NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

NGO kesal MP Melayu DAP pilih kasih isu rumah anutan haram



BANGI, 6 RABIULAWAL — Pertubuhan Negarawati Tanahair kesal dengan sikap Young Syefura Othman yang menunjukkan sikap pilih kasih dalam isu rumah anutan haram di Bukit Tinggi, Pahang.

Presidennya, Bibi Sunita Sakandar Khan berkata Ahli Parlimen Bentong itu tidak wajar melihat itu vandalisme semata-mata tanpa membangkitkan isu utama rumah anutan haram. 

“Mengapa wakil rakyat lebih lantang bercakap mengenai vandalisme tetapi tidak sama lantang menuntut penjelasan mengenai ketidakpatuhan kepada proses kelulusan?

“Jangan kerana kita mengecam vandalisme, kita kemudian menutup mata terhadap persoalan bagaimana sebuah struktur rumah anutan boleh dibina tanpa kelulusan pihak berkuasa.

“Jangan jadikan sentimen agama dan keharmonian kaum sebagai alasan untuk mengelakkan persoalan pematuhan undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Beliau mengulas kenyataan Young Syefura semalam kecewa berhubung tindakan pihak tidak bertanggungjawab melakukan vandalisme terhadap rumah anutan haram di Bukit Tinggi, Pahang.

Katanya, walaupun rumah anutan berkenaan tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT) namun perbuatan vandalisme tersebut tidak dapat diterima.

Bibi Sunita berkata Young Syefura tidak boleh bersikap pilih kasih dalam membangkitkan isu sebenar berhubung rumah anutan yang dibina tanpa kebenaran PBT. 

Katanya, semua pihak perlu akur kepada peraturan PBT terutama dalam isu binaan rumah anutan, premis komersial mahupun kediaman peribadi. 

“Jika rakyat biasa hendak membina rumah, kedai atau bangunan, dia perlu mendapatkan kelulusan. Jika sebuah pertubuhan hendak mendirikan struktur tertentu, peraturan juga perlu dipatuhi.

“Maka mengapa apabila melibatkan struktur keagamaan, persoalan mengenai kelulusan seolah-olah menjadi perkara yang tidak boleh disentuh?

“Kerajaan Negeri Pahang juga mempunyai Garis Panduan Perancangan Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) yang menjadi rujukan pihak berkuasa negeri, PBT, agensi berkaitan dan pemaju.” katanya. 

Beliau berkata persoalan yang patut dibangkitkan Young Syefura ialah siapa membina rumah anutan itu dan sejak bila ia mula beroperasi. 

Katanya, Young Syefura juga wajar membangkitkan mengapa pembinaan dan aktiviti rumah anutan berkenaan boleh berlaku tanpa kelulusan.

“Adakah pihak berkuasa pernah mengeluarkan notis atau mengambil tindakan sebelum ini? Adakah undang-undang akan dikuatkuasakan secara sama-rata?

“Keharmonian negara bukan bermaksud kita berdiam diri apabila peraturan tidak dipatuhi. Keharmonian hanya dapat dipertahankan apabila semua pihak menghormati undang-undang.

“Jangan alihkan isu. Jangan pilih bahagian undang-undang yang kita mahu pertahankan dan berdiam diri terhadap bahagian yang lain,” katanya.


Sumber | TV Pertiwi






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo