Bagaimanapun, beliau yakin kedua-dua gabungan itu mampu mencapai persetujuan, dengan mendakwa majoriti akar umbi BN menyokong kerjasama bersama PN, lapor Sinar Harian.
Ahli Parlimen Marang itu turut berkata rundingan di Melaka dijangka lebih mudah berbanding perbincangan menjelang PRN Johor pada 11 Julai, berdasarkan keadaan politik semasa dan maklum balas positif daripada akar umbi.
“Insya-Allah boleh. Kalau Johor lebih rumit, Melaka lebih mudah,” katanya.
Walaupun rundingan rasmi antara BN dan PN belum bermula, Hadi berkata wakil kedua-dua gabungan sudah mengadakan perbincangan.
“Kita sedang berbincang. BN berpecah pandangan tetapi saya percaya majoriti mereka bersetuju (bekerjasama) dengan PN.
“Malah, Ketua Pemuda Umno (Dr Akmal Saleh) dan akar umbi juga bersetuju,” katanya.
Pengerusi BN Zahid Hamidi pada awalnya berkata gabungan diterajui Umno itu akan meneruskan kerjasama dengan PN pada PRN Melaka susulan kemenangan mereka dalam pilihan raya Negeri Sembilan pada 1 Ogos.
Bagaimanapun, BN menegaskan mahu mempertahankan kesemua 21 kerusi yang dimenanginya pada PRN Melaka 2021, sebelum menyatakan kesediaan mengadakan perbincangan dengan mana-mana gabungan.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim pula berkata sebuah jawatankuasa diketuai pengarah pilihan raya Amirudin Shari bersama Saifuddin Nasution Ismail sedang mengendalikan rundingan dengan BN.
Sumber | FMT Malaysia
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment