NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tiada isu lulus peruntukan sehari sebelum DUN bubar, kata SPRM



PETALING JAYA:
 Peruntukan kepada Adun Pakatan Harapan (PH) yang diluluskan oleh kerajaan Negeri Sembilan terdahulu sehari sebelum DUN dibubarkan tidak menimbulkan sebarang isu kerana pentadbiran itu masih sah dan mempunyai kuasa untuk membuat dasar serta mengumumkan peruntukan.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Abd Halim Halim berkata kerajaan yang berkuasa dan memerintah boleh membuat apa sahaja polisi asalkan polisi terbabit tidak menyanggah undang-undang dan juga Perlembagaan, lapor Berita Harian.

Katanya, keadaan berbeza sekiranya peruntukan atau dasar baharu dibuat selepas DUN dibubarkan ketika kerajaan berada dalam tempoh kerajaan sementara.

“Kerajaan sementara tidak boleh membuat dasar baharu atau memberikan peruntukan yang boleh mengikat kerajaan yang akan dibentuk selepas pilihan raya.

“Jika seandainya peruntukan itu diisytiharkan ataupun diberikan di dalam waktu kerajaan sementara iaitu selepas DUN dibubarkan, itu berbeza,” katanya yang dipetik sebagai berkata.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada SPRM akan menjalankan siasatan terhadap dakwaan peruntukan RM180,000 disalurkan kepada Adun PH sehari sebelum pembubaran DUN Negeri Sembilan pada 5 Jun lalu.

Bagaimanapun, Abd Halim perkara itu tidak bermaksud SPRM mengesahkan peruntukan berkenaan bebas daripada sebarang unsur rasuah atau penyelewengan, sebaliknya penilaian sedemikian hanya boleh dibuat berdasarkan fakta serta laporan yang diterima pihak berkuasa.

Sebelum ini, Menteri Besar Negeri Sembilan, Ismail Lasim, mengarahkan 17 Adun PH dan dua penyelaras DUN di bawah kerajaan Negeri Sembilan terdahulu memulangkan peruntukan diterima bagi tempoh Julai hingga September susulan pembubaran DUN.

Jelasnya, setiap bekas exco perlu memulangkan RM150,000 bagi peruntukan Ogos dan September, sementara 10 Adun PH bersama dua penyelaras DUN Labu dan Paroi perlu memulangkan peruntukan bagi Julai hingga September, masing-masing berjumlah RM174,000 serta RM150,000.

Isu peruntukan RM180,000 yang didakwa disalurkan kepada Adun PH dan diluluskan sehari sebelum pembubaran DUN dibangkitkan pada Persidangan Pertama (Khas), Penggal Pertama DUN Negeri Sembilan pada 18 Ogos lalu.


Sumber | FMT Malaysia













........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo