NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bersatu perlu baiki hubungan dengan komponen PN, kata ketua Perlis



PETALING JAYA:
 Ketua Bersatu Perlis, Abu Bakar Hamzah menggesa kepimpinan tertinggi parti itu memperbaiki hubungannya dengan parti komponen lain dalam Perikatan Nasional (PN).

Beliau yang melepaskan jawatan ahli Majlis Tertinggi Bersatu bulan lalu berkata, parti itu harus menerima hakikat ia perlu terus berada dalam gabungan seperti PN untuk kekal relevan.

“Melihat kepada masa depan Bersatu, parti ini perlu mengkaji semula beberapa tindakan, termasuk melibatkan isu penyingkiran ahli dan hubungan dengan parti gabungan PN.

“Apa yang pasti, kalau gerak solo, mustahil untuk Bersatu menang dan Bersatu mesti duduk dalam satu gabungan,” katanya menurut Utusan Malaysia.

Menteri besar Perlis itu dikatakan sehaluan dengan bekas timbalan presiden Bersatu, Hamzah Zainudin, yang menubuhkan parti baharu, Wawasan dan menjadi komponen PN bulan lalu.

Hamzah dipecat Bersatu Februari lalu, ketika kemuncak perebutan kepimpinan sengit dengan Presidennya, Muhyiddin Yassin.

PAS mengambil alih jawatan pengerusi PN Februari lalu sebelum memutuskan untuk menamatkan kerjasama politiknya dengan Bersatu pada Jun lalu.

Kedua-dua parti kekal sebagai komponen PN, bersama Wawasan, Gerakan, Parti Rakyat India Malaysia dan Pejuang, yang turut menyertai gabungan itu bulan lalu.

PAS mengetuai PN dalam menjalin hubungan dengan Barisan Nasional, khasnya pada PRN Negeri Sembilan di mana PN dan BN bertanding melalui pakatan dan memenangi majoriti dua pertiga.

Bersatu yang bertanding solo di 24 kerusi mengalami kekalahan besar dengan semua calonnya, kecuali seorang hilang deposit mereka.

Muhyiddin sebelum ini menuduh PAS menjadikan PN sebagai gabungan “toksik” dan Bersatu akan membentuk gabungan politik baharu selepas PRN Negeri Sembilan.


Sumber | FMT Malaysia







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo