru itu, PEMBELA akan mengadakan satu perjumpaan tergempar NGO Islam pada hari Ahad ini untuk memastikan semua bentuk cabaran yang cuba menghakis kedaulatan Islam dapat diuruskan dan ditangani mengikut lunas undang-undang yang dibenarkan.

https://pembela.com.my/isu-kalimah-allah-pembela-himpunkan-ngo-ngo-islam-ahad-ini/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo