NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

RCI Kuil Haram: Sukar tetapi tidak mustahil – Tamim



BANGI, 24 JAMADILAWAL — Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung isu kuil haram bukan sesuatu yang boleh dicapai melalui desakan atau kemarahan rakyat semata-mata, kata aktivis tanah, Tamim Dahri.

Beliau berkata, sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bergerak tanpa sokongan awal daripada wakil rakyat atau pihak istana, pengumpulan data dan bukti kukuh adalah asas paling kritikal sebelum boleh menuntut perkara tersebut.

Katanya, untuk mendesak penubuhan RCI, maka terdapat beberapa strategi dan fasa yang perlu dilalui iaitu pengumpulan data, membina tekanan awam dan laluan undang-undang serta birokrasi.

“Di Malaysia, RCI hanya boleh ditubuhkan dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Jemaah Menteri.

“Tanpa kerjasama politik atau pengaruh istana, satu-satunya cara untuk menggerakkan kerajaan adalah dengan membina kes (case building) yang sangat kuat berasaskan fakta, impak sosial dan undang,” katanya kepada TV Pertiwi.

Mengulas lanjut, Tamim berkata, langkah pengumpulan data merangkumi bukti status tanah, kronologi dan rekod, laporan impak dan dokumentasi visual.

Katanya, strategi tekanan awam pula ialah melalui petisyen awam, penerbitan kertas putih dan hebahan media sosial.

Tambah beliau, laluan undang-undang merujuk kepada aduan rasmi bertulis kepada pihak berkuasa tempatan (PBT), Pejabat Tanah dan EXCO Kerajaan Negeri.

“Jika semua itu tiada jawapan, teruskan dengan laporan polis dan SPRM.

“Setelah selesai semua fasa itu, InsyAllah wakil rakyat dan Istana akan mula yakin dengan tuntutan rakyat.

“Siapa yang nak buat? Saya seorang? Bukan. Kita semua kena buat,” ujarnya.

Tamim membangkitkan semula cadangan untuk mendesak penubuhan RCI Kuil Haram ekoran laporan media yang tular pada 23 Oktober lepas apabila pihak polis menemui dadah bernilai jutaan ringgit di dalam sebuah kuil haram di Klang.

Pelaporan berita itu sekali gus mencetuskan semula desakan terhadap pihak berkuasa agar menyiasat semua rumah anutan yang dibina tanpa mendapat kebenaran pihak berkuasa.

Contohnya di Selangor, dilaporkan 688 kuil dibina tanpa kebenaran yang mana 433 daripadanya dikesan atas tanah milik kerajaan manakala 255 lagi di atas tanah persendirian.

Dalam pada itu, Tamim berkata, pihaknya kini sedang giat berusaha mengumpul segala data dan maklumat berkaitan rumah anutan haram, namun beliau tidak berkongsikan perkembangan terkini.


Sumber | TV Pertiwi




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo