- Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor, Mohamed Sukri Omar berkata, langkah itu perlu diberi perhatian serius susulan peningkatan penggunaan vape dalam kalangan remaja dan pelajar sekolah yang disifatkannya semakin membimbangkan.
- “Pemuda PAS Selangor sekali lagi ingin mendesak kerajaan negeri menggunakan kuasa PBT sepenuhnya bagi mengharamkan pelesenan premis jualan vape secara tegas dan komprehensif sebagaimana yang telah dilaksanakan di Kelantan, Kedah, Perlis dan Terengganu,” katanya.
SHAH ALAM – Dewan Pemuda PAS Selangor mendesak kerajaan negeri menggunakan sepenuhnya kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi mengharamkan pelesenan premis jualan rokok elektronik atau vape secara tegas dan menyeluruh.
Ketuanya, Mohamed Sukri Omar berkata, langkah itu perlu diberi perhatian serius susulan peningkatan penggunaan vape dalam kalangan remaja dan pelajar sekolah yang disifatkannya semakin membimbangkan.
Menurut beliau, lambakan premis jualan vape berhampiran institusi pendidikan dan kawasan perumahan bandar di Selangor turut menimbulkan kebimbangan terhadap masa depan generasi muda.
“Pemuda PAS Selangor sekali lagi ingin mendesak kerajaan negeri menggunakan kuasa PBT sepenuhnya bagi mengharamkan pelesenan premis jualan vape secara tegas dan komprehensif sebagaimana yang telah dilaksanakan di Kelantan, Kedah, Perlis dan Terengganu,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam kenyataan media Dewan Pemuda PAS Selangor bertarikh 4 November 2026, bersempena pembentangan Bajet Selangor 2027.
Pemuda PAS Selangor turut merujuk data Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) yang menurutnya menunjukkan kadar penggunaan vape dalam kalangan remaja berusia 13 hingga 17 tahun di Malaysia meningkat daripada 9.8 peratus kepada 14.9 peratus.
Peningkatan itu dijadikan antara asas desakan supaya kerajaan negeri mengambil pendekatan lebih tegas terhadap pelesenan premis jualan vape.
Menurut kenyataan tersebut, tindakan mengharamkan pelesenan premis berkenaan perlu dilaksanakan secara komprehensif, sebagaimana pendekatan yang didakwa telah diambil oleh empat negeri iaitu Kelantan, Kedah, Perlis dan Terengganu.
Desakan itu merupakan satu daripada tujuh isu struktur yang dibangkitkan Dewan Pemuda PAS Selangor untuk perhatian kerajaan negeri menjelang Bajet Selangor 2027.-The Merdeka Times
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment