NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRN Melaka: UMNO sahkan kerjasama dengan PAS, PN



KUALA LUMPUR – UMNO mengesahkan kerjasama dan persefahaman politik dengan PAS serta rakan-rakan dalam Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, keputusan itu dipersetujui sebulat suara dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam ini.

“MKT UMNO bersetuju sebulat suara untuk mengabsahkan kerjasama dan persefahaman politik dengan rakan strategik PAS dan rakan-rakan daripada PN bagi menghadapi PRN Melaka ke-16,” katanya pada sidang media di lobi Menara Dato Onn, di sini, hari ini.

Beliau berkata, MKT turut mengarahkan seluruh jentera dan penyokong UMNO memberikan sokongan penuh kepada calon-calon PN yang bakal bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diperuntukkan kepada gabungan itu.

“MKT UMNO mengarahkan agar seluruh jentera dan penyokong parti membantu sepenuh hati dan memberikan sokongan padu kepada semua calon-calon PN yang bakal bertanding di DUN-DUN dalam PRN Melaka kali ini,” katanya.

Asyraf juga berkata, UMNO juga bersetuju supaya Barisan Nasional (BN) dan PN menggunakan satu manifesto bersama bagi menawarkan khidmat serta meneruskan pembangunan negeri Melaka.

“Manifesto sekali, jentera pun sekali, segala-galanya bersekali,” katanya ketika mengulas pendekatan kerjasama yang dipersetujui.

Katanya lagi, pelancaran manifesto bersama itu dirancang pada sebelah petang selepas proses penamaan calon.

“Ia tertakluk kepada sebarang perubahan yang akan dimaklumkan kemudian,” katanya.

Sehubungan itu, Asyraf menyeru agar pimpinan dan jentera parti sentiasa mengamalkan kempen pilihan raya secara berhemah dan berakhlak.

“Jentera parti tidak perlu terjebak dengan sebarang perbuatan memfitnah, mengeji ataupun memaki-hamun parti lawan,” katanya lagi. – MalaysiaGazette












........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo