NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......
Showing posts with label RESPON. Show all posts
Showing posts with label RESPON. Show all posts

Mengapa prestasi sukan Kenya baik walaupun politik tidak stabil? soal PN


Perikatan Nasional (PN) hari ini menyanggah alasan diberikan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh selepas kontinjen negara menunjukkan prestasi buruk dalam Sukan SEA baru-baru ini, mengatakan masih terdapat negara-negara yang tidak stabil politik tetapi berjaya dalam sukan.

Ahli Parlimen Pasir Mas Ahmad Fadhli Shaari dari PN mempersoalkan mengapa negara seperti Kenya, Cuba, dan Serbia yang mempunyai situasi politik lebih teruk berbanding Malaysia mampu meraih prestasi lebih baik dalam sukan.

“Saya merujuk kepada kenyataan menteri apabila menyebut bahawa ketidakstabilan antara punca kepada pencapaian Sukan SEA, saya rasa ramai yang kurang faham  dengan kenyataan ini.

“Kerana kalau kita melihat dengan menyebut beberapa negara, Kenya, Cuba, Serbia, politik mereka tidaklah stabil daripada kita, tetapi dari segi sukan mereka agak perform,” soal Fadhli yang juga merupakan ketua Pemuda PN.

Terdahulu Yeoh mempertahankan kenyataan yang dibuat sebelum ini bahawa ketidakstabilan politik Malaysia menjejaskan prestasi atlet negara pada Sukan SEA di Kemboja baru-baru ini.

Bercakap pada sesi Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini, Yeoh bagaimanapun menegaskan situasi itu hanya salah satu faktor dan bukan segala punca yang menyumbang kepada prestasi suram itu.

Fadhli mencelah dengan mengatakan terdapat negara yang terlibat dengan perang tetapi masih berprestasi baik dalam sukan.

“Palestin yang negara berperang apabila pasukan bola sepak mereka ranking lebih tinggi daripada Malaysia. 

“Jadi soalannya, kalau menteri menyebut ketidakstabilan politik itu menyebabkan pencapaian dalam sukan itu terjejas, apakah yang dilakukan oleh menteri pada masa hadapan bagi memastikan bahawa apa jua yang berlaku dalam politik tidak menjejaskan sukan, kerana sukan ini milik semua,” soalnya.

Bagaimanapun, Yeoh yang juga ahli Parlimen Segambut berkata, negara yang disebut itu tidak bertanding di Sukan SEA.

"Dalam empat tahun lepas, kita telah bertukar tiga perdana menteri dan tiga menteri belia dan sukan.  

“Jadi ada pertukaran ahli lembaga, bajet dan juga fokus," katanya ketika menjawab soalan tambahan daripada Fadhli.

"Sejak Mei 2013, menteri ketika itu ialah KJ (Khairy Jamaluddin) ada 61 bulan untuk buat persiapan.

“Julai 2018 Syed Saddiq Abdul Rahman mempunyai hanya 20 bulan untuk buat persiapan sebelum Langkah Sheraton berlaku.

“Kemudian Reezal Merican (Naina Merican), 18 bulan manakala Peja (Ahmad Faizal Azumu) ada 16 bulan.

"Kita kena perakui, selepas Langkah Sheraton, semua usaha bantu ekonomi, pendidikan, semuanya terganggu kerana ketidakstabilan politik."

Pada masa sama, Yeoh turut menjelaskan bahawa Malaysia yang hanya mengambil bahagian 41% daripada keseluruhan acara yang dipertandingkan, berjaya mencapai sasaran membawa pulang 141 pingat secara keseluruhan.

Katanya, atlet negara membawa pulang 175 pingat secara keseluruhan, namun hanya gagal meraih sasaran 40 pingat emas apabila kekurangan 6 pingat itu.

"Temasya kali ini, Kemboja telah mengambil keputusan untuk tidak mempertandingkan beberapa acara yang dijangka memberi 18 pingat emas kepada Malaysia dan memperkenalkan sukan tradisi yang menyumbang 91 pingat emas kepada negara itu.

"Tuan rumah juga senaraikan atlet import dan ubah beberapa peraturan mengenai peringkat umur dan telah sempitkan peluang Malaysia capai sasaran pingat," tambah Yeoh.


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

Siapa penyakau yang mundurkan tiga negeri Melayu?


VETERAN
DAP, Lim Kit Siang sebagaimana biasa dan seperti kebanyakan pimpinan lain parti itu, sentiasa menjadikan PAS dan negeri-negeri diterajui Parti Islam ini sebagai sasaran.

Tidak cukup dengan sindiran dan perlekehkan yang meremehkan serta merendah-rendahkan, adakalanya diserang secara semberono dengan perspektif berat sebelah, keliru dan songsang.

Minggu lalu, Kit Siang kembali panas dan koyak apabila agenda Penyatuan Ummah disambut Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang melalui Proklamasi Orang Melayu diusahakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau bertambah melenting apabila Tuan Guru masih mengulangi kenyataan bahawa kalangan bukan-Islam dan bukan-Melayu paling besar dan banyak penyakaunya, serta paling ramai kaya-raya penyumbang dan penerima rasuah.

Walhal, Presiden PAS itu sudahpun melalui proses siasatan oleh pihak Polis, malah kenyataan tersebut terbukti dengan data dari jurnal penyelidikan universiti yang tular setelah itu.

Lalu dengan bebalnya, Kit Siang menempelak Kelantan, Terengganu, dan Kedah sebagai tiga negeri dengan kadar pembangunan paling perlahan di Malaysia dalam tiga dekad yang lepas sejak 1991.

“Adakah perkara ini terjadi kerana negeri-negeri ini ditipu oleh perompak yang ‘memberi dan menerima rasuah’?” soal beliau dengan mengemukakan bahawa negeri-negeri tersebut berada pada KDNK tercorot setakat tahun 2020.

Tidak pasti Kit Siang yang telahpun mengumumkan persaraannya buat-buat lupa atau mabuk bahawa sebahagian besar masa lalu negeri-negeri tersebut khususnya Terengganu dan Kedah berada di bawah pentadbiran Umno-BN.

Umno-BN yang pernah berkuasa lebih 60 tahun dan menjadi sasaran keras DAP selama itu untuk dijatuhkan, serta dilempar palit dengan pelbagai kenyataan celupar dan cabul seperti ‘perompak, penyamun dan kleptokrat’.

Tetapi kini menjadi rakan yang mewangi dan dipuji puja serta bersih suci kerana bersama menerajui kuasa Persekutuan dan di beberapa negeri dalam Kerajaan Perpaduan?

DAP sendiri hakikatnya memiliki jawapan untuk Terengganu dan Kedah itu mundur, melainkan sengaja buta pekak tuli setelah menemui ‘persamaan’ Umno-DAP dalam Kerajaan PH-BN ketika ini.

Uncle Lim,

‘Kelantan mundur’ itu telah diratib menjadi propaganda politik Umno-BN sejak sekian lama khususnya dari tahun 1990 apabila Angkatan Perpaduan Ummah (PAS-S46) berjaya menerajui negeri ini.

Anda juga mengetahuinya, bahkan sebelum itu pernah membela Kelantan kerana pengisytiharan Darurat yang dibuat ke atas negeri ini tahun 1977 merupakan satu campur tangan dan tekanan politik.

Malah, anda juga ketika DAP bersama PAS dalam GERAK, BA dan PR dahulu, sangat mengetahui bahawa negeri ini dipinggir dan diabaikan serta dianaktirikan pemerintah Umno-BN di Persekutuan.

Selain sebagai orang lama berada dalam Dewan Rakyat, anda pasti menyaksikan banyak perbahasan mengenai Kelantan dan pembangunan wilayah tidak seimbang menjadi punca semua momokan itu.

Sejak 1990 itu, bukan sahaja kelulusan-kelulusan projek pembangunan dan infrastruktur sepatutnya diadakan di negeri ini ditangguhkan, malah juga dibatalkan dan sudahnya mereka sendiri menjelik ‘Kelantan mundur’.

Lucu kan? Tapi kini, anda pula dengan bebas dan celupar mengejek dan mengeji negeri ini dengan ungkapan serupa pernah dimainkan Umno-BN untuk kami dipandang kolot, bodoh dan tidak tahu mentadbir?

Uncle Lim,

Anda sendiri pasti tahu bahawa Kelantan dan Terengganu adalah antara empat negeri selain Sarawak dan Sabah yang menjadi penyumbang besar pendapatan negara menerusi petroleum.

Tetapi sehingga ke hari ini, janji royalti pernah ditandatangani termasuk hasil berkaitannya tidak tertunai dengan baik hinggakan semua negeri tersebut masih mengemukakan tuntutan-tuntutan.

Untuk makluman, Kelantan sendiri hanya menerima kurang 2 peratus daripada jumlah sepatutnya diperolehi berdasarkan perjanjian, tetapi dihadapkan dengan pelbagai alasan oleh Kerajaan Persekutuan.

Ini belum termasuk hasil-hasil pertanian yang menjadi sumber penting makanan rakyat Malaysia datangnya dari lebihan sara diri (SSL) Kelantan dan Terengganu memenuhi keperluan di negeri lain.

Kedah pula selaku Jelapang Padi Malaysia terus menyumbang sebahagian besar beras yang menjadi ruji rakyat, termasuk membekalkan air mentah untuk Pulau Pinang dengan memelihara kelestarian aliran Sungai Muda.

Nah, inilah pemilikan dan ‘kuasa’ yang ada pada negeri anda katakan mundur itu, tetapi mereka tidak sombong untuk berkongsi dan berkorban dengan seluruh Persekutuan ini, demi kepentingan bersama.

Uncle Lim,

Ungkapan berbaur penghinaan anda hamburkan kepada negeri-negeri tersebut tidak meruntuhkan atau menyebabkan ke belakangnya semua kesungguhan yang sedang dibangunkan di bawah pentadbiran PAS ketika ini.

Biarkan anda terus seperti ‘katak di bawah tempurung’ yang buat-buat tidak tahu akan kebangkitan negeri kami, tetapi gagal melihat negeri diperintah sendiri umpama ‘kokok berderai-derai, ekor penuh tahi’.

Hakikatnya, di sebalik pemunduran yang dipaksakan ke atas negeri-negeri kami, negeri dikuasai dan negeri-negeri cuba dikuasai anda menerima kemajuan antaranya dari peranan para penyakau dan perasuah.

Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor ada mengupas serta mendedahkan percaturan muslihat tersebut yang disebutnya ‘grand designed’ mewujudkan ‘The Greater Klang Valley’ dan ‘The Greater Penang’.

‘The Greater Klang Valley’ melibatkan Wilayah Persekutuan, Selangor dan Negeri Sembilan untuk dijadikan pusat pertumbuhan yang akan membawa pelbagai limpahan di negeri-negeri tersebut.

Manakala ‘The Greater Penang’, semua prospek pembangunan dan rancangan masa depan serta kebijakan dibawa untuk menjadi pusat pertumbuhan yang akan membawa limpahan ke seluruh kawasan Utara.

Uncle Lim,

Akuilah, bahawa pertumbuhan ekonomi dan pencapaian KDNK Pulau Pinang yang diperintah DAP ketika ini adalah disumbangkan daripada negeri-negeri Utara lain khususnya Kedah.

Kerana segalanya terpaksa melalui lapangan terbang dan pelabuhan di Pulau Pinang; di mana adakah sebab itulah juga melalui Kerajaan Madani, usaha Kedah membangunkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) tidak diberikan pertimbangan?

Dengan dolak-dalih termasuk oleh Menteri Pengangkutan yang juga dari DAP, entah bagaimana pula nasib Pelabuhan Yan yang telahpun diisytiharkan sebagai Pelabuhan Persekutuan sebelum ini?

Sebagaimana perangai dengki, khianat dan sabotaj Umno-BN, tidak mustahil di bawah kuasa yang kamu ada akan cuba juga memundurkan perancangan dan usaha hebat telah diadakan itu.

Begitu juga jika Pulau Pinang yang maju dibandingkan dengan Kelantan kamu kata mundur itu di mana masing-masing menunjukkan indikasi pencapaian dan integriti pentadbiran. 

Berpandukan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2021 diterbitkan September 2022 yakni yang paling terkini, pendapatan Kelantan adalah sebanyak RM773.48 juta berbanding Pulau Pinang cuma RM692.24 juta.

Kelantan berbelanja RM725.87 juta, sekali gus memiliki lebihan (surplus) yang merupakan untuk tahun keenam berturut-turut, berbanding belanja Pulau Pinang RM836.48 juta iaitu mencatat defisit untuk beberapa tahun berturutan.

Menariknya, di sebalik penyata Kelantan lebih baik itu, kedengaran kecurigaan di pihak-pihak tertentu, adakah penyata Pulau Pinang itu wujud ‘muslihat’ berlakunya ‘smart accounting’?.

Di mana mungkin sebahagian hasil negeri atau keuntungan telah dimasukkan atau diagihkan melalui syarikat atau sub-kontraktor tertentu menjadi perolehan kaya-raya untuk mereka?

Uncle Lim,

Terserah kepada pihak berkuasa lebih berautoriti untuk menyiasatnya, namun syak dan keraguan tersebut antara boleh dijadikan jawapan ditanya anda mengenai kemunduran serta peranan dan siapa penyakau tersebut.

Sebagai ingatan untuk anda, Kelantan sudah lebih 30 tahun merekodkan pencapaian bersih pemerintahan Kerajaan Negeri sifar rasuah, Pulau Pinang pula bingit seketika dengan skandal rasuah ‘coklat’ terowong dasar laut dan banglo dari hanya baru beberapa penggal.

Bahkan laporan semasa menunjukkan rasuah dalam penjawat awam meningkat di Pulau Pinang dan Selangor, di mana bolehkah kita meneka, ia tidak akan berlaku di peringkat bawah jika di atas tidak melakukannya? 

Kami juga buktikan kesejahteraan hidup rakyat sebagaimana Indeks Kebahagian pernah dikeluarkan sebelum ini, sedangkan Pulau Pinang mengusir rakyatnya sendiri dengan menaikkan pembangunan super mewah.

Malah, kadar jenayah di Kelantan tidak seteruk rekod di Pulau Pinang, itupun terdapat banyak masalah moral melibatkan pelacuran, peminuman arak, pengambilan dadah dan lain-lain tidak direkodkan di pulau itu.

NAZMAN CHE IBERAHIM
Darulnaim Research Centre – HARAKAHDAILY 19/5/2023


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

MB Perlis kesal Rafizi berbohong pasal pertemuan dengan PM


BANGI, 25 Jamadilawal 1444H, Selasa
– Menteri Besar Perlis kesal dengan tindakan Menteri Ekonomi yang dilihat cuba mempolitikkan pertemuannya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam perbahasan di Parlimen.

Mohd Shukri Ramli berkata, Ahli Pandan, Mohd Rafizi Ramli sepatutnya tahu membezakan antara peranan dalam kerajaan dan parti.

Katanya, pertemuan berkenaan memberi gambaran seolah-olah Perlis yang kini dipimpin Perikatan nasional (PN) sedang meminta sedekah dengan kerajaan Persekutuan.

Walhal, kerajaan negeri hanya memenuhi jemputan rasmi daripada Perdana Menteri untuk mengadakan pertemuan dan ia adalah sesuatu yang cukup membanggakan.

Ini kerana Perlis menjadi negeri pertama dalam kalangan pembangkang yang dijemput untuk bertemu Perdana Menteri.

“Apabila saya melihat perbahasan dalam sidang Parlimen semalam, Yang Berhormat Rafizi ada menyebutkan hal berkenaan dalam perbahasan.

“Saya rasa kesal kerana ia bagaikan satu penghinaan kepada rakyat Perlis yang memilih PN pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.

“Saya hadir berjumpa Perdana Menteri pun dalam suasana mesra dan lebih banyak membincangkan mengenai perkembangan semasa dan pembangunan di Perlis,” katanya.

Minggu lalu, Mohd Shukri hadir di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya bagi memenuhi jemputan Anwar dalam membincangkan perkembangan Perlis selepas PN mentadbir negeri itu.


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

Isu saham RM400juta Bernas, Shahidan beri kata dua kepada Anwar


ALOR SETAR:
Pendedahan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengaitkan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim dengan pemilikan saham Padiberas Nasional Berhad (Bernas) RM400 juta disifatkan tidak benar.

Shahidan turut mempersoal tindakan Anwar yang mendedahkan hanya beberapa nama terlibat dalam pembelian saham berkenaan selain mengumumkan secara terbuka butiran syarikat itu yang disenaraikan dalam Bursa Malaysia.

Menurutnya, penjelasan berhubung isu berkenaan hanya akan dilakukan kemudian dan kemungkinan dalam persidangan Parlimen akan datang.

“Saya tidak ada saham dalam Bernas, pemilik Bernas yang perlu jawab isu terbabit.

“Pendedahan Anwar itu tidak benar. Insya-Allah saya akan berikan jawapannya di Parlimen nanti. Sepatutnya Anwar beri perhatian pulihkan negara berbanding korek hal-hal seperti itu. Kalau nak korek, korek semualah sebab Bernas syarikat yang disenaraikan, ini ialah pembelian saham dalam syarikat yang disenaraikan, apa kesalahannya?,” katanya ketika dihubungi di sini pada Rabu.

Pada Isnin, Anwar menegur Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary yang didakwa mempunyai monopoli terhadap import beras. Anwar turut dedahkan Syed Mokhtar telah membeli Bernas daripada Tan Sri Tan Boon Seng sebanyak 31 peratus (sekitar RM800 juta) dan RM400 juta daripada syarikat milik Shahidan.

Bagaimanapun Shahidan mempersoal kewajaran Anwar yang bertindak hanya menyebut namanya sedangkan terdapat lebih 1,000 syarikat disenaraikan.

“Beli saham dalam pasaran perlu cerita semuakah? Sebut semualah, kenapa hanya nama saya diberikan perhatian. Bukan setakat tidak benar tetapi bolehkah Perdana Menteri ceritakan pembelian saham dalam syarikat disenaraikan secara terbuka?

“Saya sedang dapatkan nasihat perundangan sebab ini ialah syarikat disenaraikan, apakah boleh syarikat disenaraikan kita bincang secara terbuka. Kalau ya, saya ingat eloklah cerita semua syarikat yang ada,” soalnya lagi.

Menurutnya, pendedahan tersebut juga telah mengaibkan dirinya kerana merupakan suatu tuduhan tidak tepat.

“Saya nak bagi tahu tuduhan tersebut tidak benar, ia melibatkan sebuah syarikat kerajaan yang diswastakan dan adalah syarikat yang disenaraikan. Pembelian saham bukan ada hubung kait dengan kerajaan.

“Siapa yang hisap duit rakyat? Bernas tak hisap duit rakyat, Bernas hanya berniaga. Isu ini merugikan masa saya, sepatutnya saya fokus kepada masalah rakyat dan kebangkitan Perikatan Nasional (PN) yang luar biasa,” ujarnya.


Shahidan turut menasihatkan agar Anwar memberi tumpuan kepada usaha untuk membela rakyat berbanding isu seumpama.

“Perkara itu melibatkan perundangan dan sebuah syarikat yang disenaraikan, perkara berlaku sudah berpuluh tahun. Kenapa saya yang dipersalahkan, sekarang bukan saya tuan punya Bernas.

“Perlukah saya jawab isu Bernas? Tanyalah pemilik sekarang sebab beliau beli saham yang disenaraikan, bukan (milik) saya seorang tetapi ramai (pemilik), jadi tak betul lah tuduhan itu,” tegasnya. 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

'Wan Rosdy putar belit cerita...' - Saifuddin


Saifuddin Abdullah mendakwa Menteri Besar Pahang Wan Rosdy Wan Ismail tidak menjelaskan fakta sebenar di sebalik proses rundingan di antara PN dan BN baru-baru ini.

Menurut Pengerusi PN Pahang itu, rundingan di antara di Wan Rosdy yang mewakili BN dan Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man mewakili PN melibatkan tiga pusingan.

"Pada pusingan pertama, semasa itu memang belum ada kerajaan di peringkat persekutuan. Hakikatnya ialah kami menyatakan kita tidak mahu membentuk kerajaan dengan PH di Pahang.

"(Pusingan) Yang kedua ialah kita nak membentuk kerajaan negeri dengan BN.

"Ketiga, kami kata logiknya kamilah (PN) jadi menteri besar kerana kami ada kelebihan kerusi. Selanjutnya kalau Wan Rosdy tak selesa menjadi exco biasa, Tuan Ibrahim kata, kita boleh fikirkan (alternatif) contohnya sekiranya kami membentuk kerajaan persekutuan boleh bawa dia (Wan Rosdy) ke pusat," katanya.

Tambah bekas menteri luar itu lagi tindakan yang diambil PN itu menunjukkan mereka benar-benar bertolak ansur asalkan bukan PH yang membentuk kerajaan negeri di Pahang.

"Jadi Wan Rosdy jangan putar belit cerita. Ceritanya betapa kami bertolak-ansur dengan BN... itu cerita yang sebenar," katanya pada sidang media selepas program kempen PN di Taman Mahsuri, Padang Serai, malam tadi.

Anggota Parlimen Indera Mahkota itu berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Wan Rosdy yang mendakwa rundingan di antara BN dengan PN untuk menubuhkan kerajaan gagal kerana sikap pimpinan PN yang dilihat terlalu mementingkan jawatan.

Terdahulu Malaysiakini melaporkan Wan Rosdy berkata sebelum kerajaan negeri dibentuk dia dihubungi pengerusi PH Pahang, Amirudin Shari, yang menyatakan kesediaan untuk memberikan kerjasama tanpa syarat kepada BN Pahang bagi membentuk kerajaan negeri.

Wan Rosdy berkata dia juga kemudiannya dihubungi pimpinan PN dan dia bertemu Tuan Ibrahim serta Naib Presiden PAS, Idris Ahmad.

"Dalam pertemuan itu, timbalan presiden PAS telah bercakap dulu dan ketika itu kerajaan (persekutuan) belum ditubuhkan lagi.

"Ayat pertama dikeluarkan kepada saya mengatakan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin telah bersetuju melantik saya sebagai senator dan diberi jawatan menteri penuh.

"Saya ni terkejut dalam hati, kerajaan tak tubuh lagi ni, macam mana boleh offer kepada saya," katanya.

Sementara itu Saifuddin turut melabelkan Wan Rosdy sebagai bersikap sombong selepas hanya menawarkan satu jawatan exco kepada PN sebaliknya dua kepada PH.

"Cerita yang sebenarnya juga betapa sombongnya Wan Rosdy apabila dalam rundingan terakhir ketika pertemuan dengan Tuan Ibrahim dia menyatakan BN akan jadi menteri besar, dua jawatan exco kepada PH dan satu saja (jawatan exco) kepada PN.

"Itu sombonglah, jadi kita kata tak payahlah nak berunding macam mana orang ada 17 kerusi boleh dapat satu exco dan orang ada lapan kerusi dapat dua exco," ujarnya.



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

‘PAS tak ada duit nak bagi macam dalam video tu’ - Sanusi


Pengarah pilihan raya PAS Muhammad Sanusi Md Nor menafikan video tular yang mendakwa pemberian wang kepada pengundi pada PRU15 yang baru berakhir itu.

Menyifatkannya sebagai cubaan parti lawan untuk memburukkan PAS, Sanusi berkata partinya itu tidak mempunyai sejumlah wang seperti yang dipaparkan dalam video tersebut.

“Kita PAS tak ada duit nak bagi begitu kepada orang ramai macam tu.

“Dalam pilihan raya, macam-macam kempen memburukkan PAS dibuat oleh parti lawan.

Dakwa tunggu PAS bagi duit

“Saya percaya video-video tular tu sengaja direka oleh musuh politik…Tak masuk akal. (Ia) satu kesalahan pilihan raya, sengaja dibuat video yang mengundang risiko,” katanya kepada Malaysiakini malam tadi.

Video yang tular di media sosial itu menunjukkan sekumpulan individu yang sedang berkumpul di hadapan sebuah premis.

Salah seorang pengguna di Twitter, @LagaCawan yang memuatnaik video tersebut pada ciapannya mendakwa rakaman itu tular pada 20 November, sehari selepas PRU15.

Berdasarkan ruangan komen ciapan tersebut, ada yang mendakwa bahawa sekumpulan individu itu sedang menunggu pemberian wang daripada parti PAS kepada pengundi yang balik mengundi.

Dalam video itu, terdapat di antara mereka yang menyuarakan rasa tidak puas hati dalam loghat Pantai Timur.

Sementara itu, terdapat klip video lain yang turut memaparkan keluhan mengenai jumlah wang yang diterima tidak seperti yang dijanjikan, iaitu sehingga RM350 untuk setiap pengundi.

PRU15 menyaksikan Perikatan Nasional, iaitu gabungan PAS dan Bersatu menang 73 kerusi parlimen, Pakatan Harapan memperoleh 82 kerusi, manakala Barisan Nasional hanya menang 30 kerusi.

Komen : Kalau dah kalah, buat lah cara kalah.. nak main fitnah. Nanti orang report polis tak pasal-pasal tidur dalam lokap. Rakyat dah tolak sepatutnya muhasabah diri jangan buat kerja jahat rakyat tak suka.




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

Ahmad Faizal dedah Saarani mahu kekal MB Perak


IPOH
- Perikatan Nasional (PN) menafikan mereka tidak bersetuju memberikan sebarang peranan kepada BN untuk membentuk kerajaan bersama di Perak.

Pengerusi PN Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mendedahkan berlaku pertemuan di antara Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad bagi menubuhkan kerajaan negeri di Perak pada Ahad di Kuala Lumpur disaksikan Setiausaha PN Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharudin.

Menurutnya, dalam pertemuan itu, Saarani berhasrat jawatan Menteri Besar Perak dikekalkan milik BN jika rundingan di antara PN dan BN itu berjaya.

"Saya juga telah menyatakan kebimbangan saya dengan keadaan di mana Kerajaan Negeri Perak belum membentangkan belanjawan negeri untuk tahun 2023 dan kemelut politik mesti dirungkai segera demi kepentingan rakyat.

"Saya tegaskan, PN berlapang dada dan terbuka untuk bekerjasama namun, pihak beliau bertegas untuk PN menawarkan jawatan-jawatan penting dalam kerajaan negeri," katanya dalam kenyataan akhbar pada Isnin.

Ahmad Faizal berkata, keputusan tidak dapat dicapai ketika itu kerana Saarani mahu merujuk kepada kepimpinan UMNO sebelum membuat sebarang persetujuan.

Katanya, bagaimanapun pada hari ini Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan bersama kepimpinan UMNO telah menyelamatkan jawatan Menteri Besar yang dipegangnya.

Menurutnya, tanggungjawab sebagai Menteri Besar Perak adalah amat besar dan seharusnya sumpah setia jawatan yang dibacakan dengan kalimah suci tidak disusuli dengan penipuan kepada rakyat jelata.

Pada Isnin, Saarani mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak ke-15 selepas BN membentuk kerajaan perpaduan dengan Pakatan Harapan sebanyak 33 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak.

Ketika sidang akhbar selepas itu, Saarani mendedahkan kerjasama dengan PH terbentuk selepas BN diberikan peranan di dalam pembentukan kerajaan negeri yang baharu termasuk diberikan jawatan Menteri Besar Perak.

Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) menyaksikan PN mendominasi kerusi DUN di Perak sebanyak 26 kerusi diikuti PH yang memenangi 24 kerusi dan BN pula hanya memenangi sembilan kerusi.

Sekurang-kurangnya sebanyak 30 kerusi DUN sebagai majoriti mudah bagi membentuk kerajaan negeri di Perak.




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

Agong Mesti Lantik Anwar? Pandangan Tommy Thomas Pincang – Haniff Khatri


Pandangan Tommy Thomas Tentang Keperluan YDPA Lantik Ds Anwar Ibrahim Berpandukan Duluan 1974 Di UK Adalah Pincang, Khilaf Serta Berlanggaran Perkara 43(2) Perlembagaan Persekutuan !!

Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera :

1. Malaysia mengalami “PARLIMEN TERGANTUNG” di atas keputusan sah dan mandat rakyat yang diberi di PRU-15 pada 19.11.2022.

2. Walau bagaimanapun, menurut peruntukan Perkara 43(2) Perlembagaan Persekutuan kuasa pelantikan Perdana Menteri dan selanjutnya kuasa pembentukan Kerajaan oleh Perdana Menteri itu diletakkan di bahu Kebawah Duli YDP AGONG yang akan menentukan siapakah Ahli Dewan Rakyat yang pada hemat Baginda Tuanku mempunyai sokongan majoriti Ahli-Ahli Dewan Rakyat yang telah terpilih di PRU-15 itu.

3. Peruntukan bertulis Perkara 43(2) ini TIADA dalam sistem perlembagaan United Kingdom, kerana negara itu TIDAK ADA mana-mana Perlembagaan bertulis.

4. Justeru, kenyataan TOMMY THOMAS untuk secara terus menganggap duluan 1974 di United Kingdom perlu dituruti oleh Baginda Tuanku di sini, adalah PINCANG, KHILAF dan MELANGGAR peruntukan bertulis Perkara 43(2) itu, seperti yang dilaporkan MALAYSIAKINI 21.11.2022 bertajuk “Agong mesti lantik Anwar jadi PM – Tommy Thomas” :

“Yang di-Pertuan Agong mesti melantik pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri kerana gabungan itu memperoleh kerusi terbanyak dalam pilihan raya umum, kata Tommy Thomas.

Bekas peguam negara itu berhujah berdasarkan keputusan pilihan raya United Kingdom 1974 yang turut menyaksikan keadaan parlimen tergantung.

Katanya, Ratu Elizabeth ketika itu mengundang gabungan yang memperoleh undi terbanyak untuk membentuk kerajaan.

Justeru, katanya, oleh kerana Malaysia turut menggunakan sistem Parlimen Westminster, Anwar patut diberikan peluang diberikan peluang untuk menjadi perdana menteri.”

(Laporan lengkap MALAYSIAKINI untuk kemudahan rujukan para pembaca)

5. Tidak perlu saya huraikan di sini, sejumlah besar keputusan MAHKAMAH PERSEKUTUAN iaitu Mahkamah Tertinggi di Malaysia yang dengan jelas telah berulang kali menyatakan bahawa takrifan Perlembagaan Persekutuan Malaysia TIDAK BOLEH bersandarkan mana-mana perlembagaan bertulis mahupun tidak bertulis negara luar, termasuk United Kingdom, kerana kandungan peruntukan Perlembagaan Persekutuan kita telah digubal dengan mengambil kira keunikan sejarah dan keadaan semasa dari sebelum dan semasa pembentukan negara MALAYSIA yang merdeka !

6. Dalam erti kata lain :

“The Malaysian written Constitution WAS NEVER MEANT to be and IS NOT the so conveniently called “MIRROR IMAGE” of the unwritten Constitution of the United Kingdom” !!

DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA !!!

Sumber Asal: Facebook Haniff Khatri




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

Itu surat kelulusan berunding, bukan lulus projek, Tengku Zafrul jawab Rafizi (Cara orang cerdik jawab kepada orang bodoh.. rileks aje)


KUALA SELANGOR:
Surat bertarikh 27 Okt yang didedahkan Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli, semalam, bukan persetujuan menganugerahkan kontrak kepada sebuah syarikat, sebaliknya merupakan kelulusan untuk rundingan dibuat dengan Kementerian Alam Sekitar dan Air (Kasa).

Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz, berkata selepas mendapat kelulusan secara dasar untuk berunding, Kasa selaku kementerian bertanggungjawab masih perlu berunding dengan syarikat berkenaan
dan akan mengesyorkan langkah seterusnya kepada Kementerian Kewangan.

“Kasa akan membuat perbincangan tentang apa yang diperlukan dan pada masa sama akan membuat penilaian sama ada syarikat itu diluluskan atau tidak yang melibatkan tahap kewangan, teknikal dan sebagainya, sekurang-kurangnya mengambil masa dua hingga tiga bulan.

“Bagi saya, saya percaya ini adalah isu yang dipolitikkan kerana perkara itu ‘clear’ (jelas), tiada surat setuju terima (LoA) dan surat niat (LoI) (diberikan). Hanya ada kelulusan untuk syarikat tersebut berunding dengan Kasa,” katanya kepada pemberita.

Justeru, beliau menasihati Rafizi yang juga calon Pakatan Harapan (PH) di Parlimen Pandan untuk terus melaporkan dahulu sebarang salah laku dalam kerajaan kepada pihak berkuasa dan bukannya membuat pendedahan seperti itu.

“Pergilah jumpa polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan pihak-pihak yang berkuasa,” katanya sambil menambah adalah lebih baik para pemimpin membuat pengumuman apa yang mahu dibuat untuk pembangunan demi kebaikan rakyat.

“Itu yang rakyat nak dengar. Saya rasa dalam tempoh tiga hingga empat tahun ini, saya pun ramai kawan-kawan yang letih dengan politik dan ahli politik kerana terlalu banyak berpolitik,” katanya.

Semalam, Rafizi mendedahkan satu surat berkenaan projek naik taraf loji bagi kawasan tadahan pembetungan bernilai RM285 juta di Klang Selatan, bertarikh 27 Okt.

Rafizi mendakwa projek itu diluluskan 17 hari selepas Parlimen dibubarkan, pada 10 Okt.




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...


'Saya beli bot, bukan kapal layar mewah'


Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Perak Ahmad Faizal Azumu akhirnya tampil menjelaskan dakwaan yang mengatakan dia membeli dua kapal layar mewah.

Calon PN bagi kerusi Tambun itu bagaimanapun berkata dia membeli dua buah “bot”, dan bukannya kapal layar mewah.

“Bukan yacth (kapal layar mewah) ya, (tapi) kapal layar (yang) dijual dengan harga yang begitu murah,” jelasnya dalam klip video yang disertai tanda pagar #pejanotjholow dan #botbukanyot.

Menurutnya, kedua-dua “bot” itu dibeli dengan harga RM50,000 dan RM80,000 daripada seorang pelayar dari Eropah yang terkandas di negara ini ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan susulan Covid-19 dahulu.

“Pada waktu Covid-19 ada seorang pelayar ni, dia datang daripada Eropah berlayar menggunakan bot tersebut dan sampai ke Langkawi.

“Apabila kita mengadakan PKP dan sebagainya, beliau mendapat tekanan hiduplah... Agaknya kerana bersendirian di sini, maka (dia) membuat keputusan untuk meninggalkan negara ni sebaik kita membuka sempadan,” katanya.

Oleh itu, katanya, pelayar itu berhasrat mencari pembeli botnya selepas membuat keputusan meninggalkan Malaysia.

Ahmad Faizal berkata dia kemudian mengubah suai bot itu dan menggunakannya untuk aktiviti pelancongan bersama rakannya.

“Jadi saya fikir tak ada lah salahnya saya beli bot-bot ini yang telah saya ubah suai dan saya minta pula sahabat saya ini yang menjalankan perniagaan bot ini untuk pelancong-pelancong di sana dapatlah saya dapat buat perniagaan sikit.

“Tapi yang penting juga dapat untuk anak-anak Melayu di Langkawi dapat bekerja di bot saya ni sebagai kapten dan juga sebagai kru,” jelasnya.

Ahad lalu, seorang pengguna Twitter mendakwa Ahmad Faizal, yang juga dikenali sebagai Peja oleh penduduk tempatan, membeli dua kapal layar.

Nur Suhaila memuat naik dokumen pembelian, salinan kad pengenalan Faizal dan surat kepada ketua pengarah Jabatan Laut Langkawi bertarikh 24 September 2021.

Surat itu, berbunyi, “Saya, Ahmad Faizal Azumu, pemilik Temptation, dengan ini memberi kuasa kepada Ong Liang Poh dari SBM Shipping Freight (M) Sdn Bhd untuk bertindak bagi pihak saya bagi permohonan, termasuk menandatangani dokumen yang diperlukan untuk mendaftarkan kapal di bawah Pendaftaran Kapal Layar Antarabangsa Langkawi.”

....





............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...


Saya tak pernah beri mandat kepada Takiyuddin, kata Muhyiddin


Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin hari ini menyanggah kenyataan dibuat salah seorang pemimpin kanan parti komponen itu berhubung isu bekerjasama dengan BN.

Menurut Muhyiddin dia tidak pernah memberi mandat kepada Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan, untuk bertindak sedemikian.

"Tujuan PN bertanding dalam PRU ke-15 adalah untuk membentuk kerajaan tanpa perlu bergabung dengan BN atau Pakatan Harapan (PH).

"Saya sebagai Pengerusi PN tidak pernah memberi mandat kepada Datuk Seri Takiyuddin Hassan untuk berunding dengan BN bagi tujuan membentuk kerajaan selepas PRU ke-15," katanya lewat pagi ini.

Terdahulu Malaysiakini melaporkan kenyataan dibuat Takiyuddin berhubung kemungkinan PN membentuk kerajaan persekutuan dengan BN jika gagal memenangi kerusi mencukupi pada 19 Nov ini.

“Saya yakin kita dapat bentuk kerajaan persekutuan sama ada kita sendiri atau gabungan dengan pihak lain termasuk BN," katanya selepas berceramah di Ketereh, Kelantan malam tadi.

Pada masa sama Takiyuddin yang juga calon PN untuk kerusi parlimen Kota Bharu menegaskan, gabungan itu tidak akan menerima kerjasama dengan PH.

Takiyuddin Hassan

Takiyuddin juga menambah kesediaan untuk bekerjasama dengan BN itu turut pernah disuarakan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yang juga Timbalan Pengerusi PN.

“Presiden PAS ada menyebut sekiranya kita tidak boleh bergabung sebelum PRU ke-15, mungkin selepas PRU kita boleh wujudkan hubungan itu," katanya.

Ketika kini wujud tiga gabungan utama yang bersaing dalam PRU ke-15, banyak pihak menjangkakan tiada mana-mana kumpulan mampu menguasai majoriti Dewan Rakyat pada Sabtu nanti.

Ia membuka kemungkinan berlakunya kerjasam antara gabungan bagi membolehkan sebuah kerajaan baru diwujudkan.

Tiga gabungan utama itu ialah PN, BN dan PH.

Muhyiddin berkata dia yakin PN mampu membentuk kerajaan persekutuan dan negeri tanpa melibatkan pihak lain.

Saya berdoa dengan izin Allah dan sokongan padu rakyat, PN akan memenangi jumlah kerusi yang mencukupi untuk membentuk kerajaan persekutuan dan negeri yang terlibat dalam PRU ke-15," katanya.




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...


Umno gantung keahlian isteri: 'Seolah-olah kita tiada maruah'


Calon PN untuk Parlimen Maran Ismail Abdul Muttalib menasihatkan pimpinan tertinggi Umno agar lebih berhati-hati dalam membuat keputusan, susulan penggantungan isterinya, Fatimah Kassim sebagai ketua Wanita Umno Maran.

Ismail yang memegang kerusi Parlimen Maran selama empat penggal ketika bersama Umno berkata, penggantungan isterinya tidak sepatutnya berlaku kerana dia telah diundi perwakilan ketika pemilihan parti.

"Sebagai isteri, dia akan berikan sokongan moral kepada saya. (Tapi) Belum tahu dia berikan sokongan sebenarnya kepada parti (saya) yang baru. Tetapi kenapa buat dia begitu?

"Maknanya tindakan ini seolah menghina orang. Banyak orang komen pada saya, apa hak (Umno) nak gantung, nak rehatkan dia.

Apabila anda buat macam itu, orang ramai lagi marah, seolah-olah kita tiada maruah," katanya ketika ditemui di kediamannya di Maran, hari ini.

Terdahulu hari ini, Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan mengumumkan Fatimah dan Ketua Wanita Umno Arau Shamsiah Yasin digantung selepas didapati memberikan sokongan kepada calon lawan dalam PRU15.

"Umno menerima aduan sahih berkenaan tingkah laku, sikap dan kecenderungan kedua-dua ketua Wanita Umno terbabit secara langsung atau tidak langsung menyokong calon parti lawan," kata Ahmad lagi.

Untuk rekod, Ismail dan penyandang kerusi Parlimen Arau, Shahidan Kassim digugurkan dalam PRU kali ini.

Bagaimanapun kedua-dua mereka kini menjadi calon kepada PN untuk mempertahankan kerusi masing-masing.

Ismail berkata, sikap pemimpin tertinggi sesebuah parti yang tidak boleh ditegur akan membawa parti itu ke arah kemusnahan.

Sementara itu, Fatimah berkata keputusan Umno untuk menggantungnya tidak mematahkan semangat dia untuk terus berjuang.

"Saya lebih selesalah sekarang, bahkan dalam keadaan sekarang lebih bersemangat untuk berjuang, untuk membantu suami saya (Ismail) memastikan kemenangan," katanya ringkas.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

'Saya maafkan, moga Allah bukakan pintu hati mereka' - Ustazah Siti Afifah


Kuala Lumpur:
"Ramai salah faham dengan kenyataan saya sebab hanya menonton video pendek yang sudah disunting hingga menjadi tular."

Demikian kata pendakwah bebas, Ustazah Siti Afifah Shahbudin susulan dua kenyataan mengenai suami yang membiarkan isteri bersalin disambut doktor lelaki sebagai dayus dan bersalaman dengan artis boleh hilangkan roh atau jiwa.

Menurutnya, dia tidak marah malah sudah memaafkan mereka yang mengkritik dan mengecam dirinya.

"Orang nak kata apa, tak apa. Orang kita tak faham. Kita nak sampaikan pada manusia.

"Biarlah mereka nak marah pada saya, yang penting bukan Allah SWT dan Rasulullah SAW di akhirat kelak. Suami adalah guru yang banyak mengajar saya soal agama.

"Suami saya bukan biasa-biasa. Begitu juga bapa dan datuk saya. Mereka semua orang beragama. Mungkin kerana darah yang mengalir itu membuatkan saya nak saya tahu lebih mendalam mengenal agama Islam.

"Saya mudah, tak perlu marah kepada orang awam, kerana saya anggap mereka tak tahu tapi mereka pasti akan faham apa saya saya perjuangkan ini suatu hari nanti. Saya maafkan mereka. Moga Allah ampuni dan ketuk pintu hati mereka. Manusia ada akal. Biar Allah bukakan pintu hati mereka," katanya.

Menurutnya, tindakan berkongsi perkara itu pada sesi siaran langsung di TikTok bukan bertujuan mencipta nama dan mengejar glamor.

"Saya bukan kejar duit dan glamor. Ini tanggungjawab saya untuk bersuara buat wanita yang tidak mampu. Berapa ramai wanita yang trauma melalui situasi memalukan begitu ketika bersalin?

"Saya bukan nak bisnes dengan menggunakan agama. Ini memang cara saya dalam berdakwah. Saya cuma takut pada Allah sebab saya ada anak, cucu, cicit dan keturunan. Biarlah manusia kutuk kita, sebab itu tanda Allah sayang dan dekat dengan kita," katanya.

Bagaimanapun, dia berkata, masih ramai yang membela dirinya dengan menghantar mesej kata-kata semangat.

"Alhamdulillah, ramai sangat yang 'backup' saya dengan mesej saya secara peribadi. Sampai ada yang menangis fikirkan keadaan saya.

"Malah, ramai wanita menyokong apa saya cakap. Ada juga yang minta maaf sebab pada mulanya marah tengok video itu, tapi selepas tengok versi penuh barulah faham. Saya pun minta maaf juga sebab ada ketika penyampaian saya itu garang," katanya.

Menjelaskan isu itu, beliau menyeru orang ramai supaya membaca kenyataan yang sudah dikongsikan Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad berkenaan hukum terhadap perkara itu.

"Apa yang dinyatakan Mufti Negeri Sembilan jelas. Dia tunjuk panduan jelas kepada orang awam berkenaan perkara ini dan apa hukumnya. Jadi, tidak ada siapa yang takkan faham," katanya.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

Tuduhan Anwar keterlaluan - Hishammuddin


KLUANG:
Dakwaan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya ada anggota tentera di Bera, Pahang, sudah mengundi awal untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan dibayar untuk berbuat demikian, disifatkan sebagai keterlaluan.

Menyelar kenyataan Presiden PKR itu, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata tindakan Anwar itu juga, usaha untuk menidakkan integriti dan maruah Angkatan Tentera Malaysia (ATM), menerusi kepentingan politik yang sempit.

"Saya lihat tindakan Anwar ini mengheret ATM dalam permainan politiknya itu, bukan sahaja membuat pasukan keselamatan kita marah tetapi orang ramai juga berpendapat perlu ada had dan batasan dalam berpolitik," kata Bendahari Agung Barisan Nasional (BN) itu kepada pemberita selepas menghadiri Program Jom Santai Bersama Orang Muda Sembrong di Ngepot Kabin, di sini, malam ini.

Program itu juga dimeriahkan lagi dengan kehadiran penyanyi popular Hanifah Md Hanafiah atau lebih dikenali sebagai Black dan pelawak terkenal Mohd Nasir Hamzah (Achey Bocey) yang turut menghiburkan tetamu yang hadir.

Hishammuddin berkata demikian ketika mengulas dakwaan penyandang Presiden PKR itu, semasa ceramah PH di Kuala Terengganu, kononnya terdapat kem tentera di Bera, yang melaksanakan undian awal semalam, selain dikatakan dibayar RM300.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta Anwar menarik balik tuduhan itu dan memohon maaf kepada anggota ATM, kerana menuduh mereka menerima wang dan sebagainya.

Bagaimanapun, Ismail Sabri berkata, beliau tidak menolak mungkin yang didakwa sebagai undi awal itu ialah undi pos kepada anggota pasukan keselamatan, yang boleh memohon untuk mengundi secara pos, jika mereka tidak dapat hadir semasa hari mengundi awal kerana bertugas. - BERNAMA

Anggota tentera di Bera didakwa menerima bayaran untuk mengundi. - Foto hiasan NSTP/ASWADI ALIAS
Anggota tentera di Bera didakwa menerima bayaran untuk mengundi. - Foto hiasan NSTP/ASWADI ALIAS



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

'Takkan rakyat nak pilih calon PM bekas banduan, kluster mahkamah' - Muhyiddin bidas Zahid



PAGOH:
Muhyiddin Yassin berkata cadangan menamakannya sebagai calon perdana menteri Perikatan Nasional (PN) bukan “bermimpi di siang hari’ seperti dakwaan Ahmad Zahid Hamidi sebaliknya ia diputuskan parti dalam gabungan itu.

Pengerusi PN berkata, ketetapan dibuat gabungan itu supaya rakyat jelas menyokong calon perdana menteri daripada parti mana pada PRU15, sama ada memilih mereka yang mencalonkan banduan, terpalit kes mahkamah atau parti yang bersih bagi menerajui kerajaan.

“Tak mimpi siang, tak mimpi malam, tetapi kita realistik, bukan omong kosong, ada asas dan ini keputusan dibuat pimpinan PN untuk menamakan siapa bakal perdana menteri.

“Ini nak bentuk kerajaan, rakyat nak tahu, kalau bakal perdana menteri terdiri kluster mahkamah, adakah rakyat nak bekas banduan atau dia fikir abah bagus. Ini bukan soal mimpi siang hari, ini siang-siang waktu PRU, rakyat nak tahu jelas, telus, jangan menyorok di belakang,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri sesi ramah mesra bersama penduduk di Parit Raja.

Muhyiddin turut menyindir pemimpin parti tertentu yang secara diam mahu bersekongkol untuk bekerjasama termasuk menamakan calon perdana menteri daripada individu parti lain.

“Dia kata nak jadi kerajaan, tetapi lepas itu nak sekongkol dengan pihak lain, nak menamakan orang lain jadi PM, dia tak jadi PM. Jangan bermain dengan kebijaksanaan orang, kita kena jelas, bersifat telus kerana ini soal masa depan negara,” katanya.

Semalam, Zahid yang juga presiden Umno berkata PN “bermimpi di siang hari” jika mengharapkan Muhyiddin menjadi perdana menteri kali kedua seperti “bosnya” sewaktu dalam PH iaitu Dr Mahathir Mohamad.

Sindiran itu dilontarkan Zahid ketika mengulas kegagalan PN mentadbir negara selama 17 bulan bawah kepimpinan Muhyiddin.

Dalam perkembangan lain, Muhyiddin berkata sokongan kepada PN meningkat termasuk daripada kalangan Melayu dan bukan Melayu selepas gabungan itu melancarkan manifesto.

“Namun kita tidak boleh terlalu selesa, tetapi data menunjukkan sudah ada peningkatan agak memberangsangkan. Kita akan teruskan usaha jelaskan apakah tawaran kita buat untuk negara, apa pengalaman saya khususnya menguruskan negara ketika zaman susah yang berkaitan Covid-19, pemulihan ekonomi,”katanya,



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

Mahu jadi PM? Menang Sungai Buloh dulu, Zahid beritahu KJ


BAGAN DATUK:
Calon Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin diingatkan supaya fokus memenangi kerusi itu sebelum bercita-cita menjadi perdana menteri.

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Ahmad Zahid Hamidi, berkata Khairy perlu memperkukuh dan dinasihatkan tidak mengeluarkan kenyataan menggugat nama baik parti.

“Terpulang kepada beliau, pertama beliau mesti memperkuatkan parti bukan merosakkan parti.

“Beliau juga mesti memenangi Parlimen Sungai Buloh,” katanya kepada pemberita selepas perjumpaan dengan masyarakat Cina di Hutan Melintang.

Khairy dalam ceramah pada 9 Nov lalu menyatakan hasrat untuk memimpin Umno dan seterusnya menjadi perdana menteri suatu hari nanti.

Menurut Zahid, tiada salahnya berbeza pendapat dan memasang impian sebegitu, namun buat masa ini calon harus mengetepikan soal remeh-temeh dalam parti sebaliknya bersatu memastikan semua calon mendapat kerusi.

Mengulas kenyataan Khairy bahawa beliau tidak diberi tempat untuk bertanding, Zahid berkata, menteri kesihatan itu sepatutnya bersyukur kerana masih diberi peluang bertanding.

“Beliau harus berterima kasih. Sepatutnya Khairy tidak ada tempat kerana calon kerusi Parlimen Rembau yang baru ialah ketua bahagian (Umno) Rembau dan Pengerusi BN Negeri Sembilan, Mohamad Hasan, beliau lebih layak untuk berada di Rembau.

“Jadi, saya memberikan peluang kepada Khairy sekali lagi untuk bertanding di Sungai Buloh,” katanya.

Zahid berkata, walaupun Sungai Buloh bukan kawasan Khairy namun beliau perlu bekerja keras untuk menyumbang kerusi bagi BN membentuk kerajaan.

Khairy sebelum ini menyatakan beliau mengambil inisiatif sendiri dengan menghubungi Pengerusi BN Selangor, Noh Omar, untuk bertanding di negeri itu.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

PRU15: Jarang hadir ke Parlimen kerana ada tugas khas - Hadi Awang


MARANG:
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang memaklumkan dirinya jarang hadir ke sidang Dewan Rakyat kerana terdapat tugas-tugas khas selain sebagai Ahli Parlimen.

Menurutnya, beliau juga memberi peluang kepada golongan muda daripada partinya itu untuk terlibat dalam sesi perbahasan kerana setiap parti mempunyai kuota kehadirannya tersendiri.

“Saya ditugaskan bukan sahaja di Parlimen, tapi ada tugas-tugas khas. Datang ke Parlimen ini bukan macam hadir ke sekolah, Menteri-Menteri pun lepas habis jawab soalan kembali menjalankan tugas.

“Saya sudah lama di Parlimen, banyak sesi saya terlibat... berhujah... dan kini saya beri peluang kepada Ahli Parlimen generasi baharu untuk terlibat dalam perbahasan,” kata Abdul Hadi ketika sidang media di kediamannya pada Jumaat.

Jelasnya, isu kehadiran ke sidang Dewan Rakyat yang dimainkan oleh pihak lawan ketika kempen Pilihan Raya Umum (PRU15) ini tidak langsung menjejaskan nama beliau.

Beliau sebelum ini menang di Parlimen Marang selama tiga penggal berturut-turut dan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), beliau memenangi majoriti 21,954.

Abdul Hadi yang juga Penyandang Parlimen Marang dilantik memegang jawatan Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah semasa pentadbiran kerajaan di bawah bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 2 April 2020.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

'Saya cakap perkara benar, jika nak lapor polis silakan' - Razman


BAGAN SERAI
- Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria tidak kisah sebarang laporan polis atau siasatan dibuat terhadapnya susulan ucapan yang didakwa berunsur fitnah semasa kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada Ahad.

Beliau berkata, perkara yang dibangkitkan seperti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) serta agenda komunis, sesuatu yang telah diketahui umum berlaku dalam negara.

"Jadi itu (ucapan) bukan menghasut atau fitnah, saya bercakap perkara sebenar yang berlaku.

"Tetapi kalau ada yang nak buat laporan polis, kita persilakan. Boleh jadi mereka takut dengan kempen yang kita gerakkan," katanya kepada Sinar Harian sempena program minum pagi di Simpang Empat Semanggol di sini pada Isnin.

Pada PRU15 ini, Razman selaku penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gunung Semanggol bertanding mewakili Perikatan Nasional (PN) dan berdepan saingan tiga penjuru bersama Nazirul Jamaluddin (BN) dan Sheikh Khuzaifah Sheikh Abu Bakar (PH).

Razman (tengah) ketika menemui pengundi sempena kempen PRU15 di DUN Gunung Semanggol.
Razman (tengah) ketika menemui pengundi sempena kempen PRU15 di DUN Gunung Semanggol.

Semasa menyampaikan ucapan kempen di Pasar Malam Tebuk Pancur pada Ahad, Razman mendakwa, Pakatan Harapan (PH) yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim ada agenda menghalalkan perkahwinan sejenis sementara DAP membawa agenda komunis.

Mengulas lanjut, Razman berkata, dalam tempoh 22 bulan pentadbiran PH, golongan LGBT terbuka mengadakan pertemuan dengan menteri agama, menganjurkan perarakan dan permohonan agar kumpulan itu diiktiraf.

Katanya, dalam tempoh sama juga berlaku isu abu Chin Peng yang merupakan pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) dibawa pulang ke Perak, peristiwa bendera terbalik dan penentangan keras terhadap penulisan Jawi.

"Mengapa sebelum-sebelum ini, tidak ada isu-isu begini. Sepanjang BN perintah tidak ada, PN pun tidak ada.

"Di luar pula sudah ada contoh negara yang iktiraf perkahwinan sejenis, takkan kita nak unsur-unsur begitu ada di negara kita ini.

"Sebab itu kita berjuang dengan apa sahaja yang kita ada, bukan sebab nak jaga kepentingan diri sendiri, tetapi negara dan generasi kita," katanya.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

Saya gagal urus COVID-19? - Muhyiddin jawab dakwaan Anwar


KANGAR:
Tan Sri Muhyiddin Yassin menepis tuduhan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa kerajaan pimpinannya sebelum ini gagal mengawal pandemik COVID-19 walaupun mengadakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) paling lama di dunia.

Menurut bekas Perdana Menteri itu, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) telah mengiktiraf Malaysia antara negara terbaik dalam mengurus pandemik COVID-19.

“Anwar Ibrahim menuduh saya gagal untuk menguruskan COVID-19. Betul ke? Beritahu pada Anwar Ibrahim, tak betul... bohong. Kita berhadapan dengan satu situasi yang luar biasa.

“Bukan saja Malaysia, seluruh dunia termasuk negara maju, negara tidak maju, kecil dan besar. Anwar Ibrahim beritahu Muhyiddin tidak berjaya urus COVID-19. Ada 36,000 orang meninggal kerana serangan COVID-19 yang dikatanya terburuk dalam dunia.

“Bukan terburuk tapi antara negara terbaik dalam menguruskan COVID-19. Amerika Syarikat antara negara termaju di dunia mempunyai kes kematian sebanyak 1,098,387 berbanding negara kita 36,495 kes,” katanya ketika berucap dalam ceramah Jelajah Pakatan Harapan (PN) Best di Taman Bukit Kubu, Kuala Perlis pada malam Selasa.

Muhyiddin yang juga Pengerusi PN berkata, negara seperti Brazil (688,444 kes), India (530,000 kes), Rusia (390,000 kes) United Kingdom (194,000 kes), Indonesia (158,000 kes) dan Jepun (47,000 kes) mencatat jumlah kematian yang lebih tinggi berbanding Malaysia di kedudukan ke-29.

“Beritahu pada Anwar Ibrahim boleh cakap tapi apa pun tak buat. Dia tak nak ucapkan terima kasih malahan langsung tidak bersyukur kerana dengan tindakan tegas yang kerajaan pimpinan saya telah ambil kita telah menyelamatkan jutaan nyawa.

“Kerajaan pada ketika itu telah membina pusat-pusat suntikan vaksin di seluruh negara, sehingga ke pedalaman Sabah dan Sarawak. Apa yang Anwar tahu.

“Anwar Ibrahim hanya pandai buat tuduhan tapi tidak bersyukur dan berterima kasih dengan apa yang kita lakukan termasuk menyelamatkan nyawa dia, keluarga dia, anak dia, cucu dia dan seluruh rakyat Malaysia,” ujarnya yang menyifatkan Anwar sebagai PM (Perdana Menteri) tepi selamanya.

Pengerusi Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu memberitahu, kerajaan pada masa itu juga telah berjaya menyelamatkan ekonomi negara walaupun terpaksa melaksanakan PKP bagi mengelak lebih ramai rakyat dijangkiti COVID-19. -- Sinar Harian



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

‘Saya tak mungkir janji pada Abang Jo’, Muhyiddin ulas PN tanding di Sarawak


PENDANG:
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin menafikan beliau “mungkir janji” dengan Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) Abang Johari Openg, berhubung keputusan bertanding di negeri itu pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Muhyiddin berkata, hanya wujud persetujuan bahawa Bersatu tidak akan bertanding pada pilihan raya negeri (PRN) sebelum ini, bukan pilihan raya membabitkan kerusi Parlimen.

“(Abang Johari) kata saya mungkir janji. Siapa mungkir (janji)?” soal bekas perdana menteri itu.

Beliau mengulas mengenai kritikan Abang Johari terhadap PN kerana dikatakan melanggar janji tidak bertanding di Sarawak pada PRU15, lapor Borneo Post. Perjanjian itu dibuat sebelum PRN Sarawak ke-12.

Minggu lepas, PN mengumumkan ia akan bertanding di empat kerusi Parlimen Sarawak, iaitu Saratok, Lubok Antu, Bintulu dan Batang Lupar.
Muhyiddin berkata, sebelum PRN itu, Abang Johari telah menemuinya dan meminta presiden Bersatu itu menyokong GPS dengan tidak bertanding di Sarawak, kerana bekas ADUN Krian Ali Biju berkata beliau mahu bertanding pada PRN.

Permintaan itu dibuat walaupun Bersatu mempunyai Ali, yang ketika itu ADUN Krian dan Ahli Parlimen Saratok, serta puluhan ribu ahli di kawasan DUN Kemena dan Parlimen Bintulu, katanya.

Muhyiddin berkata, beliau kemudiannya meminta Ali untuk tidak bertanding, serta mengorbankan hasrat PN untuk bertanding pada PRN sebagai menghormati permintaan Abang Johari.

Biju akhirnya bertanding di kerusi Krian sebagai calon bebas, tetapi kemudian menarik balik pencalonannya dan menyokong calon GPS.

“Kita menyokong dasar GPS, tapi kita sudah berada di sana (Sarawak). Saya juga mesti menghormati dan menghargai pemimpin PN dan Bersatu di sana,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program ceramah anjuran PN Kedah malam tadi.

“Beliau (Abang Johari) kata negeri tak mengapa…bagilah saya. Parlimen ‘you can’ (anda boleh bertanding). Parlimen tak sentuh negeri, Parlimen kerusi untuk kerajaan pusat.”

Kata Muhyiddin, Abang Johari sepatutnya bertemunya bagi membincangkan isu PN bertanding di Sarawak pada PRU15, sebaliknya beliau menghantar dua individu yang dikatakan “orang kepercayaannya”, Ibrahim Saki dan seorang lagi individu bernama “Datuk Abdul Rahman”.

Muhyiddin memberitahu kedua-duanya mengenai perjanjian dengan Abang Johari dan menambah, dalam sistem demokrasi, mana-mana parti boleh bertanding.
Beliau berkata, PN juga akan bertanding di Parlimen Bintulu dan Lubok Antu sebagai ganti susulan bekas Ahli Parlimen Puncak Borneo Willie Mongin meninggalkan Bersatu untuk menyertai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

“Apa-apa pun, perkara itu sudah dibincangkan. Jadi, berhubung kenyataan (Abang Johari mengenai PN mungkir janji), saya tak gaduh dengan Abang Jo.

“Beliau rakan saya, beliau menyokong saya ketika saya menjadi perdana menteri. Saya hargai itu (sokongan), tapi dia juga perlu memahami.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

© all rights reserved
made with by templateszoo