Hadi berkata kenyataan terbarunya di media sosial, yang mendakwa DAP mahu mengembalikan Perlembagaan Persekutuan kepada fahaman sekular, bersandarkan nas Islam, Perlembagaan Persekutuan serta kenyataan pemimpin DAP sebelum ini.
“Empat pemimpin Melayu DAP yang menuduh saya mempergunakan Islam untuk kepentingan politik melalui tulisan saya itu tidak berpelajaran.
“Mereka bukan orang yang berilmu,” katanya menurut Berita Harian.
Dalam hantaran Facebook dua hari lalu, Hadi mendakwa DAP berusaha mengembalikan Perlembagaan Persekutuan kepada fahaman sekular selain mengagungkan perjuangan Parti Komunis Malaya (PKM).
Ahli Parlimen Marang itu turut mendakwa cadangan Akta Pembaharuan Semula Bandar bertujuan mengusir orang Melayu miskin dari kediaman mereka atas nama pembangunan semula bandar.
Beliau juga mendakwa sekularisme adalah ajaran menyeleweng yang dibawa penjajah Barat, manakala DAP berpendirian bahawa Perlembagaan Persekutuan bersifat sekular.
Kenyataan itu mendapat reaksi pemimpin Melayu DAP Syahredzan Johan, Young Syefura Othman, Sheikh Umar Bagharib Ali dan Syerleena Abdul Rashid, yang mempersoalkan mengapa isu berkenaan tidak menghalang PAS bekerjasama dengan DAP dalam Pakatan Rakyat dari 2008 hingga 2015.
Mengenai kerjasama PAS dan DAP sebelum ini, Hadi berkata kedua-dua parti mempunyai beberapa persamaan, namun prinsip PAS dalam mana-mana kerjasama ialah rakan sekutunya tidak boleh menentang dasar parti Islam itu.
Beliau berkata Pakatan Rakyat akhirnya berpecah selepas DAP membantah langkah kerajaan Kelantan pimpinan PAS melarang umat Islam mengambil minuman keras serta meluluskan enakmen jenayah syariah negeri.
Sumber | FMT Malaysia
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment