NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sabah, Sarawak boleh jadi ‘king maker’ tentukan siapa PM, kata Ewon



PETALING JAYA:
 Sabah dan Sarawak boleh menjadi ‘king maker’ dalam menentukan siapa yang akan menerajui kerajaan persekutuan.

Presiden Upko, Ewon Benedick, berkata kekuatan politik Sabah dan Sarawak dalam menentukan hala tuju kerajaan persekutuan tidak wajar dipandang ringan, termasuk dalam soal menentukan kepimpinan negara.

“Sabah dan Sarawak boleh menjadi ‘king maker’ dan menentukan siapa perdana menteri. Saya melihatnya dalam konteks lebih besar. Persekutuan ataupun negara Malaysia ini tidak akan wujud tanpa Sabah dan Sarawak,” katanya menurut Sinar Harian selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Tritahunan Upko ke-17 di Penampang.

“Sebab itu Sabah dan Sarawak harus menjadi sebahagian daripada kerajaan persekutuan, harus menjadi sebahagian daripada tadbir urus negara ini dan boleh menjadi ‘king maker’ sama ada mahu meneruskan persekutuan ini.”

Beliau berkata, kedudukan Sabah dan Sarawak itu perlu digunakan bagi memastikan kepentingan dua negeri itu terus diberi perhatian dalam pentadbiran persekutuan, selaras kedudukannya dalam pembentukan Malaysia.

Timbalan ketua menteri Sabah itu berkata demikian susulan kenyataan Presiden Parti Bangsa Malaysia, Larry Sng bahawa Gabungan Parti Sarawak dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bukan lagi bakal ‘king maker’ jika Barisan Nasional dan Perikatan Nasional meraih majoriti mudah pada PRU16.

Agihan kerusi PRU16

Ewon berkata, Upko berharap dapat bertanding di kerusi Parlimen Tuaran dan Penampang yang disandang parti itu.

“Manakala perkara selebihnya itu saya memilih untuk berunding melalui proses dalaman dalam GRS. Tapi sudah tentu kita akan ada masanya berunding, berbincang dengan ketua menteri dan rakan-rakan dalam GRS.”


Sumber | FMT Malaysia






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo