NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

BN wajib menang DUN, rampas Parlimen Melaka pada PRU – Ahmad Zahid




PANTAI KUNDOR – Barisan Nasional (BN) bukan sahaja perlu mempertahankan penguasaan di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, malah wajib merampas semula kerusi Parlimen di negeri ini pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kemenangan dalam PRN Melaka pada 14 November ini perlu menjadi asas untuk mengembalikan penguasaan gabungan itu di peringkat Parlimen selepas gagal mempertahankan semua kerusi yang pernah dimenangi pada PRU lalu.

Beliau berkata, BN sebelum ini berjaya memenangi 21 kerusi DUN pada PRN Melaka 2021, namun pencapaian itu tidak diterjemahkan kepada kemenangan di peringkat Parlimen pada PRU15.

“Di negeri Melaka dulu, kita menang 21 (DUN). Lepas pilihan raya umum, kita dapat telur ayam (kalah).


“Ingat, jangan Melaka saja (memang DUN), kita mahu supaya Parlimen yang kita tadbir ini juga di negeri Melaka, jangan jadi macam dulu, kita wajib rampas semula kawasan-kawasan Parlimen di negeri Melaka ini,” katanya.


Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata demikian ketika berucap sebelum perasmian Perhimpunan Kakitangan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Bersama Kepimpinan Tertinggi di Puteri Qashrina Chalet, Pantai Puteri, Tanjung Kling, Pantai Kundor di sini petang ini.

Hadir sama Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Datuk Mohd Hanafiah Man.

Turut sama calon Barisan Nasional (BN) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang, Datuk Rais Yasin dan calon BN Pantai Kundor, Datuk Tuminah Kadi.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid turut menyuarakan keyakinan bahawa BN mampu memperoleh lebih 21 kerusi DUN pada PRN kali ini menerusi kerjasama dengan rakan strategik.


“Dulu kalau kita menang dengan 21 kerusi, insya-Allah dengan kerjasama semua pemudi yang memberikan kejayaan semula, insya-Allah dengan kawan baru kita lebih daripada 21 kerusi di negeri Melaka, insya-Allah,” katanya. – MalaysiaGazette














........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo