“Yang pentingnya ialah PAS bersama dengan rakan-rakan dalam muafakat Perikatan Nasional mestilah dilihat bersedia untuk memerintah untuk berada di Seri Negeri untuk menjadi kerajaan di negeri Melaka ini.
“Ia memberi makna bahawa kita hendaklah dilihat oleh rakyat sebagai suatu pasukan yang membawa calon-calon yang penuh wibawa, berintegriti.
“(Termasuk) mempunyai kemampuan dan mampu bergerak dalam suatu pasukan bagi menyelesaikan masalah di negeri Melaka secara khususnya,” ujar beliau.
Naib Presiden PAS itu berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Amal PAS Negeri Melaka di Mudzaffar Hotel, di sini malam tadi.
Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang itu menegaskan, rakyat kini tidak lagi melihat kepada retorik atau pelbagai slogan dalam politik, sebaliknya menantikan penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi mereka.
“Bercakap boleh bercakap, berucap boleh berucap, retorik laungan boleh kita laungkan dengan pelbagai slogan dan sebagainya.
“Tetapi akhirnya rakyat akan menantikan apakah bentuk penyelesaian yang kita bawa dalam suasana politik yang begitu kompleks di negeri Melaka dan dalam negara kita ini,” jelasnya.
Menurut beliau, rakyat menunggu penyelesaian terhadap masalah mereka dalam suasana politik yang kompleks di negeri Melaka dan negara.
Dalam pada itu, beliau menyatakan, Melaka mempunyai kekuatan dalam pelbagai sektor termasuk pelancongan, perkhidmatan, industri, pembuatan dan pendidikan berdasarkan lokasi strategik negeri itu.
Jelasnya, potensi yang ada perlu dimanfaatkan menerusi bentuk kerjasama baharu bagi membawa Melaka ke hadapan.
“Pelbagai perkara boleh berlaku dalam suasana politik. Tetapi yang paling penting ialah kita mencari cara yang paling terbaik untuk kita sama-sama dapat mengurus tadbir memerintah negeri Melaka, berada di Seri Negeri,” jelasnya.
Sementara itu, beliau menegaskan, PAS dan PN perlu menghantar mesej jelas kepada rakyat Melaka bahawa gabungan itu hadir untuk menjaga seluruh masyarakat tanpa mengira kelompok.
“‘We need to send full clarity of messages to the people’ bahawa kita datang bukan untuk satu kelompok masyarakat sahaja. Kita mahu menjaga seluruh rakyat di Melaka yang terdiri daripada pelbagai kelompok dan golongan,” terangnya.
Menurutnya, Melaka mempunyai masyarakat berbilang kaum dan komuniti termasuk Melayu, Cina, India, Portugis serta Baba Nyonya yang membentuk keunikan negeri itu.
Jelas beliau, perbezaan agama dan budaya tidak seharusnya menjadi alasan untuk wujud rasa saling mencurigai kerana ia adalah fitrah manusia.
“Kita boleh berbeza tetapi kita masih lagi berada di sebuah negeri yang sama iaitu negeri Melaka ini. Tentunya oleh kerana itu kita mempunyai masa depan yang sama,” ulasnya lagi.
Beliau menegaskan, PAS dan PN mempunyai iltizam serta komitmen untuk turut serta mengurus tadbir negeri Melaka dengan mengambil kira kepelbagaian komuniti yang ada.
“Apa jua yang berlaku di negeri Melaka ini, sama ada siapa jua yang berada di kerusi utama di negeri Melaka ini, kita menyatakan suatu iltizam, suatu komitmen dalam PAS dan Perikatan Nasional untuk kita turut berada mengurus tadbir negeri Melaka ini.
“Dan tentunya kepentingan semua pihak akan dinilai dan dijaga dengan sepenuh keadilan untuk memastikan bahawa negeri Melaka ini boleh menjadi suatu contoh negeri yang aman, makmur dan sejahtera,” katanya. – HARAKAHDAILY 24/8/2026
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment