NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Umno bincang kerjasama PRN Melaka minggu depan



MELAKA:
 Hala tuju politik Umno termasuk kerjasama yang akan dibentuk dengan parti lain atau memilih bergerak solo pada PRN Melaka, akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi pada 28 Ogos ini.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Ahmad Maslan berkata mesyuarat yang akan dipengerusikan Presiden Umno Zahid Hamidi itu akan turut membincangkan strategi terbaik bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada PRN berkenaan.

“Setakat maklumat yang saya ada, belum ada keputusan muktamad mengenai hala tuju politik BN atau Umno di Melaka, termasuk membentuk kerjasama dengan mana-mana parti.

“Yang ada perbincangan dalam media dan kenyataan beberapa individu termasuk pemimpin Umno di Melaka berhubung kerjasama dengan parti politik BN-PH (Pakatan Harapan) dan BN-PN (Perikatan Nasional),” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Pemantauan Projek Pembinaan Infra Rakyat Kementerian Pelanggan Bilangan 3 Tahun 2026 di Seri Negeri.

Ahmad yang juga timbalan menteri kerja raya turut meminta semua pihak akur dengan setiap keputusan yang diambil parti berkaitan PRN Melaka memandangkan pendekatan politik yang digunakan BN perlu mengambil kira situasi serta kesesuaiannya di setiap negeri.

Penggal kerajaan Melaka akan tamat pada 31 Dis ini.

PRN Melaka ke-15 menyaksikan BN membentuk kerajaan negeri selepas memperoleh 21 daripada keseluruhan 28 kerusi, diikuti PH lima kerusi manakala PN dengan dua kerusi.

Bagaimanapun, barisan exco negeri yang dilantik turut meliputi Adun PH, sekali gus menggambarkan komposisi kerajaan perpaduan seperti mana yang dilaksanakan di peringkat persekutuan.


Sumber | FMT Malaysia






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo