BANGI, 17 JAMADILAWAL — Pendakwah bebas, Zamri Vinoth menyambut baik cadangan untuk mengadakan sesi dialog atau berdebat dengan wakil rakyat DAP, RSN Rayer.
Bercakap dengan TV Pertiwi, Zamri turut mencabar Ahli Parlimen Jelutong itu supaya menyahut cabaran sama berbanding sekadar menyebut namanya dalam Parlimen.
“Rayer tak perlu jadi penakut. Kalau berani kita berdebat supaya kita boleh tahu siapa sebenarnya berada di pihak yang benar.
“Bukan sekadar berlagak kuat dan petik nama saya dalam Parlimen.
“Kalau saya menang, dia kena letak jawatan. Kalau dia menang, saya akan letak jawatan dan terus berdiam diri,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas cadangan yang dikemukakan Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Datuk Dr Ahmad Marzuk Shaary di Dewan Rakyat hari ini.
Dalam sesi perbahasan Menteri Perpaduan sempena Belanjawan 2027, wakil rakyat PAS itu mencadangkan Rayer mengadakan sesi dialog atau debat bersama individu seperti Zamri, Cikgu Chandra atau Firdaus Wong.
Ahmad Marzuk berkata, ini kerana Rayer sering membangkitkan nama-nama tersebut dalam persidangan Dewan Rakyat.
Justeru, Ahmad Marzuk berkata, situasi itu tidak adil kerana nama-nama yang disebutkan itu tidak berpeluang untuk ‘mempertahankan diri’ daripada segala dakwaan yang dibuat di dalam Parlimen oleh Rayer.
“Jelutong (Rayer) sering bangkitkan nama-nama yang ada di luar (Dewan Rakyat) dan mereka tiada peluang untuk mempertahankan diri.
“Zamri Vinoth, Cikgu Chandra dan Firdaus Wong. Kalau belum ada (dialog perpaduan), saya nak cadangkan supaya panggil Jelutong sebagai panel dialog – supaya nampak harmoni sedikit.
“Atau kalau Jelutong berani kita buat debat antara nama-nama yang dibangkitkan tadi supaya kita tahu apa sebenarnya masalah,” katanya dalam sesi perbahasan di Dewan Rakyat hari ini.
Sumber | TV Pertiwi
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment