NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

N Sembilan beri tempoh 30 hari 17 Adun PH pulang peruntukan



PETALING JAYA:
 Kerajaan Negeri Sembilan menghantar notis tuntutan kepada 17 Adun Pakatan Harapan (PH) dan dua penyelaras DUN bagi memulangkan baki peruntukan yang diterima daripada pentadbiran terdahulu dalam tempoh 30 hari atau bakal berdepan tindakan susulan.

Menteri Besar Ismail Lasim berkata, notis tersebut dihantar kepada semua yang terlibat pada petang semalam dengan jumlah tuntutan yang berbeza, lapor Sinar Harian.

“Kita memberikan mereka tempoh selama 30 hari untuk membayar balik kepada kerajaan negeri.

“Sekiranya mereka gagal menjelaskan baki peruntukan tersebut dalam tempoh yang diberikan, tindakan susulan akan dikenakan,” katanya yang dipetik sebagai berkata pada sidang akhbar selepas Mesyuarat exco di Seremban.

Menurutnya, satu-satunya Adun PH yang sudah memulangkan semula peruntukan itu adalah bekas menteri besar Aminuddin Harun.

Isu peruntukan RM180,000 yang didakwa disalurkan kepada Adun PH dan diluluskan sehari sebelum pembubaran DUN pada 5 Jun lalu dibangkitkan pada Persidangan Pertama (Khas), Penggal Pertama DUN Negeri Sembilan pada 18 Ogos lalu.

Ia susulan tular surat sumbangan kewangan bagi kesejahteraan rakyat yang diberikan kepada Adun PH berjumlah RM180,000 untuk tempoh Julai hingga September, yang dikatakan bertarikh 4 Jun lalu, ketika kempen PRN Negeri Sembilan ke-16.

Ismail sebelum ini berkata, 17 Adun PH dan dua penyelaras DUN di bawah kerajaan Negeri Sembilan terdahulu perlu memulangkan peruntukan diterima bagi tempoh Julai hingga September susulan pembubaran DUN.

Jelasnya, setiap bekas exco perlu memulangkan RM150,000 bagi peruntukan Ogos dan September, sementara 10 Adun PH bersama dua penyelaras DUN Labu dan Paroi perlu memulangkan peruntukan bagi Julai hingga September, masing-masing berjumlah RM174,000 serta RM150,000.

Adun Nilai J Arul Kumar kemudiannya menggesa kerajaan negeri mempertimbangkan semula arahan dengan alasan semua Adun menggunakan sebahagian daripada peruntukan tersebut untuk kebajikan rakyat, malah ada yang telah menggunakannya sepenuhnya.

Menurutnya, agak sukar untuk peruntukan tersebut dipulangkan kerana jumlahnya yang besar kerana ia disalurkan mengikut suku tahunan, bukannya mengikut bulan.


Sumber | FMT Malaysia









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo