BANGI, 17 JAMADILAWAL — Kedudukan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain sedang diteliti dan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) sebelum keputusan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail, berkata perkara itu turut dibangkitkan kepada Suruhanjaya Pasukan Polis sebelum dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mendapatkan perkenan bagi tindakan selanjutnya.
“Penugasan beliau di AKPS adalah untuk tempoh dua tahun (dan) ia seperti kontrak yang memerlukan perkenan Yang di-Pertuan Agong,” katanya selepas Persidangan Nasional Reformasi Kerenah Birokrasi 2026 di Shah Alam, hari ini.
Mohd Khalid berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan bertanggungjawab terhadap Mohd Shuhaily kerana beliau ialah pegawai polis yang dipinjamkan untuk berkhidmat di AKPS.
Sementara itu mengikut laporan Bernama, Kementerian Dalam Negeri (KDN) memaklumkan bahawa urusan perkhidmatan Mohd Shuhaily masih dalam proses untuk dimuktamadkan bagi memastikan ia dilaksanakan secara teratur mengikut peraturan dan tatacara yang berkuat kuasa.
Kementerian itu juga menegaskan bahawa kesinambungan operasi dan kelancaran pelaksanaan tugas AKPS menjadi antara keutamaan dalam menguruskan hal ehwal perkhidmatan pegawainya.
KDN memaklumkan AKPS yang baru memasuki tahun kedua penubuhannya memainkan peranan penting dalam memperkukuh pengurusan kawalan dan perlindungan sempadan negara.
“Kementerian akan terus memberikan keutamaan kepada aspek keselamatan sempadan, kelancaran urusan, perlindungan hasil negara serta integriti dan disiplin.
“Keutamaan KDN adalah untuk memastikan AKPS terus berupaya melaksanakan peranannya secara optimum demi menjamin keselamatan serta kedaulatan negara,” menurut kenyataan itu.
Pada 21 Oktober lalu, Mohd Shuhaily mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Sepang atas dua pertuduhan menyebabkan kecederaan ke atas dua anggota polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 28 Sept.
Sumber | TV Pertiwi
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment