NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kenapa nak kekal dalam gabungan ‘rosak’, Tuan Ibrahim soal Bersatu



PETALING JAYA:
 Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man mempersoal tindakan Bersatu mahu kekal dalam Perikatan Nasional (PN) selepas Presidennya Muhyiddin Yassin menyifatkan gabungan itu sebagai ‘rosak’.

Tuan Ibrahim berkata, pengumuman Muhyiddin mengenai pembentukan gabungan baharu memberi isyarat Bersatu tidak akan kekal dalam PN.

“Yang kedua, Muhyiddin pun sebut dia kata PN ini sudah rosak dan dirosakkan oleh PAS. Jadi, kalau PN dah rosak, buat apa dia masuk gabungan rosak ini.

“Bila dia tuduh dan kata PN sudah rosak memang dia tak mungkin mahu bersama lagi parti gabungan yang dianggap rosak,” katanya kepada Sinar Harian.

Muhyiddin, ketika melancarkan jentera pilihan raya Bersatu pada PRN Negeri Sembilan, mendakwa gabungan diasaskannya itu menjadi toksik selepas terpesong daripada prinsip asal.

Bersatu bertanding pada PRN Negeri Sembilan di bawah lambangnya sendiri meskipun kekal sebagai parti komponen PN, dengan gabungan itu bertanding di 11 kerusi dan sekutunya, Barisan Nasional (BN), di 25 kerusi.

Kerjasama BN-PN menang keseluruhan 25 kerusi, dengan bakinya dimenangi oleh Pakatan Harapan (PH).

Semalam, Pengerusi PN Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata Bersatu masih komponen gabungan berkenaan, walaupun Presiden PAS Hadi Awang mendakwa Bersatu secara automatik terhenti menjadi ahli PN.

Dalam pada itu, Ketua Penerangan Bersatu Tun Faisal Ismail Aziz, berkata parti itu merancang memfailkan laporan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) berhubung statusnya sebagai komponen PN.


Sumber | FMT Malaysia








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo