- Menerusi hantaran Facebook, Pengasas bersama Scrut Auto, Aliff Ahmad mendakwa beliau tidak pernah dihubungi pihak MCMC atau diminta menyerahkan rakaman video berkaitan aduan terhadap individu yang menggunakan nama RollingGrace.
- “Laporan aku tidak disiasat MCMC rupanya! Aku baru perasan. Rupa-rupanya laporan aku terhadap RollingGrace yang buat kenyataan 3R menghina Islam dan mazhab Syafie disebabkan mahu membela seekor anjing tidak disiasat,” katanya.
- Aliff mendakwa kenyataan individu terbabit jelas menghina agama Islam dan mazhab Syafie, selain menyatakan bahawa isu tersebut turut dibangkitkan oleh orang lain.
KUALA LUMPUR — Pengasas bersama Scrut Auto, Aliff Ahmad mempersoalkan status siasatan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) terhadap aduannya berhubung kenyataan seorang pengguna media sosial yang didakwanya menghina Islam dan mazhab Syafie.
Menerusi hantaran Facebook, Aliff mendakwa beliau tidak pernah dihubungi pihak MCMC atau diminta menyerahkan rakaman video berkaitan aduan terhadap individu yang menggunakan nama RollingGrace.
“Laporan aku tidak disiasat MCMC rupanya!
“Aku baru perasan. Rupa-rupanya laporan aku terhadap RollingGrace yang buat kenyataan 3R menghina Islam dan mazhab Syafie disebabkan mahu membela seekor anjing tidak disiasat,” katanya.
Aliff mendakwa kenyataan individu terbabit jelas menghina agama Islam dan mazhab Syafie, selain menyatakan bahawa isu tersebut turut dibangkitkan oleh orang lain.
Beliau turut menyatakan kesediaan untuk memberikan keterangan sebagai saksi sekiranya tindakan pendakwaan diambil.
“Aku sedia jadi saksi pendakwaan kalau nak dakwa sebagai saksi pembuat aduan,” katanya.
Menurut Aliff, beliau menerima maklum balas daripada MCMC pada pukul 10 malam selepas membuat aduan kira-kira pukul 5 petang, yang memaklumkan pautan dilaporkan tidak lagi mengandungi kandungan berkenaan.
Bagaimanapun, beliau mempersoalkan sama ada maklum balas tersebut memadai untuk menentukan tindakan lanjut terhadap aduannya.
Dalam hantaran sama, Aliff membandingkan perkara itu dengan pengalamannya sendiri ketika berdepan siasatan MCMC.
Beliau mendakwa pernah dihubungi untuk siasatan sehingga lewat malam dan pada hujung minggu, selain mendakwa telefon bimbitnya masih belum dipulangkan.
“Kalau aku, beriya diorang cari aku sampai tengah malan, hari minggu pun panggil. Tapi sampai hari ini satu kes pun tak dakwa lagi. Handphone aku pun tak pulang-pulang lagi,” katanya.
Aliff seterusnya mendakwa tindakan siasatan terhadap dirinya mempunyai unsur intimidasi dan penyalahgunaan kuasa untuk mendesaknya berdiam diri.-The Merdeka Times
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment