Naib Presiden PAS, berkata kemenangan bagi kedua gabungan yang bersekutu itu mampu mencetuskan lagi ‘perkembangan politik’ dan meletakkan tekanan ke atas Pakatan Harapan (PH) dipimpin Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Beliau tidak mengulas lanjut mengenai perkara yang dimaksudkan dengan “perkembangan politik” tersebut.
“Saya tidak akan terkejut sekiranya Parlimen dibubarkan sebelum tamat tempoh,” katanya dalam audio siar Kekal Tenang.
Samsuri yang juga menteri besar Terengganu, berkata justeru jentera pilihan raya PN perlu bersiap sedia mendepani PRU16 yang boleh dipanggil pada bila-bila masa.
“Siap sedia,” katanya.
PRU16 hanya dijangka berlangsung awal 2028 sekiranya mandat Parlimen tamat tempoh penuh, namun ketua pembangkang merangkap Presiden Wawasan Hamzah Zainudin, sebelum ini meramalkan Anwar akan memanggil pilihan raya Ogos tahun depan.
BN dan PN bekerjasama pada PRN Melaka ke-16, dengan BN bertanding 23 kerusi manakala PN, lima. Pengerusi BN Zahid Hamidi, berkata PN akan dijemput menyertai kerajaan negeri sekiranya pakatan tersebut menang.
Taktik lama
Dalam pada itu, Samsuri turut mempertikaikan seruan Anwar agar pengundi Melaka memilih calon mempunyai akses terus ke pejabatnya, sambil menyifatkannya sebagai taktik pilihan raya lama.
Beliau berkata hubungan sedemikian mungkin tidak bertahan selepas PRU16 memandangkan tiada jaminan Anwar akan kekal perdana menteri. Malah, mempunyai akses terus ke Putrajaya tidak membawa banyak makna sekiranya seseorang Adun akhirnya tersisih di DUN Melaka.
“Tidak perlu hujah sedemikian. Itu hujah zaman 1980-an,” katanya sambil menambah rakyat Melaka sepatutnya mempertimbang bagaimana calon berhasrat mentadbir dan menangani masalah di negeri itu.
Khamis lalu, Anwar menggesa pengundi memilih calon yang mempunyai ‘talian terus’ ke Pejabat Perdana Menteri (PMO), sambil menegaskan bahawa ia akan membantu mereka menyelesaikan masalah tempatan dan mendapatkan projek pembangunan.
Beliau merujuk calon PH, Azman Abidin di Paya Rumput dan Farzana Hayani Nasir di Kelebang sebagai contoh.
Farzana pernah berkhidmat di PMO sebagai pegawai, manakala Azman merupakan setiausaha politik kepada Anwar, yang juga presiden PKR.
Sumber | FMT Malaysia
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment