Perkembangan terbaharu itu berlaku sehari selepas timbalan ketua Bersatu Padang Besar, Ramzi Udi, dan 19 lagi pemimpin serta anggota parti mengumumkan keluar parti, dengan alasan tidak berpuas hati terhadap kepimpinannya.
Dalam kenyataan hari ini, Timbalan Ketua Bersatu Kangar, Faisol Rahman, berkata kumpulan itu memilih untuk meninggalkan Bersatu ‘dengan baik dan bermaruah’ selepas hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti.
Beliau berkata hala tuju, pengurusan organisasi dan pendekatan kepimpinan Bersatu tidak lagi selari dengan harapan serta aspirasi mereka sebagai pemimpin bahagian dan cawangan.
Faisol berkata mereka akan menyertai Wawasan kerana percaya hala tuju dan kepimpinannya lebih dekat dengan aspirasi serta keperluan akar umbi.
“Kami percaya bahawa kekuatan sesebuah parti politik bermula daripada kepercayaan antara kepimpinan dan akar umbi.
“Apabila kepercayaan itu telah terhakis, kami merasakan sudah tiba masanya untuk mengambil satu pendirian yang jelas.
Kami meninggalkan Bersatu kerana hilang kepercayaan. Kami menyertai Parti Wawasan kerana percaya kepada satu hala tuju baharu,” menurut kenyataan.
Faisol berkata langkah keluar ini melibatkan 90 daripada 99 ketua cawangan dalam bahagian Kangar. Beliau turut berkata langkah itu tidak melibatkan mana-mana Ahli Parlimen atau Adun Bersatu di Perlis.
Beliau berkata cawangan Hujong Tanjung, yang diketuai Menteri Besar Perlis Abu Bakar Hamzah, masih bersama Bersatu.
Perkembangan ini menyusuli pelantikan Ketua Bersatu Padang Besar, Izizam Ibrahim, sebagai ketua baharu Bersatu Perlis.
Setiausaha Agung Bersatu Azmin Ali berkata pelantikan itu, yang diluluskan oleh Presiden Muhyiddin Yassin, berkuat kuasa pada 3 September.
Bersatu Perlis sebelum ini dipimpin Abu Bakar, yang juga Adun Kuala Perlis.
Abu Bakar meletakkan jawatan daripada Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu pada 9 Julai.
Sumber | FMT Malaysia
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment