NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tiada PRK di Mata Ayer



PETALING JAYA:
 Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima pemakluman rasmi daripada Speaker DUN Perlis Rus’sele Eizan berhubung kekosongan luar jangka kerusi Mata Ayer berikutan kematian penyandangnya, Wan Badariah Wan Saad.

Pengerusi SPR Ramlan Harun, berkata selaras Fasal (5) Perkara 55 Undang-undang Tubuh Negeri Perlis, speaker DUN memaklumkan kepada SPR bahawa tiada keperluan bagi mengisi kekosongan luar jangka tersebut.

“Selaras dengan itu, tiada PRK bagi Bahagian Pilihan Raya Negeri DUN N.04 Mata Ayer, Perlis akan dijalankan,” katanya menurut Bernama.





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo