Pengerusi Pertubuhan Negarawati Tanahair (NEGARAWATI), Bibi Sunita Sakandar Khan berkata, mempertahankan hak Melayu bukan lesen untuk menafikan hak kaum lain, manakala mempertahankan Islam bukan alasan untuk menzalimi penganut agama lain.
Menurut beliau, menghormati hak kaum lain juga tidak bermakna orang Melayu perlu malu atau takut mempertahankan perkara yang sah telah sedia termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Jangan kita mencipta satu keadaan pelik apabila semua identiti boleh diraikan, tetapi apabila identiti Melayu, bahasa Melayu atau kedudukan Islam dibicarakan, orang Melayu pula diminta berbisik. Itu bukan kesaksamaan,” bidasnya.
Beliau berkata, persoalan timbul apabila usaha mempertahankan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dianggap rasis, manakala pertanyaan mengenai penghormatan terhadap identiti dan sejarah negara disifatkan sebagai sempit.
Menurut beliau, tuntutan supaya undang-undang tanah serta peraturan pihak berkuasa dipatuhi tanpa mengira kaum atau agama juga tidak seharusnya dilabel sebagai ekstrem.
Bibi Sunita turut menyuarakan nasib anggota penguat kuasa yang menjalankan tanggungjawab berdasarkan undang-undang pula sering dihukum terlebih dahulu menerusi media sosial.
Sebaliknya, apabila orang Melayu dihina, diperkecilkan atau digambarkan seolah-olah tidak mempunyai sumbangan terhadap pembangunan negara, ramai memilih untuk berdiam diri.
Tegas beliau, perkara itu bukan soal mahu bermusuh dengan kaum lain, sebaliknya melibatkan maruah, Perlembagaan, kedaulatan undang-undang dan masa depan negara.
Perlu dihormati keseluruhan
Bibi Sunita berkata, Perlembagaan Persekutuan bukan dokumen yang hanya perlu dirujuk apabila kandungannya memihak kepada kepentingan pihak tertentu.
Menurut beliau, Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan Islam sebagai agama bagi Persekutuan, sementara agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai.
Katanya, Perkara 152 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tanpa menafikan hak penggunaan, pengajaran atau pembelajaran bahasa lain sebagaimana diperuntukkan Perlembagaan.
Perkara 153 pula katanya, memperuntukkan tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak, di samping menjaga kepentingan sah kaum lain.
Beliau berkata, institusi Raja turut menjadi sebahagian daripada sistem Raja Berperlembagaan yang menjadi asas pentadbiran negara.
“Inilah keseimbangan yang perlu difahami. Mempertahankan hak Melayu bukan lesen untuk menafikan hak kaum lain. Mempertahankan Islam bukan alasan untuk menzalimi agama lain.
“Namun, menghormati hak kaum lain juga tidak bermakna orang Melayu perlu malu atau takut mempertahankan perkara yang sah di sisi Perlembagaan,” ujarnya.
Mengulas istilah kontrak sosial, beliau menjelaskan bahawa istilah itu bukan suatu peruntukan khusus yang dinamakan sedemikian dalam Perlembagaan Persekutuan.
Bagaimanapun katanya, istilah berkenaan sering digunakan dalam wacana sejarah Malaysia bagi menerangkan persefahaman, rundingan dan kompromi sejarah yang mengiringi pembentukan kerangka Perlembagaan menjelang kemerdekaan.
Justeru beliau berkata, kewarganegaraan, kedudukan Islam, bahasa Melayu, institusi Raja, kedudukan Melayu dan Bumiputera serta kepentingan sah masyarakat lain perlu difahami sebagai sebahagian daripada kerangka Perlembagaan negara.
“Jangan memilih Perlembagaan seperti memilih makanan di atas meja, yang menguntungkan kita diambil, manakala yang tidak disukai mahu diketepikan. Perlembagaan mesti dihormati sebagai satu keseluruhan,” katanya.
Malaysia dibangunkan bersama
Bibi Sunita turut menolak penghinaan yang menggambarkan seolah-olah tanpa sesuatu kaum, orang Melayu tidak mampu membangunkan negara.
Kata beliau, sekiranya ungkapan sedemikian benar-benar diucapkan, ia mesti ditolak berdasarkan fakta dan bukannya dengan membalas penghinaan.
Menurut beliau, sejarah pembangunan Malaysia bukan milik eksklusif mana-mana kaum kerana petani, nelayan, pekebun, buruh, penjawat awam, guru, anggota keselamatan, profesional, usahawan dan pekerja daripada pelbagai kaum mempunyai sumbangan masing-masing.
“Ekonomi tidak hidup dalam vakum. Perniagaan memerlukan pekerja dan pelanggan, industri memerlukan pasaran, manakala negara memerlukan kestabilan.
“Setiap masyarakat merupakan sebahagian daripada ekosistem ekonomi Malaysia. Jangan hina sumbangan satu kaum untuk mengangkat sumbangan kaum yang lain,” katanya.
Beliau menegaskan, Malaysia dibangunkan secara bersama, namun orang Melayu juga tidak seharusnya diminta melupakan sejarah dan identiti mereka semata-mata untuk kelihatan moden atau toleran.
“Toleransi tidak bererti kehilangan jati diri,” tegasnya.
Undang-undang mesti ditegakkan
Bibi Sunita berkata, prinsip yang konsisten perlu digunakan dalam menangani isu tanah, binaan tanpa kebenaran, premis, rumah ibadat, penjaja atau apa juga pertikaian.
Menurut beliau, jika sesuatu itu sah, haknya perlu dilindungi, manakala sebarang pelanggaran hendaklah ditangani melalui proses undang-undang.
“Sekiranya keputusan kerajaan dipertikaikan, cabaran juga hendaklah dibuat melalui saluran yang sah. Tanah persendirian mempunyai pemilik, manakala tanah kerajaan mempunyai undang-undang dan prosedurnya.
“Tidak boleh wujud prinsip bahawa sesuatu peraturan hanya boleh dikuatkuasakan jika pihak yang melanggar bersetuju untuk dikuatkuasakan,” katanya.
Menurut beliau, prinsip sama perlu digunakan dalam isu pengendalian haiwan liar termasuk persoalan berkaitan prosedur pihak berkuasa tempatan dan kebajikan haiwan.
Katanya, jika terdapat salah laku atau kekasaran, siasatan dan tindakan sewajarnya perlu dilakukan, manakala prosedur yang mempunyai kelemahan hendaklah diperbaiki.
“Namun, anggota penguat kuasa tidak wajar terus dihukum hanya kerana menjalankan fungsi penguatkuasaan yang sah. Jangan lumpuhkan penguatkuasaan negara kerana tekanan sentimen.
“Apabila penguat kuasa takut menjalankan undang-undang kerana bimbang diviralkan, kedaulatan undang-undang mula kehilangan maknanya,” kata beliau.
Melayu perlu kuat dengan ilmu
Sehubungan itu, beliau menyeru umat Islam dan orang Melayu supaya bangkit dengan ilmu, bersuara berasaskan fakta, bersatu mempertahankan keadilan serta berani tanpa melakukan kezaliman.
Menurutnya, kekuatan Melayu tidak boleh dibina melalui kebencian terhadap masyarakat Cina, manakala kekuatan Islam tidak boleh dibentuk melalui permusuhan terhadap penganut agama lain.
“Sebaliknya, kekuatan Melayu perlu dibina melalui pendidikan, ekonomi, integriti, ilmu, disiplin, penguasaan profesional, kesatuan masyarakat dan kefahaman terhadap Perlembagaan.
“Kita tidak memerlukan Melayu yang hanya berani di media sosial tetapi lemah ilmu. Kita juga tidak memerlukan Melayu yang lantang bercakap tentang hak tetapi mengabaikan amanah,” ujarnya.
Beliau berkata, masyarakat juga tidak memerlukan pemimpin Melayu yang bercakap mengenai penyatuan ketika memerlukan undi tetapi berpecah kerana jawatan dan kepentingan.
Peringatnya, bangsa yang tidak memahami sejarah mudah dipengaruhi, manakala bangsa yang tidak memahami Perlembagaan mudah dimanipulasi dengan ketakutan.
“Begitu juga, bangsa yang lemah ekonominya mudah ditekan, manakala perpecahan sesama sendiri membuka ruang untuk dipermainkan pihak lain,” ujarnya.
Perpaduan bukan hilangkan identiti
Bibi Sunita menjelaskan, seruan berkenaan bukan bertujuan meminta mana-mana kaum meninggalkan Malaysia, menghapuskan bahasa atau budaya masyarakat lain ataupun merampas hak sah mana-mana warganegara.
Katanya, semua warganegara Malaysia merupakan sebahagian daripada negara ini serta mempunyai hak dan tanggungjawab menurut Perlembagaan.
“Namun, kita juga tidak akan menerima idea bahawa untuk menjadi masyarakat majmuk yang baik, Melayu mesti berhenti menjadi Melayu, bahasa Melayu mesti dipinggirkan, sejarah mesti dilupakan.
“Atau kedudukan yang termaktub dalam Perlembagaan dianggap sesuatu yang memalukan untuk dipertahankan. Perpaduan bukan bererti kita memadamkan identiti masing-masing.
“Perpaduan bermaksud kita memahami sempadan hak, menghormati Perlembagaan dan hidup bersama di bawah undang-undang yang sama,” katanya.
Beliau turut mengingatkan umat Islam dan orang Melayu supaya tidak mudah diprovokasi serta tidak membalas penghinaan dengan penghinaan.
Menurutnya, politik juga tidak boleh dibiarkan memecahbelahkan masyarakat sehingga melupakan perkara yang lebih besar daripada kepentingan parti, iaitu negara.
Sehubungan itu katanya, masyarakat perlu memahami Perlembagaan, mendidik generasi muda mengenai sejarah, memperkukuh ekonomi, menguasai pendidikan dan teknologi, mempertahankan bahasa Melayu serta memelihara institusi negara.
“Pada masa sama, hak masyarakat lain perlu dihormati, manakala rasuah dan salah guna kuasa mesti ditolak tanpa mengira bangsa atau parti.
“Perjuangan mempertahankan Melayu tidak akan mempunyai maruah jika pada masa yang sama kita membenarkan ketidakadilan. Keadilan mesti menjadi prinsip, bukan sentimen mengikut siapa pelakunya,” katanya.
Bibi Sunita berkata, Malaysia hari ini ialah sebuah negara berdaulat yang terbina melalui sejarah panjang Tanah Melayu, kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 1957 dan pembentukan Malaysia pada 1963.
Justeru peringatnya lagi, sejarah tidak boleh dipadamkan, Perlembagaan tidak boleh dipermainkan, kedaulatan undang-undang tidak boleh dilemahkan dan keharmonian rakyat tidak boleh dihancurkan.
“Kita menghormati hak semua rakyat Malaysia. Namun, kita juga menuntut supaya bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, Islam sebagai agama Persekutuan, institusi Raja, sejarah negara, Perlembagaan Persekutuan dan kedaulatan undang undang dihormati,” katanya.
Menurut beliau, sekiranya tindakan mempertahankan Perlembagaan sendiri dianggap sebagai satu kesalahan, rakyat perlu bertanya apakah yang akan tinggal untuk dipertahankan oleh generasi akan datang.
“Jangan sesekali membiarkan orang Melayu merasakan bahawa mereka perlu meminta maaf hanya kerana mahu mempertahankan bahasa, sejarah, identiti dan hak yang sah di sisi Perlembagaan di tanah air mereka sendiri.
“Kita tidak mencari musuh, tetapi kita juga tidak akan kehilangan jati diri kerana takut bersuara,” katanya. – HARAKAHDAILY 9/9/2026
........
Komen: ........

| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |

No comments
Post a Comment