NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Chegubard dipenjara empat bulan atas kesalahan fitnah Yang di-Pertuan Agong



BANGI, 17 JAMADILAWAL — Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini, menjatuhkan hukuman penjara empat bulan terhadap bekas Ketua Bersatu bahagian Port Dickson, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard, kerana mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Hakim Norma Ismail memutuskan demikian selepas mendapati pasukan pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman itu sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi.

Sehubungan itu, mahkamah menaikkan jumlah jaminan sebanyak RM5,000 menjadikan jaminan keseluruhan RM15,000.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nursyuhada Husna Sulaiman, manakala Badrul Hisham diwakili peguam, Muhammad Rafique Rashid Ali.

Pada 29 April 2024, tertuduh yang kini Penyelaras Parti Wawasan Negara (Wawasan) Negeri Sembilan didakwa atas satu pertuduhan mengeluarkan kenyataan fitnah dengan mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa perkara itu boleh merosakkan nama baik Yang di-Pertuan Agong.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara jam 6 petang pada 22 Januari 2024.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Badrul Hisham dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen pada 2025, namun Mahkamah Tinggi membenarkan rayuan pendakwaan dan memerintahkan kes itu dikembalikan ke Mahkamah Sesyen untuk prosiding pembelaan.


Sumber | TV Pertiwi 






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo