- Ketua Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah menegaskan, GPS tetap menganggap semua parti di luar gabungan itu sebagai lawan politik di Sarawak, termasuk PKR, DAP, PAS, Bersatu dan Amanah.
- Menurutnya, kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan tidak bermakna pendekatan sama perlu dilaksanakan dalam politik negeri.
- “Itu pusat punya hal. Kita di negeri, dalam Dewan Undangan Negeri, kita hanya ada GPS dengan pembangkang. Jadi kalau PKR mengatakan bahawa mereka nak membuat kolaborasi, it’s a bit too late to have kolaborasi macam ni. We will still treat you as pembangkang. I’m not being arrogant down here,” katanya menerusi rakaman video yang dikongsikan di Facebook.
KUCHING — Gabungan Parti Sarawak (GPS) menolak kerjasama politik dengan PKR dan DAP bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-13, meskipun kedua-dua parti itu bersama GPS dalam Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan.
Ketua Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah menegaskan, GPS tetap menganggap semua parti di luar gabungan itu sebagai lawan politik di Sarawak, termasuk PKR, DAP, PAS, Bersatu dan Amanah.
Menurutnya, kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan tidak bermakna pendekatan sama perlu dilaksanakan dalam politik negeri.
“Itu pusat punya hal. Kita di negeri, dalam Dewan Undangan Negeri, kita hanya ada GPS dengan pembangkang.
“Jadi kalau PKR mengatakan bahawa mereka nak membuat kolaborasi, it’s a bit too late to have kolaborasi macam ni. We will still treat you as pembangkang. I’m not being arrogant down here,” katanya menerusi rakaman video yang dikongsikan di Facebook.
Abdul Karim berkata, GPS akan menghadapi pilihan raya negeri dengan kekuatan sendiri menerusi gabungan empat parti yang mengutamakan kepentingan rakyat Sarawak.
“GPS will be on their own. Itu pun sudah gabungan empat parti yang merangkumi semua Sarawak yang diutamakan Sarawak first, Sarawak diutamakan,” katanya.
Beliau turut mempersoalkan keperluan menjalin kerjasama dengan parti berpangkalan di Semenanjung, khususnya PKR dan DAP, kerana kedua-duanya mempunyai ibu pejabat di Kuala Lumpur.
Menurutnya, keadaan itu menimbulkan persoalan sama ada keputusan penting berkaitan Sarawak perlu terlebih dahulu dirujuk kepada kepimpinan pusat parti berkenaan.
“PKR adalah parti semenanjung, parti nasional. Ibu pejabatnya di Kuala Lumpur. Kalau kita nak menang ataupun berharap PKR menang, lepas itu apa-apa keputusan yang penting melibatkan Sarawak, rujuk dulu ke Kuala Lumpur. We don’t want that kind of thing,” katanya.
Abdul Karim turut menyuarakan pendirian sama terhadap DAP.
“DAP, ibu pejabat di Kuala Lumpur. Any important issues in Sarawak, rujuk dengan Kuala Lumpur. Sama ada bos di Kuala Lumpur beri kelulusan, why should we go dengan gaya macam itu,” katanya.
Sebaliknya, beliau menegaskan GPS mempunyai parti-parti tempatan yang mampu membuat keputusan di Sarawak demi kepentingan dan kesejahteraan rakyat negeri itu.
Sehubungan itu, Abdul Karim meminta parti-parti di luar GPS supaya tidak mengharapkan kerjasama politik dengan gabungan berkenaan menjelang PRN Sarawak Ke-13.
“Sebab itulah saya rasa whether it’s PKR, PAS kah, DAP kah, don’t think about collaboration.
“Kalau mahu, kita tanding dalam pilihan rakyat. Itu saja.
“Biar rakyat Sarawak menentukan,” katanya.-The Merdeka Times
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment