Beliau berkata, pihak yang berusaha menjayakan penyatuan itu akan memastikan kerjasama itu dapat dipertahankan untuk tempoh lebih panjang.
“Kita yang berusaha mewujudkan penyatuan ini akan pastikan ia bukan untuk tiga tahun, tetapi selama-lamanya, insyaAllah,” katanya ketika sidang media di Pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka.
Zulkifli mengulas kenyataan pemimpin Bersama Rafizi Ramli yang mendakwa sejarah kerjasama Umno dan PAS menunjukkan kedua-dua parti itu tidak pernah mampu berkongsi kuasa lebih tiga tahun.
Ketika ceramah Trak Kancil di Pengkalan Batu malam tadi, Rafizi berkata, Umno tidak ditubuhkan untuk berkongsi kuasa dan sifat itu, menurutnya, akan menjadi pengajaran yang turut dilalui PAS sekali lagi.
Pada PRN Melaka kali ini, Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) menjalinkan kerjasama pilihan raya menerusi gabungan Muafakat Melaka, dengan kedua-dua parti menyelaraskan gerak kerja kempen serta pembahagian kerusi.
Mengulas kerjasama itu, Zulkifli berkata, momentum sokongan terhadap Muafakat Melaka dijangka terus meningkat menjelang hari mengundi, susulan penyelarasan jentera BN dan PN yang disifatkannya berada pada tahap terbaik sepanjang minggu pertama kempen.
“Saya yakin dalam tempoh beberapa hari ini, kita akan melihat gerak kerja yang dapat memastikan sokongan pengundi kepada Muafakat Melaka berada pada tahap tertinggi,” katanya.
Sumber | FMT Malaysia
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment