NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

“Beras cukup, InsyaAllah..” - Mat Sabu



  • Bekalan makanan negara termasuk beras masih mencukupi dan stabil, justeru rakyat tidak perlu panik atau membuat pembelian secara berlebihan sebagai persediaan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) dan kemungkinan fenomena Super El Nino.
  • Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata setakat ini keadaan bekalan makanan negara masih terkawal dan belum memerlukan rakyat menyimpan stok makanan seperti beras dan telur dalam kuantiti yang banyak.
  • “Insya-Allah kalau sampai peringkat itu kita akan beritahu tetapi setakat ini keadaan makanan masih stabil,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Bantuan Skim Takaful Tanaman Padi di Bendang Belukar di sini hari ini.

KOTA BHARU — Bekalan makanan negara termasuk beras masih mencukupi dan stabil, justeru rakyat tidak perlu panik atau membuat pembelian secara berlebihan sebagai persediaan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) dan kemungkinan fenomena Super El Nino.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata setakat ini keadaan bekalan makanan negara masih terkawal dan belum memerlukan rakyat menyimpan stok makanan seperti beras dan telur dalam kuantiti yang banyak.

Beliau berkata kerajaan akan memaklumkan kepada rakyat sekiranya berlaku perubahan terhadap keadaan bekalan makanan negara yang memerlukan tindakan tertentu.

“Setakat ini kita tidak perlu panik apa-apa. Tidak perlu beli beras atau telur untuk simpan banyak-banyak.

“Insya-Allah kalau sampai peringkat itu kita akan beritahu tetapi setakat ini keadaan makanan masih stabil,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Bantuan Skim Takaful Tanaman Padi di Bendang Belukar di sini hari ini.

Mohamad turut memberi jaminan bekalan beras ketika ini mencukupi bagi memenuhi keperluan rakyat meskipun negara sedang membuat persediaan menghadapi perubahan cuaca dan kemungkinan gangguan terhadap sektor agromakanan.

“Cukup. Masih ada. Beras pun cukup, insya-Allah,” katanya ketika diminta mengulas mengenai persiapan stok makanan untuk menghadapi MTL.

— BERNAMA





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo