NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Azman yakin bantuan Pas perkukuh kempen BN di Serkam



JASIN – Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam, Datuk Azman Abdullah yakin komitmen akar umbi Pas bukan hanya akan membantunya berkempen dalam tempoh seminggu terakhir ini, malah akan diterjemahkan menerusi peti undi daripada ahli parti itu pada 14 November nanti.

Ujarnya, jentera parti itu bukan hanya mulai agresif membantunya sejak hari pertama berkempen, malah turut memastikan ahli parti keluar beramai-ramai menunaikan tanggungjawab mengundinya, Sabtu ini.

“Mereka memberikan komitmen untuk bergerak berkempen membantu saya dalam tempoh dua hingga tiga hari ini, selain memastikan ahli Pas keluar beramai-ramai mengundi calon BN bagi N26 Serkam,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan Pengarah Jabatan Pilihan Raya DUN (JPRD) Serkam mewakili Pas, Mohd Awal Din Mohd Nazir di Bilik Gerakan Serkam Pantai, hari ini bersama tujuh lagi Ketua-Ketua Cawangan DUN berkenaan.

Azman berkata, hubungan erat antara BN dan Pas di kawasan itu menjadi asas penting dalam memastikan kerjasama politik kedua-dua parti terus diperkukuh menerusi semangat perpaduan ummah.

“Saya berterima kasih kepada seluruh kepimpinan Pas Serkam kerana banyak membantu dan bekerjasama dengan saya sehingga hari ini. Saya harap jalinan ini dapat diteruskan sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang,” tambahnya.

Terdahulu, beliau menghadiri Program Hi Tea anjuran Persatuan Ibu Tunggal Parlimen Jasin di Merlimau sebelum mengadakan pertemuan bersama Ketua-Ketua Cawangan Pas DUN Serkam.

Beliau kemudian mengambil kesempatan menghadiri Festival Bola Sepak Ukhwah dan Nostalgia DUN Serkam di Kompleks Sukan Kampung Tedong. – MalaysiaGazette









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo